09/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang baharu berkuat kuasa mulai 8 Jun 2026.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
PUTRAJAYA, 8 JUN 2026 - Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui penyerahan watikah pelantikan oleh Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 8 Jun 2026.
YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa memiliki ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam serta pengurusan projek pembangunan infrastruktur dan fasilti awam selama 32 tahun. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) sejak tahun 2024 dan berperanan penting dalam memperkukuh pembangunan projek kerajaan, tadbir urus teknikal dan kemudahan awam.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa atas pelantikan ini. Seluruh warga JKR Malaysia akan memberikan komitmen penuh kepada YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa sebagai KPKR JKR Malaysia dalam menerajui JKR ke arah kecemerlangan serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia