MAJLIS DAERAH KERIAN

MAJLIS DAERAH KERIAN MDK telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli

πŸŒΏπŸƒβ€β™‚οΈ PROGRAM SANTAI, SIHAT & BERSIH πŸ§ΉπŸ’šPlogging dan 10K LangkahJom sertai program gaya hidup sihat sambil menjaga kebers...
11/06/2026

πŸŒΏπŸƒβ€β™‚οΈ PROGRAM SANTAI, SIHAT & BERSIH πŸ§ΉπŸ’š
Plogging dan 10K Langkah

Jom sertai program gaya hidup sihat sambil menjaga kebersihan alam sekitar!

πŸ“ Lokasi: Ban Pecah, Kuala Kurau
πŸ—“οΈ Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 7.30 Pagi

✨ Aktiviti Menarik: βœ… Plogging (berjoging sambil mengutip sampah)

βœ… Cabaran 10,000 Langkah
βœ… Mengamalkan gaya hidup sihat
βœ… Memupuk semangat cintakan alam sekitar
βœ… Mengeratkan hubungan komuniti

🌊 Nikmati keindahan Ban Pecah sambil beriadah dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan lestari.

πŸ“’ Ayuh sertai kami bersama keluarga dan rakan-rakan!
Mari kita jadikan Ban Pecah lebih bersih, sihat dan ceria.

"Santai, Sihat & Bersih – Langkah Kecil, Impak Besar!" πŸ’šβ™»οΈ

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PREMIS MAKANAN MAJLIS DAERAH KERIAN 2025Majlis Daerah Kerian ...
11/06/2026

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PREMIS MAKANAN MAJLIS DAERAH KERIAN 2025

Majlis Daerah Kerian ingin memaklumkan bahawa tiada pemenang telah dipilih bagi Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Premis Makanan Majlis Daerah Kerian 2025.

Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian dan pemeriksaan yang telah dilaksanakan oleh panel penilai ke atas semua premis yang menyertai pertandingan. Hasil penilaian mendapati tiada premis yang berjaya mencapai markah minimum 95%, iaitu syarat kelayakan untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Walau bagaimanapun, pihak Majlis Daerah Kerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyewa yang telah memberikan kerjasama serta komitmen sepanjang proses penilaian dijalankan.

✨ Semoga pertandingan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan, pengurusan premis dan kualiti perkhidmatan demi keselesaan pelanggan serta imej perniagaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Anda semua adalah juara dalam usaha menjadikan Kerian lebih bersih dan ceria.




08/06/2026

πŸ”₯ PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 10 JUN 2026! πŸ”₯

THE 4TH MALAYSIA INTERNATIONAL MAZE ORIENTEERING CHAMPIONSHIP 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ—“ 26 - 28 June 2026
πŸ“ Padang Sintetik Parit Buntar, Perak

πŸ“’ Atas permintaan ramai, tarikh pendaftaran telah DILANJUTKAN sehingga 10 Jun 2026.
⏳ Ini peluang terakhir untuk menyertai kejohanan Maze Orienteering terbesar di Malaysia!

πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ Cabaran maze orienteering paling pantas, teknikal dan mendebarkan kembali lagi!

⚠️ Tempat adalah TERHAD dan penyertaan akan ditutup lebih awal sekiranya kuota penuh.

πŸ“² OPEN / IPT / INTERNATIONAL CATEGORY
https://shorturl.at/H1OGP

πŸ“² SCHOOL CATEGORY
https://shorturl.at/k403c

βœ… Jangan tunggu saat akhir!
βœ… Rebut peluang menjadi juara MAZE'O 2026!







"Pendaftaran dilanjutkan, tetapi peluang tidak menunggu!" πŸš€πŸ†

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah  KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-P...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

sembah takzim daripada
MAJLIS DAERAH KERIAN

Selamat Menyambut Hari WesakSemoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian k...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak

Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ikhlas Daripada:
Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Kerian.

PEMUSNAHAN REKOD AWAM DI MAJLIS DAERAH KERIAN22 Mei 2026 – Majlis Daerah Kerian (MDK) telah melaksanakan Program Pemusna...
28/05/2026

PEMUSNAHAN REKOD AWAM DI MAJLIS DAERAH KERIAN

22 Mei 2026 – Majlis Daerah Kerian (MDK) telah melaksanakan Program Pemusnahan Rekod Awam yang melibatkan sebanyak 83 unit dokumen Jabatan Khidmat Pengurusan, 1 unit dokumen Jabatan Bangunan dan 8 unit dokumen Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Proses pemusnahan rekod awam tersebut telah dijalankan di tapak pembakaran Pejabat Cawangan Parit Buntar dan disaksikan oleh Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Cik Rose Aniza binti Sadri bersama beberapa orang pegawai serta staf daripada ketiga-tiga jabatan yang terlibat.

Sebelum proses pemusnahan dilaksanakan, kesemua rekod berkenaan telah terlebih dahulu mendapat kebenaran pemusnahan secara bertulis daripada Arkib Negara Malaysia Negeri Perak selaras dengan prosedur dan peraturan pengurusan rekod awam yang berkuat kuasa.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen MDK dalam memastikan pengurusan rekod jabatan dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mematuhi tatacara pelupusan rekod awam yang telah ditetapkan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026MSemoga Aidiladha ini membawa keberkatan, memperkukuh semangat pengorban...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, memperkukuh semangat pengorbanan, keikhlasan serta perpaduan dalam menjalankan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas Daripada
Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Daerah Kerian

JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026TARIKH: 26-29 Mei 2026 (Selasa-Jumaat)⚠️ PERINGATAN PENTING!...
26/05/2026

JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026

TARIKH: 26-29 Mei 2026 (Selasa-Jumaat)

⚠️ PERINGATAN PENTING! ⚠️

βœ… Pastikan sampah diikat, dibungkus dengan kemas, dan dimasukkan ke dalam tong sampah sebelum waktu kutipan.
βœ… Asingkan sampah yang boleh dikitar semula dan sampah domestik.
βœ… Sila letakkan kenderaan di kawasan bersesuaian dan tidak menghalang laluan semasa kutipan sisa pepejal dijalankan.

Kerjasama anda amat dihargai dalam memastikan kebersihan persekitaran sepanjang musim perayaan ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Daerah Kerian di talian rasmi. Terima kasih

26/05/2026

π—¦π—˜π—•π—˜π—Ÿπ—¨π—  π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯... πŸ‘€

Periksa sekali lagi rumah anda sebelum memulakan perjalanan πŸš—βœ¨
Pastikan semua suis ditutup, pintu berkunci dan kawasan dapur berada dalam keadaan selamat.

Rumah selamat, hati pun lebih tenang sepanjang bercuti πŸ‘πŸ’›

Sumber : Jabatan Wilayah Persekutuan

Address

No 1, Wisma MDK, Jalan Padang
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057161228

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH KERIAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share