Balai Polis Sg Karangan Kedah

Balai Polis Sg Karangan Kedah Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

FIRE DRILL @ LATIHAN KEBAKARANAnggota-anggota Balai Polis Sungai Karangan telah menerima taklimat berkaitan pencegahan k...
04/06/2023

FIRE DRILL @ LATIHAN KEBAKARAN

Anggota-anggota Balai Polis Sungai Karangan telah menerima taklimat berkaitan pencegahan kebakaran, menangani kebakaran dan cara-cara penggunaan alat pemadam api daripada pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Hi Tech.

Latihan ini bagi membiasakan anggota-anggota Balai Polis Sungai Karangan sekiranya berlaku kecemasan/kebakaran di balai, kediaman dan kawasan masyarakat setempat.

OPS SELAMAT 20 : PEMANTAUAN RUMAH YANG DITINGGALKAN Pemantauan serta rondaan oleh pihak PDRM terhadap rumah-rumah yang p...
21/04/2023

OPS SELAMAT 20 : PEMANTAUAN RUMAH YANG DITINGGALKAN

Pemantauan serta rondaan oleh pihak PDRM terhadap rumah-rumah yang penghuninya telah pulang ke Kampung halaman sempena cuti Aidilfitri.

Pemantauan tersebut hasil daripada penghuninya yang telah memaklumkan kepada pihak polis melalui aplikasi VSP atau borang pemakluman balik Kampung secara manual.

Notis pemakluman rondaan juga telah diberikan sebagai tanda pihak polis telah membuat rondaan.

Perjumpaan dengan wakil kampung/taman sekitar pentadbiran Balai Polis Sg Karangan bagi mengetahui permasalahan jenayah y...
20/04/2023

Perjumpaan dengan wakil kampung/taman sekitar pentadbiran Balai Polis Sg Karangan bagi mengetahui permasalahan jenayah yang berlaku di tempat mereka dan memperingatkan mengenai langkah-langkah keselamatan harta benda ketika meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman sewaktu musim perayaan... ๐Ÿค

RONDAAN CEGAH JENAYAH BALAI POLIS SUNGAI KARANGAN BERSAMA KOMUNITI RUKUN TETANGGA (KRT) DAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) ...
19/04/2023

RONDAAN CEGAH JENAYAH BALAI POLIS SUNGAI KARANGAN BERSAMA KOMUNITI RUKUN TETANGGA (KRT) DAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) TAMAN DESA AMAN.

1) Rondaan dibuat bagi meningkatkan keselamatan di Taman Desa Aman.

2) Mengukuhkan hubungan antara Polis dan masyarakat.

06/01/2022

YDH CP Wan Hassan bin Wan Ahmad menerima tugas sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dari YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat berkuatkuasa hari ini sambil disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Razarudin Bin Husain.

06/01/2022

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENGARAH JSJN BAHARU

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik baharu.

Selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara.





#03012022

TALIAN WHATSAPP   SELURUH KONTINJEN KEDAHMana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta hadir ke IPD ber...
08/07/2021

TALIAN WHATSAPP SELURUH KONTINJEN KEDAH

Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta hadir ke IPD berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.

Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD ataupun melalui talian WhatsApp Khas Op Bantu. Skuad Amanita dan RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.

๐๐Š๐๐ƒ ๐๐ข ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ ๐๐ข ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐’๐ž๐ญ๐š๐ซ, ๐Š๐ž๐๐š๐กKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-1...
18/05/2021

๐๐Š๐๐ƒ ๐๐ข ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ ๐๐ข ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐’๐ž๐ญ๐š๐ซ, ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di 28 mukim dalam daerah Kota Setar, Kedah.

Sehingga 16 Mei 2021, sebanyak 975 kes aktif COVID-19 di seluruh daerah Kota Setar dengan enam (6) mukim direkodkan sebagai Zon Merah iaitu Mukim Kota Setar (78 kes), Mukim Mergong (223 kes), Mukim Pengkalan Kundor (143 kes), Mukim Derga (138 kes), Mukim Kangkong (55 kes) dan Mukim Anak Bukit (61 kes).

Selain itu, KKM mengesahkan penularan jangkitan COVID-19 telah tersebar meluas ke seluruh daerah Kota Setar dengan dalam tempoh lapan (8) hari sahaja iaitu bermula 8 hingga 16 Mei 2021, sebanyak 799 kes positif COVID-19 dikesan.

Ini menjadikan sebanyak hampir 100 kes sehari di Kota Setar direkodkan secara purata, yang melibatkan beberapa kluster sedia ada dan Kluster Dah Putih iaitu kluster terbaru di daerah Kota Setar.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan *Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 28 Mukim di Kota Setar berkuat kuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021.*

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di daerah ini serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain.

Maklumat lanjut mengenai SOP penuh bagi PKPD ini boleh dirujuk di laman sesawang MKN.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"Alhamdulillah .. hasil usaha ocs sg karangan sjn jamil memohon bantuan NGO membantu...
09/03/2021

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Alhamdulillah .. hasil usaha ocs sg karangan sjn jamil memohon bantuan NGO membantu keluarga orang kurang upaya Awang fasa 3 Taman Desa Aman Sg Karangan yang mengalami lumpuh akibat kemalangan jln raya baru- baru ini, sedikit sebanyak meringankan beban beliau di musim covid 19 ini. Tahniah & Syabas kepada sjn jamil & Balai Polis Sg Karangan Kedah.

09/02/2021
AHLI GENG MAIL CURI KABEL TUMPASKULIM - Enam ahli Geng Mail yang aktif melakukan kegiatan curi kabel sekitar Kulim sejak...
05/10/2020

AHLI GENG MAIL CURI KABEL TUMPAS

KULIM - Enam ahli Geng Mail yang aktif melakukan kegiatan curi kabel sekitar Kulim sejak tiga tahun lalu tumpas selepas diberkas sekitar Padang Serai membabitkan beberapa tangkapan berasingan sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Azhar Hashim berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 53 tahun.

Menurutnya, Sabtu lalu anggota dari Balai Polis Sungai Karangan yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan Ladang Padang Meiha ternampak sekumpulan lelaki sedang memotong kabel dari bawah tanah.

"Menyedari kehadiran polis, mereka melarikan diri tetapi salah seorang daripadanya berusia 41 tahun berjaya ditahan," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini hari ini.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim melakukan tiga serbuan berasingan dan menahan lima individu lain termasuk seorang pembeli.

Katanya, polis turut merampas lapan kabel yang terdapat kesan terbakar berukuran antara 5 hingga 14 meter, dua bilah parang, bateri, lampu sorot, mesin gergaji dan bekas plastik.

'Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam lebih 10 kes curi kabel sekitar daerah ini dan hasil jualan digunakan untuk membeli dadah jenis syabu.

"Difahamkan, kabel akan dijual antara 40 hingga 50 kilogram setiap kali curi kabel dan menganggarkan memperoleh wang tunai sekitar RM700 hingga RM900," katanya.

Azhar memberitahu, kesemua suspek mempunyai antara dua hingga lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Perintah tahanan reman dibenarkan selama empat hari bermula 4 hingga 7 Oktober 2020 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan.

Sumber : ๐‘บ๐’Š๐’๐’‚๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’

Address

Polis Balai Sg Karangan
Padang Serai
09410

Telephone

+6044858122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Sg Karangan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share