Perpustakaan Musa Mohamad, USM

Perpustakaan Musa Mohamad, USM Menjadi pemangkin ke arah perkembangan ilmu, kesarjanaan dan pendidikan sepanjang hayat untuk pembangunan lestari.

Objektif Kualiti Kami :-

1)Memberi maklum balas terhadap aduan dalam tempoh 2 hari bekerja.

2)Memproses tempahan buku dalam tempoh 1 hari selepas buku dipulangkan.

3)Menyusun semula buku yang dikembalikan dalam tempoh 2 hari bekerja.

4)Memproses dan memaklumkan status permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dalam tempoh 5 hari bekerja.

5)Memproses bahan dengan segera dalam tempoh 1 hari bekerja.

12/06/2026
Program Gerobok Rezeki :  Sarapan PercumaPerpustakaan Musa Mohamad komited menyokong kebajikan pelajar melalui inisiatif...
09/06/2026

Program Gerobok Rezeki : Sarapan Percuma

Perpustakaan Musa Mohamad komited menyokong kebajikan pelajar melalui inisiatif Gerobok Rezeki : Program Sarapan Pagi Percuma. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar serta memastikan tiada yang hadir ke kampus dalam keadaan lapar.

Tarikh : 09 Jun 2026 (Selasa)
📍 Lokasi: Ruang Loker, PMM
🕗 Masa: 9:00 pagi

Objektif Program:
- Mewujudkan budaya saling membantu dan prihatin dalam kalangan warga kampus.
- Menyediakan permulaan hari yang sihat untuk meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran.

SDG yang Disokong:
SDG 2 – Tanpa Kelaparan (Zero Hunger)
SDG 3 – Kehidupan Sihat dan Sejahtera (Good Health & Well-being)
SDG 4 – Pendidikan Berkualiti (Quality Education)






🌿 Kursus DIY Sabun Serba Guna & Pencuci Lantai daripada Sisa Dapur 🌿Jom sertai kursus anjuran Jawatankuasa Kelestarian P...
08/06/2026

🌿 Kursus DIY Sabun Serba Guna & Pencuci Lantai daripada Sisa Dapur 🌿

Jom sertai kursus anjuran Jawatankuasa Kelestarian Perpustakaan Musa Mohamad untuk belajar menghasilkan sabun serba guna dan pencuci lantai daripada sisa dapur.

📅 15 Jun 2026 (Isnin)
🕑 2:15 – 4:30 petang
📍 Loading Bay, Perpustakaan Musa Mohamad

📲 Daftar melalui QR kod yang disediakan
⏳ Tarikh tutup pendaftaran: 11 Jun 2026

Terhad kepada 10 peserta (Staf KKTSS sahaja)

Jendela Ilmu: Kempen Derma & Kongsi Buku“Satu Buku, Sejuta Ilmu”Adakah anda mempunyai buku terpakai yang masih dalam kea...
08/06/2026

Jendela Ilmu: Kempen Derma & Kongsi Buku
“Satu Buku, Sejuta Ilmu”

Adakah anda mempunyai buku terpakai yang masih dalam keadaan baik? Jangan biarkan ia tersimpan tanpa dimanfaatkan.

Jom derma dan kongsikan buku anda supaya ilmu dapat terus disebarkan dan dinikmati oleh lebih ramai pembaca.

Setiap sumbangan kecil anda mampu memberi impak besar dalam memperkaya sumber ilmu dan menyokong budaya membaca.

🚀 [AKSES PERCUBAAN / TRIAL ACCESS] BEGELL HOUSE 🚀Perhatian kepada Pensyarah, Penyelidik dan Pelajar USM! Terokai pangkal...
08/06/2026

🚀 [AKSES PERCUBAAN / TRIAL ACCESS] BEGELL HOUSE 🚀

Perhatian kepada Pensyarah, Penyelidik dan Pelajar USM! Terokai pangkalan data khusus dengan Akses Percubaan Begell House untuk mengukuhkan penyelidikan anda. Pangkalan data ini menyediakan jurnal, e-buku, dan sumber rujukan terkemuka untuk penyelidikan Kejuruteraan & Bioperubatan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sumber utama mereka: Thermopedia!
Attention USM Lecturers, Researchers and Students! Dive into specialized knowledge with our new Begell House Trial Access to strengthen your research. Explore leading peer-reviewed journals, eBooks, and databases for Engineering & Biomedical research. Don't miss out on their featured resource: Thermopedia!

🗓️ Tempoh Percubaan / Trial Period:
1 Jun - 30 Jun 2026 (Log masuk Portal Perpustakaan USM / Log in via USM Library Portal)

💻 Sesi Demo Platform / Platform Demo:
10 Jun 2026, 10am-11am

📍 Cara Sertai Demo / How to Join Demo:
Imbas kod QR pada poster untuk sertai sesi melalui Zoom! / Scan the QR code on the poster to join the session via Zoom!

Meeting Link
https://us02web.zoom.us/j/84192203045?pwd=tGm3VeUf50bclp9RpArcEb0BLRwbtZ.1

Meeting chat link
https://us02web.zoom.us/launch/jc/84192203045

Meeting ID: 841 9220 3045
Passcode: 275615

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, JEMPUTAN KE PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA SA...
08/06/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA SAMBUTAN 25 TAHUN USM KAMPUS KEJURUTERAAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEPA & Unit Sukan, Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti, Perpustakaan Musa Mohamad dan Desasiswa Jaya Lembaran Utama Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin akan mengadakan Program Senamrobik Sempena Sambutan 25 Tahun USM Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini amat berbesar hati menjemput semua staf dan pelajar di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin untuk hadir ke program senamrobik tersebut yang dijadualkan seperti berikut :

Tarikh : 9 Jun 2026 (Selasa)
Masa : 5:30 petang - 7:00 petang
Tempat :Ruang Parkir Cafe Lembaran

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan pengesahan kehadiran melalui pautan https://shorturl.at/pxpfx yang disertakan. Setiap ptj diminta menghantar wakil 10 orang bagi memeriahkan acara ini. Bersama dengan ini, dilampirkan poster program untuk perhatian YBhg Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan.

Kehadiran YBhg Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam menyokong program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

06/06/2026

🔬 Tingkatkan Penyelidikan Kimia Anda dengan Reaxys! 🔬

Perhatian kepada semua pensyarah, penyelidik akademik dan pelajar pascasiswazah dalam bidang Kimia dan Sains Hayat! 🧪🧬

Ketahui bagaimana Reaxys—platform kecerdasan kimia komprehensif daripada Elsevier—mampu mentransformasikan cara anda mengenal pasti, menilai, dan mengoptimumkan chemical leads untuk penyelidikan anda.
Sertai sesi latihan eksklusif kami: "Introducing Reaxys for Intelligent Chemical Lead Discovery and Advanced Application". Para peserta akan meneroka cara memanfaatkan sepenuhnya pangkalan data Reaxys yang kaya dengan struktur kimia, tindak balas, sifat, dan data bioaktiviti bagi mempercepatkan peringkat awal penemuan chemical lead dengan lebih tepat dan yakin.
📌 Butiran Program:
Tarikh: 19 Jun 2026

Masa: 3.00 Petang – 4.30 Petang

Tempat: Makmal Komputer, Aras 1, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia

Penceramah: Ts. ChM. Dr. Mohamad Shazeli Che Zain (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM)

⚠️ PERHATIAN: Pendaftaran TERHAD kepada 40 PESERTA TERAWAL SAHAJA! ⚠️

Jangan lepaskan peluang untuk menguasai platform kecerdasan kimia yang hebat ini dan melonjakkan penyelidikan anda ke tahap seterusnya.

👉 Cara Mendaftar: Imbas kod QR pada poster untuk menempah tempat anda sebelum terlambat!

_______________________________________________________________________
_________________
🔬 Elevate Your Chemistry Research with Reaxys! 🔬

Calling all USM lecturers, academic researchers and postgraduate students in Chemistry and Life Sciences! 🧪🧬

Discover how Reaxys—Elsevier's comprehensive chemistry intelligence platform—can transform the way you identify, evaluate, and optimize chemical leads for your research.

Join our exclusive training session: "Introducing Reaxys for Intelligent Chemical Lead Discovery and Advanced Application".

Participants will explore how to harness the full power of Reaxys's rich database of chemical structures, reactions, properties, and bioactivity data to accelerate the early stages of chemical lead discovery with greater precision and confidence.

📌 Event Details:

Date: 19 June 2026
Time: 3.00 PM – 4.30 PM
Venue: Computer Lab, Level 1, School of Industrial Technology, USM
Speaker: Ts. ChM. Dr. Mohamad Shazeli Che Zain (Senior Lecturer, School of Industrial Technology, USM)

⚠️ ATTENTION: Registration is LIMITED to the FIRST 40 participants ONLY! ⚠️
Don't miss this opportunity to master this powerful chemistry intelligence platform and take your research to the next level.

👉 How to Register: Scan the QR code on the poster to secure your spot before it's too late!

06/06/2026

Find the Impact Factor and Quartile of a Journal in Web of Science!

Go to USM Library (lib.usm.my) > Off Campus Login > Search the list of resources > Journal Citation Report JCR - Clarivate Analytics
Key in the journal name or ISSN/e-ISSN

Choose JCR Year (The determination of the Quartile and Impact Factor of a publication is based on the previous JCR Year, for example, refer to JCR Year 2023 for publication year 2024)
Refer to Journal Impact Factor (JIF), not Journal Citation Indicator (JCI)

*Note: For your information, the JIF and Quartile information for JCR Year 2025 will be released in July 2026. Therefore, for the period of January to June 2026, the JIF and Quartile information displayed in e-Publication USM are JCR Year 2024.

06/06/2026

📚 SELAMAT MENYAMBUT HARI PUSTAKAWAN 📚

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pustakawan yang sentiasa komited dalam memperkasa ilmu, menyokong pembelajaran, dan menyediakan akses kepada sumber maklumat untuk masyarakat.

Terima kasih atas dedikasi, profesionalisme dan peranan penting anda sebagai pemangkin budaya ilmu serta pembelajaran sepanjang hayat.

"PERPUSTAKAAN MAMACU KEMAJUAN NEGARA"

Address

Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Musa Mohamad, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Musa Mohamad, USM:

Share

Category