22/05/2026
Jumaat
22 Mei 2026
Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian T**i Gantong
Majlis Ringkas Seindah Kenangan & Salam Perkenalan
Pusat Kejuruteraan Pertanian T**i Gantong telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan Encik Muhammad Waliuddin bin Jamaluddin, Pembantu Khidmat Am H1 yang telah bertukar tempat bertugas ke Jabatan Kerja Raya Daerah Larut Matang Dan Selama bermula 20 Mei 2026 serta memperkenalkan warga kerja baharu yang menyertai keluarga PKPTG.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di pejabat ini. Semoga segala pengalaman dan khidmat bakti yang diberikan akan terus menjadi kenangan serta inspirasi buat seluruh warga kerja PKPTG
Dalam masa yang sama, pihak PKPTG turut mengalu-alukan kehadiran Encik Ainol Iqmal Hakim bin Khairudin, Pembantu Khidmat Am H1 dan berharap agar dapat bersama-sama menyumbang tenaga serta menjalinkan kerjasama yang baik demi memperkukuhkan lagi perkhidmatan jabatan.
Seluruh warga PKPTG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf yang diraikan dan selamat datang kepada warga baharu.