04/05/2026
PROGRAM BEACH CLEAN UP & DATA COLLECTION BERSAMA PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR
4 MEI 2026 (ISNIN) – Telah berlangsung Program Beach Clean Up & Data Collection bersama pelajar Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor bermula jam 3.30 petang.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 32 orang pelajar bersama 4 orang pensyarah pengiring, dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial (JPKS) serta Jabatan Kebersihan dan Persekitaran Bandar (JKPB), Majlis Perbandaran Manjung dalam menjayakan aktiviti lapangan ini.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pantai, di samping menjalankan pengumpulan data sisa pepejal bagi tujuan kajian serta penambahbaikan pengurusan kebersihan pantai pada masa akan datang.
Melalui aktiviti ini, para peserta berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, sekali gus memupuk sikap tanggungjawab terhadap kelestarian kawasan pantai.
Program ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat serta menyumbang kepada usaha berterusan dalam memastikan Pantai Teluk Nipah sentiasa bersih dan terpelihara.
Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.