SPRM Pahang

SPRM Pahang SPRM NEGERI PAHANG

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026




pahang #065USAHA PERANGI RASUAH DIPERKUKUH: KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI IPK PAH...
01/05/2026

pahang #065

USAHA PERANGI RASUAH DIPERKUKUH: KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI IPK PAHANG CERMINKAN KOMITMEN TEGUH AGENSI PENGUATKUASAAN

INDERA MAHKOTA, 30 April 2026 – Dalam suasana penuh profesionalisme dan semangat kerjasama strategik, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, YDH SAC Dato’ Mohamad Noor bin Yusof Ali telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud, hari ini.

Pertemuan berprofil tinggi yang berlangsung dalam suasana penuh mesra namun sarat dengan agenda strategik itu dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh kerjasama dua agensi penguatkuasaan utama negara. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada usaha mempertingkat keberkesanan pencegahan jenayah, membanteras rasuah serta memperkasakan keselamatan komuniti secara holistik di negeri Pahang.

Dato’ Mohamad Noor menegaskan bahawa sinergi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM merupakan tunjang penting dalam memastikan keamanan dan ketelusan terus terpelihara. Beliau turut menyatakan komitmen pihaknya untuk memperluas jaringan kerjasama operasi serta perkongsian maklumat risikan bagi menangani cabaran jenayah yang semakin kompleks.

Sementara itu, KPKPj Mohd Shukor menyambut baik kunjungan tersebut dan menyifatkannya sebagai manifestasi kesungguhan kedua-dua agensi dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus yang baik. Menurut beliau, kolaborasi strategik ini bukan sahaja mampu meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, malah turut memberi impak positif kepada keyakinan masyarakat terhadap institusi keselamatan dan pencegahan rasuah.

Kunjungan hormat ini turut membuka ruang kepada pelbagai inisiatif bersama yang bakal dilaksanakan, termasuk program advokasi kesedaran awam, latihan bersama serta pendekatan bersepadu dalam menangani isu jenayah dan salah laku. Secara keseluruhannya, pertemuan ini mencerminkan iltizam tinggi kedua-dua agensi dalam memperkukuh benteng keselamatan negara, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dalam landskap cabaran semasa yang semakin dinamik.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #064GELOMBANG ANTI-RASUAH BERMULA: SPRM – YADIM PAHANG LANCAR INISIATIF PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH DIKALANGAN PERT...
01/05/2026

pahang #064

GELOMBANG ANTI-RASUAH BERMULA: SPRM – YADIM PAHANG LANCAR INISIATIF PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH DIKALANGAN PERTUBUHAN ISLAM DI PAHANG

INDERA MAHKOTA, 29 Mei 2026 – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang, Tuan Aizuddin Hakim bin Mohd Yusof di Pejabat YADIM Pahang, hari ini. Untuk rekod, YADIM adalah salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berperanan memperkukuh dakwah Islam serta membina masyarakat berteraskan nilai-nilai Islam.

Kunjungan bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi, di samping meneroka peluang kerjasama dalam usaha memperkasa nilai integriti dan kesedaran antirasuah dalam kalangan masyarakat khususnya pertubuhan - pertubuhan Islam di Negeri Pahang.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai pendekatan dakwah yang boleh digembleng bersama bagi menyemai budaya menolak rasuah secara menyeluruh, khususnya melalui program-program pendidikan dan kesedaran yang lebih berfokus yang dipersetujui akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Mohd Shukor menekankan kepentingan peranan institusi dakwah seperti YADIM dalam membantu menyampaikan mesej integriti berteraskan nilai-nilai Islam kepada masyarakat.
“Pendekatan dakwah yang berkesan mampu menjadi medium penting dalam membentuk pemikiran dan sikap masyarakat agar lebih peka terhadap bahaya rasuah serta beriltizam untuk menolaknya,” katanya.

Sementara itu, Aizuddin Hakim menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan komitmen YADIM Pahang untuk bekerjasama rapat dengan SPRM dalam menjayakan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat umumnya.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang, PPj Shazleen binti Md Noh.
Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #63BICARA INTEGRITI PERHUTANAN: TIADA KOMPROMI TERHADAP RASUAH DAN SALAH GUNA KUASAINDERA MAHKOTA, 28 April 2026 ...
29/04/2026

pahang #63

BICARA INTEGRITI PERHUTANAN: TIADA KOMPROMI TERHADAP RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

INDERA MAHKOTA, 28 April 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menegaskan pendirian tanpa kompromi terhadap rasuah dan salah guna kuasa melalui penganjuran program Bicara Integriti: “Integriti Akar Kekuatan Perhutanan, Perhutanan Bebas Rasuah” di Kompleks SPRM Pahang.

Program berbentuk bual bicara ini melibatkan 50 pegawai dan kakitangan penguatkuasaan JPNP dan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM, Ps Maizatul Idzwie binti Mat Ali, Pahang, dengan penglibatan panel berautoriti iaitu
PKPj Mohd Zamani bin Zainol, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Pahang serta Encik Nik Harun Al-Rashid bin Nik Zaidin, Penolong Pengarah (Latihan Perhutanan) JPNP.

Perbincangan menegaskan bahawa sebarang perlakuan rasuah merupakan kesalahan serius di bawah Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan tidak akan dikompromi. Pegawai turut diingatkan bahawa kegagalan melaporkan rasuah juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam masa yang sama, pegawai juga diingatkan bahawa kegagalan melaporkan tawaran rasuah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan. Justeru, keberanian untuk melapor serta menolak rasuah adalah satu kewajipan, bukan pilihan.

Program diteruskan dengan majlis perasmian yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah SPRM Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud yang menegaskan bahawa usaha pencegahan rasuah perlu dilaksanakan secara berterusan, menyeluruh dan berintegriti tinggi tanpa sebarang kompromi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) JPNP, YBrs. Dr. Grippin Anak Akeng, mewakili Pengarah JPNP. Beliau menegaskan komitmen JPNP untuk memastikan setiap pegawai mematuhi prinsip integriti, memperkukuh akauntabiliti serta menolak sebarang bentuk penyelewengan dalam pelaksanaan tugas.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #62KUNJUNGAN HORMAT JPNP KE SPRM PAHANG PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK ANTIRASUAHINDERA MAHKOTA, 28 April 2026 – Ti...
29/04/2026

pahang #62

KUNJUNGAN HORMAT JPNP KE SPRM PAHANG PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK ANTIRASUAH

INDERA MAHKOTA, 28 April 2026 – Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), YBrs. Dr. Grippin Anak Akeng telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud di Bilik Pengarah, Kompleks SPRM Pahang, hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara SPRM Pahang dan JPNP khususnya dalam aspek pencegahan rasuah, pengukuhan integriti serta tadbir urus baik dalam sektor perhutanan negeri.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan keperluan memperkasakan usaha pencegahan melalui pendekatan bersepadu termasuk pelaksanaan program kesedaran, perkongsian maklumat serta pemantauan terhadap risiko rasuah dan salah guna kuasa dalam aktiviti penguatkuasaan perhutanan.

Selain itu, perbincangan turut menekankan kepentingan pematuhan kepada prosedur kerja, peningkatan akauntabiliti pegawai serta penerapan nilai integriti sebagai budaya kerja yang tidak boleh dikompromi dalam memastikan kelestarian sumber hutan negeri terus terpelihara.

Pengarah SPRM Pahang menegaskan bahawa SPRM sentiasa komited untuk bekerjasama rapat dengan agensi strategik negeri dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang telus dan bebas rasuah. Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang bentuk pelanggaran integriti akan diambil tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sementara itu, YBrs. Dr. Grippin Anak Akeng menyatakan komitmen JPNP untuk terus memperkukuh amalan integriti dalam kalangan pegawai serta memastikan setiap pelaksanaan tugas mematuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Kunjungan hormat ini mencerminkan keseriusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah membanteras rasuah dan memastikan sektor perhutanan kekal berintegriti serta bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #61SESI LIBAT URUS SPRM PAHANG DAN LHDNM PAHANG PERKUKUH SINERGI PEMBANTERASAN RASUAHKUANTAN, 27 April 2026 – Sur...
29/04/2026

pahang #61

SESI LIBAT URUS SPRM PAHANG DAN LHDNM PAHANG PERKUKUH SINERGI PEMBANTERASAN RASUAH

KUANTAN, 27 April 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Pahang bertempat di Bilik Indra Kayangan, Kompleks LHDNM Pahang, hari ini.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Pengarah LHDNM Pahang, Encik Amilin bin Mahir bersama Pengarah SPRM Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua pihak.

Sesi libat urus ini diadakan sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, di samping memperkasa usaha pencegahan rasuah secara bersepadu. Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan turut merangkumi isu-isu semasa seperti pengesanan ketirisan hasil negara, pemantauan transaksi kewangan mencurigakan serta langkah-langkah penambahbaikan sistem kawalan dalaman bagi mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa.

KPKPj Mohd Shukor dalam ucapannya menegaskan bahawa kerjasama strategik antara SPRM dan LHDNM adalah penting dalam memastikan pendekatan yang lebih holistik dan berkesan dalam menangani isu rasuah serta ketirisan hasil negara.

“Kolaborasi antara agensi seperti ini amat penting bagi memastikan usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berimpak tinggi, seterusnya memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap integriti perkhidmatan awam,” katanya.

Sementara itu, Encik Amilin turut menyatakan komitmen LHDNM Pahang untuk terus memperkukuh kerjasama dengan SPRM dalam memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan kecekapan pengurusan hasil negara.

Sesi ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara SPRM dan LHDNM Negeri Pahang dalam usaha memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan bebas rasuah.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #60CERAMAH ANTIRASUAH SENTUH JIWA, PERKASA INTEGRITI PENJAWAT AWAM KERAJAAN NEGERI PAHANGKUANTAN, 26 April 2026 –...
28/04/2026

pahang #60

CERAMAH ANTIRASUAH SENTUH JIWA, PERKASA INTEGRITI PENJAWAT AWAM KERAJAAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 26 April 2026 – Dalam dunia perkhidmatan awam yang semakin mencabar, integriti bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi satu amanah yang wajib dipikul dengan penuh keikhlasan dan keberanian.

Semangat tersebut dizahirkan menerusi penyampaian ceramah antirasuah dalam Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2026 yang berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, melibatkan seramai 99 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negeri Pahang.

Ceramah telah disampaikan oleh PPs Siti Halimatus Saadiah binti Sheikh Zuhari, Ketua Unit Siasatan Integriti Badan Awam (SIBA) SPRM Pahang, yang menekankan bahawa rasuah bukan sekadar pelanggaran undang-undang, tetapi satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan negara. Dengan pendekatan yang penuh berkesan dan menyentuh jiwa, beliau mengingatkan bahawa setiap penjawat awam adalah benteng pertama dalam mencegah rasuah. Kegagalan memelihara integriti bukan sahaja meruntuhkan sistem, malah menghakis kepercayaan rakyat yang menjadi asas kepada kestabilan negara.

“Integriti bukan diuji ketika senang, tetapi ketika berdepan peluang dan godaan,” tegas beliau, sambil menyeru para peserta agar sentiasa berani membuat keputusan yang betul walaupun sukar.

Sepanjang sesi, peserta turut didedahkan dengan realiti kes-kes rasuah, salah guna kuasa serta implikasi undang-undang yang memberi kesan besar bukan sahaja kepada individu, malah kepada organisasi dan negara secara keseluruhan.

Penyampaian ceramah ini dilihat sebagai satu seruan moral yang kuat kepada semua peserta untuk bangkit mempertahankan integriti dan menolak rasuah dalam apa jua bentuk. Ia selari dengan aspirasi untuk melahirkan penjawat awam yang berprinsip, telus dan berani.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #059“INTEGRITI DIJANJI, RASUAH DITOLAK”: MPT LAFAZ IKRAR PERKUKUH AMANAH PERKHIDMATAN AWAMTEMERLOH, 22 April 2026...
28/04/2026

pahang #059

“INTEGRITI DIJANJI, RASUAH DITOLAK”: MPT LAFAZ IKRAR PERKUKUH AMANAH PERKHIDMATAN AWAM

TEMERLOH, 22 April 2026 – Komitmen terhadap tadbir urus berintegriti terus diperkasa oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan penganjuran Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu acara penuh simbolik hari ini.

Majlis berkenaan telah disaksikan oleh KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, yang dalam ucapannya menegaskan bahawa pembanterasan rasuah bukan sekadar tanggungjawab agensi penguatkuasaan, sebaliknya memerlukan komitmen menyeluruh setiap penjawat awam.

“Rasuah boleh meruntuhkan organisasi dari dalam. Justeru, setiap warga kerja perlu berani menolak sebarang bentuk salah laku serta sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut beliau lagi, pelaksanaan IBR adalah satu langkah penting dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang bersih, cekap dan berakauntabiliti, sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi kerajaan.

Sebelum berlangsungnya majlis lafaz ikrar, warga kerja MPT telah menghadiri sesi taklimat pencegahan rasuah yang disampaikan oleh PKPs Mohammad Hassan bin Zulkifli, Pegawai SPRM Cawangan Temerloh. Taklimat tersebut memberi penekanan kepada aspek pencegahan, kesedaran undang-undang serta peranan individu dalam mengekang gejala rasuah di tempat kerja.

Turut hadir, Tuan Rizal bin Mustafa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh bersama barisan pengurusan dan kakitangan MPT yang turut melafazkan ikrar sebagai tanda komitmen kolektif terhadap integriti.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform memperkukuh kesedaran, malah mencerminkan kesungguhan MPT dalam memastikan setiap warganya mengamalkan nilai amanah, telus dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas demi kesejahteraan masyarakat.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #058CERAMAH ANTIRASUAH TARIK WARGA PLYCC PAHANG PERKASA NILAI INTEGRITIKUANTAN, 17 April 2026 – Seramai 143 peser...
28/04/2026

pahang #058

CERAMAH ANTIRASUAH TARIK WARGA PLYCC PAHANG PERKASA NILAI INTEGRITI

KUANTAN, 17 April 2026 – Seramai 143 peserta terdiri daripada pensyarah PLYCC Pahang telah menghadiri ceramah pencegahan rasuah yang disampaikan oleh PPs Fauzi bin Mahadi, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang sempena Program Kursus Pemerkasaan Integriti Warga PLYCC Pahang yang berlangsung di Dewan Besar Kolej Komuniti Kuantan, hari ini.

Penganjuran ceramah bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai bahaya rasuah serta memperkukuh nilai integriti dalam kehidupan seharian dan perkhidmatan organisasi. Dalam sesi berkenaan, PPs Fauzi menekankan kepentingan setiap individu memainkan peranan aktif dalam menolak sebarang bentuk perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau turut berkongsi pelbagai contoh kes serta implikasi undang-undang yang boleh dikenakan terhadap pelaku rasuah, di samping menggalakkan peserta untuk mengamalkan budaya kerja beretika dan telus.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam memperkasakan integriti dalam kalangan warga PLYCC Pahang, selaras dengan usaha kerajaan untuk membanteras gejala rasuah di semua peringkat masyarakat.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #057IKRAR BEBAS RASUAH: TVETMARA PEKAN TEGUH BUDAYA INTEGRITIPERAMU, 16 April 2026 – Seramai 115 orang pegawai da...
28/04/2026

pahang #057

IKRAR BEBAS RASUAH: TVETMARA PEKAN TEGUH BUDAYA INTEGRITI

PERAMU, 16 April 2026 – Seramai 115 orang pegawai dan kakitangan TVETMARA Pekan (Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahya Ahmad) hari ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen berterusan dalam memperkukuh integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah dalam organisasi.

Lafaz IBR diketuai oleh Pengarah TVETMARA Pekan, YBrs. Dr. Suzilasahibatul Akhmar binti Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, PKPj Mohd Zamani bin Zainol.

Dalam majlis yang sama, satu sesi ceramah berkaitan integriti dan pencegahan rasuah turut disampaikan oleh Ketua Cawangan Integriti dan Badan Awam (SIBA) SPRM Pahang, PPs Siti Halimatus Saadiah binti Sheikh Zuhari. Ceramah tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan membudayakan nilai integriti dalam perkhidmatan awam serta peranan setiap individu dalam membanteras gejala rasuah.

Melalui pelaksanaan IBR ini, warga TVETMARA Pekan menzahirkan iltizam untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah, telus dan bertanggungjawab selaras dengan aspirasi negara dalam memperkukuh tadbir urus yang baik.

Majlis ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran serta memperkukuhkan integriti dalam kalangan warga kerja, seterusnya menyumbang ke arah persekitaran kerja yang bebas rasuah.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




pahang #056FORUM INTEGRITI DEDAH PELAJAR KIAR UMPSA KEPADA LIABILITI KORPORAT DAN PRINSIP TRUSTPEKAN, 15 April 2026 – Se...
28/04/2026

pahang #056

FORUM INTEGRITI DEDAH PELAJAR KIAR UMPSA KEPADA LIABILITI KORPORAT DAN PRINSIP TRUST

PEKAN, 15 April 2026 – Seramai 100 pelajar Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR), Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai satu forum integriti secara dalam talian yang dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

Forum bertajuk “Dari Kampus ke Korporat: Memahami Liabiliti Korporat & Prinsip Trust” itu dikendalikan oleh Puan Siti Fatihah binti Ghazali, Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan UMPSA selaku moderator, dengan menampilkan dua orang panel berpengalaman daripada sektor penguatkuasaan dan akademik.

Mewakili SPRM Pahang, KPKPs Nor Hasni Maria binti Ab Rahim, Pegawai Unit Penyiasatan Tatakelola telah berkongsi mengenai aspek liabiliti korporat serta implikasi undang-undang terhadap organisasi yang gagal mengamalkan tadbir urus berintegriti. Beliau turut menekankan kepentingan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang serta peranan individu dalam mencegah rasuah di peringkat organisasi. Sementara itu, UMPSA p**a menampilkan Prof. Madya Dr. Rashidi Abas yang memberi penekanan dalam konteks pengurusan dan kepimpinan, serta asas penting dalam membentuk budaya kerja beretika dalam sektor korporat.

Forum ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai realiti cabaran integriti di alam pekerjaan, khususnya dalam sektor korporat, di samping memperkukuh kefahaman mereka terhadap tanggungjawab sebagai bakal profesional yang beretika.

Program seumpama ini diharap dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai jati diri tinggi serta komitmen terhadap prinsip integriti dan pencegahan rasuah selaras dengan aspirasi negara.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Masyarakat
SPRM Pahang




Address

Pahang Tua

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share