Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik

Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan untuk masalah dadah Komponen program tersebut adalah seperti berikut :

1.

Sebanyak sepuluh (10) komponen program rawatan dan pemulihan yang perlu diikuti oleh semua penghuni PUSPEN. Kepulihan Awalan (Early Recovery)
2. Pencegahan Penagihan Semula (Relapse Prevention)
3. Sokongan Sosial
4. Program Keagamaan dan Kerohanian
5. Bimbingan dan Kaunseling (Individu, Kelompok dan Keluarga)
6. Latihan Kemahiran & Vokasional
7. Sukan & Riadah
8. Rawatan Kesihatan
9. Kawad & Fizikal
10. Program Keluarga

PUSPEN PAPAR, Jumaat, 11 September 2026M | 1448H“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”PUSPEN Papar telah mengadakan sambutan...
11/09/2026

PUSPEN PAPAR, Jumaat, 11 September 2026M | 1448H

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

PUSPEN Papar telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H dengan jayanya. Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan meneladani akhlak, sifat amanah, kasih sayang, kesederhanaan dan kepimpinan Baginda dalam setiap aspek kehidupan.

Sesungguhnya penghayatan terhadap sunnah dan akhlak Rasulullah SAW menjadi asas dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berintegriti, saling menghormati dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan bersama.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul, Pencarian Tokoh Akademik Islami, Pencarian Tokoh Maulidur Rasul & Kuiz Maulidur Rasul.

Turut hadir Pengarah PUSPEN Papar, Puan Kartina Binti Ujin, Penolong Pengarah Pengurusan, Tuan Norjali Bin Setoh, & Penolong Pengarah Rawatan & Pemulihan, Tuan Mohd Yazid Bin Mohd Noor.

Semoga semangat Madani Dihayati, Ummah Diberkati terus menyuburkan nilai-nilai murni dalam diri kita, memperkukuh ukhuwah serta membawa keberkatan kepada keluarga, organisasi dan masyarakat.

‎💚 اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”�Surah al-Ahzab, 33:21




31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Tanggal 31 Ogos kembali menyatukan kita dalam semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati bukan sekadar sebuah tema, tetapi mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, di mana setiap lapisan masyarakat dapat merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran negara.

Dalam konteks sambutan Hari Kebangsaan, kesejahteraan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada kemerdekaan, perpaduan dan usaha berterusan seluruh rakyat dalam menjaga keamanan serta keharmonian negara.

Justeru, usaha mencegah dan membanteras dadah bukan hanya tanggungjawab agensi penguat kuasa, malah memerlukan dukungan seluruh masyarakat bagi memastikan setiap individu, keluarga dan komuniti dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Sebagai sebuah negara yang bebas, kita turut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan ini terus dipelihara, termasuk membina masyarakat yang sihat, produktif dan bebas daripada ancaman dadah.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





31/08/2026
31/08/2026

Sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-69, mari kita tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar bebas? 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar kibaran jalur gemilang, tapi ia adalah tentang kekuatan minda untuk menolak perkara yang merosakkan masa depan. Dadah bukan sahaja menjajah kesihatan kita, malah ia merampas impian dan harapan orang tersayang.

Sertai kami dalam misi memerdekakan komuniti kita. Putuskan rantai itu hari ini demi generasi akan datang yang lebih gemilang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



27/08/2026

PAPAR, Rabu, 26 Ogos 2026 | 13 Rabiulawal 1448 H

Pengarah dan seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar merakamkan ucapan takziah kepada Puan Azra Balkis dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta.

Semoga Allahyarham Abu Hasan Bin Haji Zakaria ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan kedudukan yang terbaik di sisi-Nya. Al-Fatihah.

MAJLIS PERPISAHAN DAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PEGAWAI PUSPEN PAPAR21 Ogos 2026 | Perkarangan Balai Pemeriksaan Utama, ...
21/08/2026

MAJLIS PERPISAHAN DAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PEGAWAI PUSPEN PAPAR

21 Ogos 2026 | Perkarangan Balai Pemeriksaan Utama, PUSPEN Papar

PUSPEN Papar telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Mengalu-alukan kedatangan Pegawai pada 21 Ogos 2026 bertempat di Perkarangan Balai Pemeriksaan Utama, PUSPEN Papar.

Majlis ini diadakan bagi meraikan Encik Ramlan Awangsah, Pembantu Keselamatan yang akan meneruskan khidmat dan berpindah ke RTM Labuan.

Seluruh warga PUSPEN Papar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang bertugas di PUSPEN Papar. Semoga Encik Ramlan terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan di tempat bertugas yang baharu.

Dalam majlis yang sama, PUSPEN Papar turut mengalu-alukan kedatangan Encik Mohamad Anuar bin Justeh daripada Jabatan Kimia Kota Kinabalu, Sabah untuk menyertai warga kerja PUSPEN Papar.

Puan Kartina Ujin, Pengarah PUSPEN Papar, turut menyampaikan penghargaan kepada pegawai yang diraikan serta mengucapkan selamat datang kepada pegawai baharu. Beliau berharap agar semangat kerjasama, komitmen dan profesionalisme terus diperkukuhkan demi memastikan penyampaian perkhidmatan PUSPEN Papar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.




MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN...
06/08/2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN DAN AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025

5 Ogos 2026 | The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Ogos 2026 bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Majlis ini menghimpunkan warga daripada 10 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di negeri Sabah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada penjawat awam yang telah mempamerkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan organisasi, Kementerian Dalam Negeri dan negara.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima APC!

Penerima APC PUSPEN Papar:
1. Encik Mohd Nasharudin bin Ali Besar
2. Encik Mohd Azrie bin Yakub
3. Encik Awangku Mohd Nazlie bin Suhaimie @ Ag. Suhaimi
4. Puan Yunizah binti Abd Ghapor
5. Encik Mohd Azrul bin Karim
6. Encik Ardey Gadius
7. Encik Adam bin Sawayaib







KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI AGENSI PENGUATKUASA (KEYAKINAN) SIRI 3/2026Baru-baru ini PUSPEN Papar telah menghantar...
04/08/2026

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI AGENSI PENGUATKUASA (KEYAKINAN) SIRI 3/2026

Baru-baru ini PUSPEN Papar telah menghantar seramai 8 wakil pegawai ke Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Agensi Penguatkuasa (Keyakinan) Siri 3/2026 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Kundasang Sabah. Kursus ini adalah anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia yang bermula 28 hingga 31 Julai 2026 dan melibatkan 90 peserta dari pelbagai kementerian.

Objektif utama kursus adalah bagi membudayakan nilai-nilai Malaysia Madani dalam penyampaian perkhidmatan awam, memperkasa integriti dan meningkatkan daya kepimpinan. Disamping melahirkan anggota penguatkuasa yang berwibawa, berakauntabiliti dan mengutamakan kepentingan negara serta kesejahteraan negara.
Semoga pendekataan kursus seumpama ini yang melibatkan penglibatan banyak agensi kerap dilaksanakan.





Seluruh warga PUSPEN Papar mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Puan Kartina Ujin, Pengarah PUSPEN Papar.Semoga dipanja...
04/08/2026

Seluruh warga PUSPEN Papar mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Puan Kartina Ujin, Pengarah PUSPEN Papar.

Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Address

PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN), BATU 30, Jalan PAPAR-BEAUFORT
Papar
89609

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik:

Shortcuts

Share