PAS Parlimen Indera Mahkota - P082

PAS Parlimen Indera Mahkota - P082 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Indera Mahkota Parlimen P082 Indera Mahkota
Kuantan, Pahang
(1)

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan Facebook! Semoga pengorbanan kita tahun ini diberkati dan membawa seribu ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan Facebook! Semoga pengorbanan kita tahun ini diberkati dan membawa seribu kemanisan. Salam Aidiladha!

Dato' Andansura Rabu menyampaikan ucapan salam Aidiladha dengan mengingatkan bahawa setiap pengorbanan dan keikhlasan it...
26/05/2026

Dato' Andansura Rabu menyampaikan ucapan salam Aidiladha dengan mengingatkan bahawa setiap pengorbanan dan keikhlasan itu membawa kasih sayang serta kekuatan.

Beliau berharap hari yang mulia ini mendidik kita untuk sentiasa rendah hati, saling membantu, dan menghargai orang sekeliling. Dalam kesempatan itu, beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan, berterima kasih atas sokongan semua, serta mendoakan agar Allah SWT menerima segala amal dan pengorbanan kita.

19/05/2026

Kenyataan PMX ketika menjawab Titah KDPM TMP isu Pasir amat mengguris hati Rakyat Negeri Pahang.

Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Guru, Ustaz Zulfadli Zakariah bersama rakan-rakan pasukan telah turun padang mengad...
19/05/2026

Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Guru, Ustaz Zulfadli Zakariah bersama rakan-rakan pasukan telah turun padang mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah dan tadika di sekitar DUN Semambu.

​Kunjungan ini diserikan dengan penyampaian sedikit buah tangan berupa pulut kuning sebagai tanda ingatan dan penghargaan daripada pihak beliau atas segala jasa, pengorbanan, serta dedikasi para pendidik dalam membentuk generasi masa depan.

​Terima kasih yang tidak terhingga buat cikgu-cikgu semua insan-insan hebat yang tidak pernah kenal erti jemu mencurahkan lautan ilmu dan kasih sayang kepada anak bangsa.
​Selamat Hari Guru!

Separuh hari semalam, Dato' Andansura Rabu menghabiskan masa bergerak tanpa henti dari satu sekolah ke satu sekolah. Per...
19/05/2026

Separuh hari semalam, Dato' Andansura Rabu menghabiskan masa bergerak tanpa henti dari satu sekolah ke satu sekolah. Perjalanannya meliputi kawasan dari Cherating, ke Balok, Damansara, Air Putih, dan berakhir di Beserah.

​Sudah menjadi kelaziman beliau setiap tahun, seboleh-bolehnya Dato' mahu turun padang untuk menyampaikan sendiri sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru kita di sekolah.

​Istimewa untuk tahun ini, pihak beliau telah menyediakan sumbangan pulut kuning sebagai tanda ingatan sempena sambutan Hari Guru. 🎁
​Persinggahan di setiap sekolah tidak mengambil masa yang lama. Konsepnya ringkas: jumpa, salam, dan terus ke lokasi seterusnya. Beliau amat menitikberatkan perkara ini kerana tidak mahu mengganggu masa pengajaran atau atur cara guru-guru yang sedang sibuk bertugas.

​Namun, sambil-sambil menyampaikan buah tangan, dapatlah juga Dato' Andansura menyantuni, bertanya khabar dan mengambil maklum secara terus sekiranya terdapat apa-apa perkara, keluhan atau kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak sekolah.

​Mudah-mudahan, menerusi pemberian kecil ini dapat menterjemahkan rasa hormat dan penghargaan yang tidak berbelah bahagi daripada beliau buat para pendidik kita.
​Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti cikgu-cikgu semua untuk anak-anak bangsa, masyarakat, dan negara! Selamat Hari Guru.

Petang semalam, Dato' Andansura Rabu bersama beberapa orang sahabat telah meluangkan masa menziarahi saudara Zarif di ke...
19/05/2026

Petang semalam, Dato' Andansura Rabu bersama beberapa orang sahabat telah meluangkan masa menziarahi saudara Zarif di kediamannya di Taman PSJ, Sungai Karang.

Zarif baru sahaja berusia 20 tahun. Seorang pemuda yang sangat aktif bersukan dan kini merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Pembuatan di KKTM Kuantan.

Satu perkhabaran yang cukup mengejutkan dan meruntun jiwa apabila bengkak di kaki kirinya yang dialami sejak sekian lama dan makin membesar rupa-rupanya berpunca daripada kanser.

Ketumbuhan itu telah merosakkan tulang kakinya.
Lebih meruntun hati, bagi mengawal sel kanser tersebut untuk jangka masa panjang, Zarif tiada pilihan selain terpaksa merelakan kaki kirinya dipotong dari paras separuh paha. Satu keputusan yang pastinya bukan mudah untuk ditelan pada usia yang masih muda.

Namun, sewaktu sesi ziarah petang semalam, Dato' Andansura amat kagum melihat ketenangan pemuda ini. Zarif nampak cukup reda dengan ujian yang ditakdirkan dan kelihatan sudah bersedia untuk menempuh fasa hidupnya yang baharu.

Dato' Andansura turut menitipkan kata-kata semangat agar Zarif terus kuat, tabah dan tidak sesekali berasa rendah diri mahupun putus asa. Dengan sokongan dan kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada kedua ibu bapanya, Ustaz Nik Asri dan isteri, pastinya menjadi penguat semangat buat Zarif.

Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan luar biasa, rahmat serta kemudahan buat Zarif dan seluruh ahli keluarganya dalam menempuh ujian berat ini.

Semoga asbab ujian ini, Allah SWT gantikan dengan hikmah dan kebaikan yang jauh lebih besar di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di luar sana!​Tugas seorang guru bukanlah sekadar mengajar di dalam kela...
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di luar sana!

​Tugas seorang guru bukanlah sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi memikul amanah yang sangat besar dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

​Daripada buta huruf kepada celik ilmu, daripada tidak tahu kepada bijaksana segalanya bermula daripada kesabaran dan keikhlasan seorang guru yang tidak pernah jemu membentuk peribadi kita.

​Terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga, dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa mengharapkan balasan. Semoga segala penat lelah para guru dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan dan diberkati hidup dunia akhirat.
​Terima kasih, Cikgu! Jasa mu sentiasa terpahat di hati.

Sempena sambutan Hari Guru, Dato’ Andansura Rabu di dalam Facebook rasminya mengucapkan **Selamat Hari Guru** dan menzah...
16/05/2026

Sempena sambutan Hari Guru, Dato’ Andansura Rabu di dalam Facebook rasminya mengucapkan **Selamat Hari Guru** dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang menjadi tunjang kepada pembangunan modal insan negara.

Dalam ucapan tersebut, beliau menegaskan betapa besarnya peranan guru dalam melahirkan masyarakat yang berjaya.
“Di sebalik setiap kejayaan sesebuah bangsa dan negara, ada guru-guru yang tidak pernah lelah membimbing, membentuk lapis-lapis generasi,” katanya.

Beliau menambah, dalam realiti dunia hari ini yang pantas bergerak dan berubah, kebijaksanaan para gurulah yang menjadi sandaran utama untuk membentuk tamadun bangsa dan peradaban.
Oleh itu, beliau turut memetik rasa kagumnya terhadap kecekalan golongan ini yang memilih untuk terus berbakti tanpa mengira lelah.
“Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka yang memilih untuk cekal menabur bakti, mendidik, membimbing anak-anak bangsa dan masyarakat - dalam apa juga cabang ilmu dan kemahiran.”

Mengakhiri kenyatannya, Dato’ Andansura Rabu merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua susuk gelaran pendidik—sama ada Cikgu, Ustaz, Ustazah, Muallim, Muallimah, Teacher, Encik, Cik, Puan, mahupun Sir dan Madam serta seluruh pengajar—atas segala jasa, pengorbanan, dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini.

15/05/2026

🎙️ [LIVE] MOH BOROK – Isu Titah Diraja KDPM & Sidang DUN
📅 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 9.30 malam

Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 DUN Pahang ke-15 dah bersidang… tapi apa makna semua ni untuk kita orang Pahang?
Malam ni, kita borok LIVE!

🔥 Apa yang kita nak borok:
• Polemik Titah Diraja KDPM
• Semangat Federalisme
• Isu Cherating semakin pudar
• Ketidakseimbangan Kuantan vs Daerah lain

Kalau nak faham topik2 ni semua tanpa pening, moh singgah live!
Kita borok terbuka, tanya apa nak tanya.

12/05/2026

Itu Fitnah!!!! Kita jumpa di akhirat.
Kenyataan supaya hentikan eksport pasir pada 2017 di Harakah daily merupakan kenyataan dari Sahabat Alam Malaysia bukan daripada Dato Seri Tuan Ibrahim.

Address

Pahang Tua

Telephone

+6095834650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Parlimen Indera Mahkota - P082 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share