21/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
KUANTAN, 21 Mei 2026 โ Mesyuarat Cadangan Pembangunan Tanaman Padi Bil. 2/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Kuantan yang dipengerusikan oleh En. Mohd Rizal bin Baharom, Pengarah Pertanian Negeri Pahang.
Mesyuarat tersebut memberi fokus kepada cadangan pembangunan tanaman padi di Lot 169347, Mukim Kuala Kuantan, melibatkan kawasan seluas 329.6 hektar di tanah milik Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang. Cadangan pembangunan ini berpotensi besar untuk dimajukan melalui usahasama strategik bersama Koyan Agriculture Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Datoโ Sri Mohd Amin A. Wahab.
Selesai sesi pembentangan dan maklum balas teknikal di bilik mesyuarat, Pengarah bersama barisan urusetia serta agensi terlibat telah meneruskan sesi tinjauan tapak ke lokasi cadangan pembangunan bagi melihat sendiri keadaan struktur tanah serta kesesuaian kawasan secara lebih dekat sebelum tindakan lanjut diambil.
Mesyuarat dan lawatan tapak ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan, serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Kuantan bagi membincangkan aspek teknikal dan keperluan pembangunan di kawasan terlibat.
Mesyuarat dan lawatan tapak ini diharap dapat membantu memperincikan perancangan pembangunan tanaman padi di kawasan terlibat agar dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
#๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐ฌ๐ญ