SK Surati

SK Surati � SURATIAN THE BEST �
� PAPAR SMART � Sekolah ini telah dibuka pada 12 Jun 2000. Bangunan SK Surati mula beroperasi pada 3 Januari 2001.

Sebelum sekolah ini siap dibina & dibuka kepada murid-murid, Sekolah Kebangsaan ini menumpang sementara waktu di salah sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Papar Sabah atau dikenali sebagai SK Pekan Papar. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) SK Surati pada waktu itu dilaksanakan pada sebelah petang. Di penghujung Tahun 2000, bangunan SK Surati yang baru telah siap dibina di jalan Kg Surati

Papar, bersebelahan dengan kampung Surati Papar. Guru Besar Pertama ialah Encik Mohd Talib Bin Hj Ag Damit. Tempoh Perkhidmatan beliau di SK Surati Papar bermula pada penghujung Jun 2000 hingga Dis 2002. Manakala Guru Besar kedua ialah Encik Abd Latip Bin Ag Besar. Beliau mula berkhidmat di SK Surati Papar pada Januari 2003 hinggalah Januari 2009.Guru Besar terkini adalah Tuan Haji Yusoff bin Minin. Beliau berasal dari Kelatuan Papar Sabah dan mula berkhidmat menggantikan Guru Besar terdahulu Encik Duraman Bin Bakar pada 2015 hingga 21 Januari 2021. Pada masa sekarang Pn Isah Solong adalah Guru Besar untuk menggantikan Tn Hj Yusoff Minin kerana beliau bersara wajib.

16/05/2026
Selamat Datang dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah!Warga Sekolah Kebangsaan Surati dengan penuh hormat dan sukacitanya me...
04/05/2026

Selamat Datang dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah!

Warga Sekolah Kebangsaan Surati dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Puan Hariati binti Mohamad sebagai Guru Besar Baharu ke sekolah ini.

Kehadiran puan merupakan satu penghormatan dan anugerah bermakna buat seluruh warga sekolah. Besarlah harapan kami agar pengalaman, kebijaksanaan serta kepimpinan cemerlang yang dibawa akan terus memacu kecemerlangan sekolah ini ke tahap yang lebih gemilang.

Semoga di bawah teraju kepimpinan puan, Sekolah Kebangsaan Surati akan terus unggul dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Selamat datang sekali lagi, Puan Hariati.
Semoga amanah yang digalas dipermudah, dan perjalanan kepimpinan ini sentiasa diberkati serta dilimpahi kejayaan.

Selamat datang Dg Norlela Ali Omar. Warga Suratians dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran puan se...
01/05/2026

Selamat datang Dg Norlela Ali Omar. Warga Suratians dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.

Kehadiran puan merupakan suatu penghormatan buat kami. Semoga dengan pengalaman, dedikasi dan kepimpinan yang dibawa, sekolah ini akan terus melangkah maju, mencipta kejayaan demi kejayaan, dan mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna.

30/04/2026

Hari ini kami mengiringi pemergian dengan senyuman yang cuba menutup sebak, kerana kami tahu perpisahan ini bukan kehilangan,
tetapi tanda bahawa seorang insan hebat sedang melangkah untuk terus menabur bakti di tempat baharu.

Terima kasih atas setiap nasihat,
setiap teguran yang mendidik,
setiap dorongan yang membangkitkan,
dan setiap pengorbanan yang menginspirasikan.

Selamat menempuh lembaran baharu, Tuan Guru Besar.
Nama dan jasa tuan akan sentiasa hidup dalam sejarah dan hati warga SK Surati, Papar.

Dengan langkah yang tenang dan jiwa yang sarat dengan jasa, Tuan Guru besar melangkah meninggalkan halaman yang selama i...
30/04/2026

Dengan langkah yang tenang dan jiwa yang sarat dengan jasa, Tuan Guru besar melangkah meninggalkan halaman yang selama ini menjadi medan bakti, menuju amanah baharu di sekolah seterusnya.
Namun, walau jasad berpindah tempat, segala budi dan kasih yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam sanubari kami.
Terima kasih Tuan Guru Besar, pengorbananmu terpahat, kepimpinanmu menginspirasikan.

30/04/2026

Semoga terus melakar kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah baharu. Sekali melangkah, terus gemilang.

Selamat maju jaya, Cikgu Azli Jamaluddin. Jasamu dikenang, kepimpinanmu disanjung.

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, warga SK. Surati, Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Azli a...
27/04/2026

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, warga SK. Surati, Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Azli atas pelantikan beliau sebagai Guru Besar di SK. Kaiduan, Papar, berkuat kuasa 28 April 2026.

Hari ini, 27 April 2026, merupakan perhimpunan rasmi terakhir beliau sebagai Penolong Kanan Pentadbiran SK. Surati — satu detik yang pastinya sarat dengan kenangan dan penghormatan. Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi serta kepimpinan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Jasa dan bakti Cikgu Azli akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Semoga terus melakar kecemerlangan dan dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah baharu. Sekali melangkah, terus gemilang.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan meriah pada hari Jumaat, 17 April 2026, be...
19/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang telah berlangsung dengan meriah pada hari Jumaat, 17 April 2026, berjalan lancar dan penuh makna. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa yang telah bermurah hati menyumbangkan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama. Semoga semangat kebersamaan ini terus menyemarakkan jalinan ukhuwah antara sesama kita.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi PIBG Pn Helmawaty Binti Matjin bagi sesi 2026/2027 serta seluruh bari...
18/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengerusi PIBG Pn Helmawaty Binti Matjin bagi sesi 2026/2027 serta seluruh barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerjasama demi kecemerlangan sekolah serta kebajikan murid-murid.

Dalam masa yang sama, jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga dirakamkan kepada Yang Dipertua PIBG, En Walter Sylvester bagi sesi 2025/2026 bersama barisan AJKT atas segala sumbangan, kepimpinan dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala jasa dan bakti yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga kesinambungan kepimpinan ini akan terus memperkukuh hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta membawa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Surati telah berlangsung pada 16 April 2026. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi pe...
16/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Surati telah berlangsung pada 16 April 2026. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa sesi 2025-2026 atas komitmen yang diberikan. Selamat maju jaya kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baharu, semoga permuafakatan antara ibu bapa dan guru sentiasa menjadi tonggak kemenjadian murid di sekolah ini.

Address

Kg Surati
Papar
89600

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Telephone

+6088917859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Surati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Surati:

Share

Category