Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Pahang

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Pahang, Government Organization, Tingkat 6, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Tua.

BETUL KE ANDA KENAL DURIAN? Setiap varieti ada “personality” tersendiri. Pastinya ada yang manis berlemak, ada yang pahi...
17/05/2026

BETUL KE ANDA KENAL DURIAN?

Setiap varieti ada “personality” tersendiri. Pastinya ada yang manis berlemak, ada yang pahit-pahit sedap, ada juga yang teksturnya super creamy!

Tak kiralah anda team Musang King, Udang Merah, IOI atau Monthong… semuanya punya peminat tersendiri di Malaysia. Durian yang paling sedap pastilah, Durian FREE !! 😜

Ok, Jom kenali varieti durian popular dan kongsikan durian favourite anda di ruangan komen














Jabatan Pertanian Malaysia

15/05/2026

KAEDAH SEMAIAN BIJI AVOCADO UNTUK PENYEDIAAN POKOK PENANTI

Dari sebiji benih, lahirnya masa depan industri.
Kaedah semaian biji avocado Hass sebagai penyediaan pokok penanti, asas penting untuk menghasilkan pokok yang lebih tahan, stabil dan berkualiti.
Benih dari pasar raya, ilmu untuk masa depan pertanian.”



Jabatan Pertanian Negeri Pahang
Jabatan Pertanian Malaysia

PERSEDIAAN SEMAIAN BIJI BENIH AVOCADO ✅ Biji benih dirawat menggunakan larutan carbosulfan dan captan selama 10 minit✅ B...
15/05/2026

PERSEDIAAN SEMAIAN BIJI BENIH AVOCADO

✅ Biji benih dirawat menggunakan larutan carbosulfan dan captan selama 10 minit

✅ Biji ditos dan dikeringkan sebelum proses penyemaian

✅ Penyemaian dilakukan dengan membuat lubang sedalam lebar biji, kemudian biji diletakkan secara baring melintang

✅ Biji dikambus semula dan siraman dijalankan mengikut tahap kelembapan media

“Benih yang dirawat dan disemai dengan teknik tepat mampu menghasilkan pokok penanti yang lebih sihat, seragam dan berkualiti.

















Jabatan Pertanian Negeri Pahang
Jabatan Pertanian Malaysia

Program Feldarian x agrofest di stadium felda,jengka maran Hands on teknik pembiakan tanaman durianJabatan Pertanian Neg...
09/05/2026

Program Feldarian x agrofest di stadium felda,jengka maran
Hands on teknik pembiakan tanaman durian
Jabatan Pertanian Negeri Pahang & Pejabat Pertanian Daerah Maran
Moh Kite!!!

15/04/2026

LADANG AVOCADO ORGANIK

Pengurusan tanaman avocado secara organik ke arah penghasilan buah berkualiti, mampan dan mesra alam.

Kolaborasi pemantauan dan pembangunan teknologi bersama:
Pejabat Pertanian Daerah Raub
Ts. Mohd Faizul Miran

















Jabatan Pertanian Negeri Pahang
Jabatan Pertanian Malaysia

Tinjauan tanaman avocado secara organik di Fayfarm,Cheroh Raub Pejabat Pertanian Daerah RaubJabatan Pertanian Negeri Pah...
15/04/2026

Tinjauan tanaman avocado secara organik di Fayfarm,Cheroh Raub Pejabat Pertanian Daerah Raub
Jabatan Pertanian Negeri Pahang

📢 KENYATAAN SEBUTHARGA BPIT PAHANGNo. Sebutharga : JP.BPIT PHG 7/2026Kerja-kerja Membina Pagar Jenis BRC serta Kerja-ker...
10/04/2026

📢 KENYATAAN SEBUTHARGA BPIT PAHANG

No. Sebutharga : JP.BPIT PHG 7/2026

Kerja-kerja Membina Pagar Jenis BRC serta Kerja-kerja Berkaitan (1086m), Kerja-kerja Membekal, Membina & Memasang Papan Tanda Amaran di Tepi Pagar Sempadan & Kerja-kerja Membekal & Memasang Lampu Jalan Solar & Tiang serta Kerja-kerja Berkaitan di PT 1786, Pusat Pertanian Janglau, Mukim Pontian, Rompin

Gred: G2
Kategori Pengkhusuan: CE21

Tarikh Taklimat: 14 April 2026 (Selasa)
Jam : 10.00 pagi
Tempat: Pusat Pertanian Janglau, Rompin, Pahang
No. Tel: 09-5732984

Teknologi tanaman kelapa menuntut susun atur yang bukan sahaja kemas di mata, tetapi tepat dari sudut sains agronomi dan...
09/04/2026

Teknologi tanaman kelapa menuntut susun atur yang bukan sahaja kemas di mata, tetapi tepat dari sudut sains agronomi dan kecekapan ladang.

Berdasarkan matriks penanaman, sistem tunggal tiga segi pada jarak 8m x 8m memberi kepadatan sekitar 180 pokok sehektar, berbanding sistem empat segi yang sekitar 156 pokok sehektar. Ini menunjukkan pemilihan geometri penanaman memberi implikasi langsung terhadap penggunaan ruang, bilangan pokok, kecekapan operasi dan potensi hasil jangka panjang.

Bagi pendekatan campuran sementara, integrasi nanas dalam kawasan kelapa hybrid juga membuka dimensi nilai tambah yang sangat signifikan.

Dengan susunan 6 baris setiap lorong x 166 pokok sebaris x 12 lorong sehektar, kepadatan tanaman nanas boleh mencecah sekitar 11,952 pokok sehektar. Dalam masa yang sama, sistem integrasi kekal turut boleh dipertimbangkan secara lebih strategik, contohnya tanaman kopi dengan kepadatan sekitar 704 pokok sehektar pada konfigurasi tertentu, bergantung kepada objektif pembangunan kawasan dan model pengurusan ladang.

Inilah wajah pertanian moden yang perlu digerakkan dengan pendekatan teknologis, diagnostik dan berasaskan data.

Bagi kelapa hybrid, jarak lazim 8.0 meter memberi ruang kanopi dan pengurusan yang lebih sesuai, manakala kelapa dwarf boleh dioptimumkan pada sekitar 6.5 meter mengikut reka bentuk ladang. Sebagai seorang profesional teknologi, saya melihat pemilihan sistem penanaman bukan sekadar keputusan lapangan, tetapi satu keputusan teknikal yang menentukan produktiviti, daya saing dan kelestarian industri kelapa pada masa hadapan.

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Pahang

02/04/2026

Rawatan patch kanker
Pejabat Pertanian Daerah Raub Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Address

Tingkat 6, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Pahang Tua
25990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share