09/11/2025
PROGRAM CSR DARIPADA PETRONAS KLIA (LUPIN SOLUTION) DI DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG JIJAN
08 Nov 2025 (Sabtu) - Satu program Khidmat Masyarakat (CSR) daripada Kakitangan PETRONAS KLIA (Lupin Solution) telah berjalan di Dewan Orang Ramai Kampung Jijan.
Program yang bermula pada jam 8:30 pagi itu telah melibatkan kira-kira 10 orang Kakitangan PETRONAS KLIA. Aktiviti utama pada program semalam adalah mengecat Gelanggang Badminton di dalam Dewan Orang Kampung Jijan selain memesin rumput , menukar mentol lampu baharu dan pembersihan kawasan Dewan.
Turut hadir Encik Ismail Abd Kadir , bersama wakil Kelab Kampung Jijan di dalam program semalam.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PETRONAS KLIA (Lupin Solution) di atas Program Khidmat Masyarakat yang telah dijalankan di Dewan Orang Ramai Kampung Jijan.
Diharapkan orang ramai dan para pengguna Dewan Orang Ramai dapat menjaga dan menggunakan kemudahan Dewan ini dengan sebaiknya .