PAS Kawasan Nibong Tebal

PAS Kawasan Nibong Tebal Page RASMI :
PAS Kawasan Nibong Tebal

KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026PAS KAWASAN NIBONG TEBAL & PUSAT KHIDMAT ADUN SUNGAI BAKAP.
19/04/2026

KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026
PAS KAWASAN NIBONG TEBAL & PUSAT KHIDMAT ADUN SUNGAI BAKAP.

30/03/2026
"Taqabalallah Minna Waminkum"Alhamdulillah,fasa tarbiah di dalam Madrasah Ramadan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sem...
20/03/2026

"Taqabalallah Minna Waminkum"

Alhamdulillah,fasa tarbiah di dalam Madrasah Ramadan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Ramadan akan berlalu pergi meninggalkan kita,kini Syawal menjelma tiba bagi meraikan kemenangan.

Buat anak-anak perantau Selamat Pulang ke kampung halaman dan berhati-hatilah di jalan raya. Kepulangan anda dinanti oleh keluarga tercinta.

Kepada seluruh umat Islam dimana jua berada khususnya di Nibong Tebal kami mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin

Ingatan Tulus Ikhlas
PAS KAWASAN NIBONG TEBAL

18/03/2026

Diesel naik lagi menghampiri RM5

05/03/2026

Salam Penghulu Segala Hari.

01/03/2026

Tindakan menghina dan memijak Al-Quran adalah satu perbuatan yang sangat biadab, melampaui batas serta mencetuskan kemarahan dan sensitiviti umat Islam. Perbuatan seperti ini tidak boleh dipandang ringan dan mesti dikecam sekeras-kerasnya.

Sehubungan itu, tindakan melalui saluran undang-undang hendaklah diteruskan tanpa kompromi agar pelaku diambil tindakan sewajarnya serta menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati agama dan keharmonian negara.

Alhamdulillah, malam penuh keberkatan bersama sahabat-sahabat komuniti bermotor.Saya hadir ke Majlis Iftar Alternative R...
01/03/2026

Alhamdulillah, malam penuh keberkatan bersama sahabat-sahabat komuniti bermotor.

Saya hadir ke Majlis Iftar Alternative Riding Club (ARC) Penang bersama ARC Nibong Tebal telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Sumayyah Kitchen, Taman Halaman Indah, Jawi. Ahli ARC dari seluruh Pulau Pinang berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa dalam suasana harmoni dan ukhuwah yang erat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Al Fadhil Ustaz Rozali bin Mohamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal yang menyampaikan tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa.

Usai iftar, program diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap. Seusai solat tarawih, saya turut menyampaikan sedikit tazkirah Ramadan serta berkongsi pandangan berkenaan beberapa isu semasa untuk santapan minda para hadirin.

Semoga pertemuan ini bukan sekadar perhimpunan komuniti, tetapi menjadi medan menguatkan silaturrahim, memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. 🤲

01/03/2026

Kenyataan Media Presiden PAS

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI PERIKATAN NASIONALPAS Kawasan Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi ucapan ...
22/02/2026

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL

PAS Kawasan Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

atas pelantikan sebagai Pengerusi Baharu Perikatan Nasional.

Kami menzahirkan keyakinan bahawa pengalaman luas, kepimpinan yang berintegriti serta komitmen tinggi beliau dalam pentadbiran dan perjuangan akan terus memperkukuh Perikatan Nasional sebagai wadah yang diyakini rakyat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada beliau dalam menggalas amanah besar ini, seterusnya memimpin dengan hikmah demi kestabilan serta kelestarian politik negara yang semakin mencabar, demi agama, bangsa dan tanah air.

Siru Ala Barakatillah

KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Nibong Tebal

Catatan DuhaAllah hadirkan ujian bukan untuk menghukum, tetapi untuk mendidik hati agar lebih hampir kepada-Nya. Ustaz H...
18/02/2026

Catatan Duha
Allah hadirkan ujian bukan untuk menghukum, tetapi untuk mendidik hati agar lebih hampir kepada-Nya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 30 Sya’ban 1447, 18 Feb 2026 Rabu

Salam Ramadan 1447H / 2026Mالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلر...
17/02/2026

Salam Ramadan 1447H / 2026M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Pas Kawasan Nibong Tebal mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua umat Islam dimana jua berada.

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan — bulan yang mendidik jiwa, melembutkan hati dan mendekatkan kita kepada-Nya.

Dalam keheningan sahur dan syahdunya waktu berbuka, semoga hati kita dipenuhi rasa syukur, doa kita diangkat penuh rahmat, dan segala kekhilafan diampuni.

Ya Allah, terimalah puasa kami, ampunilah dosa kami dan satukan hati-hati kami dalam kebaikan.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna,membawa sinar kedamaian dan kesejahteraan buat kita semua. 🌙✨

KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM

Tulus Ikhlas Daripada
Pas Kawasan Nibong Tebal

UCAPAN TAHUN BARU CINA 2026PAS Kawasan Nibong Tebal mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada seluruh masyarakat T...
16/02/2026

UCAPAN TAHUN BARU CINA 2026

PAS Kawasan Nibong Tebal mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghua yang meraikannya, khususnya di Nibong Tebal dan seluruh Malaysia

Diharapkan kehadiran tahun baharu ini menyuntik sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, kemakmuran serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan Dan mencerminkan nilai kekeluargaan, perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang masyarakat majmuk di negara kita.

Semangat saling menghormati, memahami dan bekerjasama antara kaum akan terus memperkukuhkan perpaduan serta kestabilan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, kita mampu membina masa depan yang lebih sejahtera untuk generasi akan datang.

Semoga Tahun Baru ini membawa lebih banyak keberkatan, keamanan dan kemajuan buat semua.

Gong Xi Fa Cai
Xin Nian Kuai Le

Ikhlas daripada,
PAS Kawasan Nibong Tebal

Address

No 25 Jalan Besar Taman Seri Acheh
Nibong Tebal
14310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share