Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang Kami Sedia Membantu

05/09/2026
04/09/2026
EXPLORACE MOH KITA CELIK UBAT @ DESA-Q SIHAT ROMPIN 2026Desa-Q Sihat kembali lagi pada tahun 2026, dengan Felda Keratong...
27/08/2026

EXPLORACE MOH KITA CELIK UBAT @ DESA-Q SIHAT ROMPIN 2026

Desa-Q Sihat kembali lagi pada tahun 2026, dengan Felda Keratong 3, Rompin menjadi tuan rumah ketiga.

Pada 27 Ogos 2026, bertempat di Dewan Wisma JKKR, Felda Keratong 3, program Explorace Moh Kita Celik Ubat melalui Desa-Q Sihat Rompin 2026 telah dilaksanakan. 10 pasukan terdiri dari warga Felda Keratong 3 dan pelajar Sekolah Menengah Bandar Tun Razak mengunjungi 10 checkpoint di kawasan berhampiran Dewan Wisma JKKR Keratong 3 dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan-tugasan tersebut bertemakan ubat-ubatan dan farmasi, bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan peserta mengenai pengurusan ubat, seterusnya mencapai objektif Desa-Q Sihat dalam memperkasakan penggunaan ubat secara selamat, berkualiti dan berkesan dalam kalangan masyarakat di Pahang, terutamanya di lokaliti yang diangkat sebagai desa angkat BPF Pahang.

Tahniah pasukan Farmasi Rompin dan warga Felda Keratong 3, teruskan bersemangat untuk aktiviti-aktiviti seterusnya di bawah Desa-Q Sihat! Jumpa lagi di majlis akan datang!

"Moh Kita Celik Ubat Bersama Desa-Q Sihat!"




BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) AHLI FARMASI KENALI UBAT ANDA NEGERI PAHANG 2026Pada 11 Ogos 2026, telah berlangsung ...
13/08/2026

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) AHLI FARMASI KENALI UBAT ANDA NEGERI PAHANG 2026

Pada 11 Ogos 2026, telah berlangsung Bengkel Training of Trainers (TOT) Ahli Farmasi Kenali Ubat Anda Pahang 2026 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta melatih peserta mengenai konsep Penggunaan Ubat Berkualiti, seterusnya merancang dan melaksanakan program dan aktiviti di bawah Penggunaan Ubat Berkualiti. Bengkel ini telah disertai oleh 42 orang anggota farmasi dari sektor awam dan 6 orang dari sektor swasta dalam usaha untuk melahirkan anggota yang mampu menjadi sumber rujukan berkenaan Penggunaan Ubat Berkualiti di peringkat komuniti masing-masing.

Semoga semua peserta mendapat manfaat dari bengkel yang dijalankan dan bersemangat dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan penggunaan ubat berkualiti kepada masyarakat Pahang khususnya.





10/08/2026
BENGKEL GOOGLE STUDIO SIRI KETIGA, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG🗓️ 5 - 6 Ogos 2026Satu ...
07/08/2026

BENGKEL GOOGLE STUDIO SIRI KETIGA, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

🗓️ 5 - 6 Ogos 2026

Satu sesi penganjuran Bengkel Google Studio Siri Ketiga melibatkan warga kerja Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah berjaya diadakan selama dua hari bertempat di Bilik Mesyuarat Farmasi, Aras 2 JKN Pahang.

Sesi perkongsian ilmu yang bermakna ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah, En. Adi Asraf bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi).

Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendedahkan serta mengukuhkan kemahiran peserta dalam pengurusan data secara digital. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah dilatih dengan pelbagai modul teknikal termasuk pengenalan kepada Google Workspace, manipulasi data dan Essential Pharmacy Formulas, penyediaan carta visualisasi melalui Looker Studio, serta kemahiran automasi menggunakan Apps Script. Sesi latihan praktikal juga telah dilaksanakan bagi memantapkan lagi pemahaman secara terus (hands-on).

Bengkel ini menjadi platform penting dalam mengasah kemahiran teknikal dan analisis data digital di peringkat operasi farmasi, di samping menyokong transformasi prosedur kerja yang lebih sistematik dan berkesan.

Semoga bengkel ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan, seterusnya melancarkan segala proses pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan farmasi di Pahang sekali gus melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

🏆 Clinical Pharmacy Conference 2026 (CliPh’26)Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Poster sempe...
07/08/2026

🏆 Clinical Pharmacy Conference 2026 (CliPh’26)

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Poster sempena Clinical Pharmacy Conference 2026 (CliPh’26) atas pencapaian cemerlang dalam membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi farmasi klinikal.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang amat berbangga apabila Johan Pertandingan Poster berjaya dirangkul oleh wakil dari negeri Pahang:

🥇 Johan (1st Prize)
Muhammad Nasri Bin Yusoff
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang
Clinical and Economic Impact of Pharmacist-Led Interventions on Drug-Related Problems in the Haematology Unit, Hospital Tengku Ampuan Afzan

Turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang lain:

🥈 Naib Johan (2nd Prize)
Nur Amira Mohd Razi
PKD Marang, Terengganu
Effectiveness of the insuGUIDE Application in the Management of Insulin Needle Disposal Among Patients with Type 2 Diabetes Mellitus at PKD Marang

🥉 Tempat Ketiga (3rd Prize)
Fong Ren Yi
Hospital Kuala Lumpur
Factors Associated with Acute Adverse Drug Reaction Following Radioactive Iodine-131 Treatment for Differentiated Thyroid Cancer

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berkualiti, inovasi dalam amalan farmasi klinikal serta penambahbaikan perkhidmatan demi manfaat pesakit.

Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang dan peserta.

BENGKEL PENGUKURAN DAN PENSTRUKTURAN DATA NORMA PERJAWATAN FARMASI, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEG...
07/08/2026

BENGKEL PENGUKURAN DAN PENSTRUKTURAN DATA NORMA PERJAWATAN FARMASI, BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

🗓️ 5 – 6 Ogos 2026

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah menganjurkan Bengkel Pengukuran dan Penstrukturan Data Norma Perjawatan Farmasi selama dua hari bertempat di Bilik Latihan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Bengkel ini menghimpunkan Pegawai Farmasi yang mewakili pelbagai fasiliti hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri Pahang.

Penganjuran bengkel ini merupakan langkah awal dalam usaha memperkukuh kaedah pengukuran beban kerja anggota farmasi agar lebih komprehensif, selaras dengan perkembangan skop perkhidmatan farmasi yang semakin meluas.

Semoga bengkel ini dapat menghasilkan data beban kerja yang lebih tepat, objektif dan menyeluruh sebagai asas kepada perancangan serta justifikasi keperluan perjawatan anggota farmasi di negeri Pahang, seterusnya memperkukuh penyampaian perkhidmatan farmasi yang berkualiti kepada rakyat.

05/08/2026

Selamat menyambut Jubli Emas 50 Tahun Penguatkuasaan Farmasi.

Penguatkuasaan Farmasi: Agensi Peneraju Dalam Memerangi Jenayah Farmaseutikal

05/08/2026

Semak dahulu produk ubat sebelum beli.
Pastikan berdaftar baru beli

Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6095707737

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang:

Shortcuts

Share