Bomba Nibong Tebal

Bomba Nibong Tebal Laman Facebook Rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal.

KEBAKARAN BILIK RUMAH TERES DI TAMAN SERI SAUJANANibong Tebal, 20 April 2026 – Sebuah bilik rumah teres dua tingkat di T...
20/04/2026

KEBAKARAN BILIK RUMAH TERES DI TAMAN SERI SAUJANA

Nibong Tebal, 20 April 2026 – Sebuah bilik rumah teres dua tingkat di Taman Seri Saujana di sini dilaporkan terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.15 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah bilik di dalam rumah berkenaan. Keadaan menjadi mencabar apabila asap tebal memenuhi ruang rumah, sekali gus menyukarkan operasi pemadaman yang dijalankan.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke bahagian lain rumah.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZS91RDxbX/





16/04/2026

Sekalung Tahniah & Syabas!

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

PBK II Muhammad Faizal bin Mohd Yusop
dan
PBK II Mohd Shafizul bin Ishak

atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 pada hari ini.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan atas dedikasi, komitmen serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam menjalankan tugas sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, bertempat di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBPM untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan!

11/04/2026
23/03/2026

Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, termasuk satu kematian melibatkan kanak-kanak – Menteri Kesihatan

Yang sahih di RTM

22/03/2026
22/03/2026

NIBONG TEBAL: Kebakaran besar membabitkan timbunan sampah di tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung, di sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya, petang tadi.

22/03/2026
14.MAC.2026 - JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID AL-RASYIDIN, SERI AMPANGAN, NIBONG TEBAL.Setinggi - tinggi penghargaa...
14/03/2026

14.MAC.2026 - JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID AL-RASYIDIN, SERI AMPANGAN, NIBONG TEBAL.

Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Al Rasyidin atas jemputan yang amat bermakna ke majlis berbuka puasa. Semoga segala usaha dan kebaikan ini diberkati serta mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim sesama kita.


14.MAC.2026 - PADA JAM 1839 BERLAKUNYA KEBAKARAN LALANG DI ALAMAT BERHAMPIRAN USM TRANSKERIAN NIBONG TEBAL. PEMADAMAN ME...
14/03/2026

14.MAC.2026 - PADA JAM 1839 BERLAKUNYA KEBAKARAN LALANG DI ALAMAT BERHAMPIRAN USM TRANSKERIAN NIBONG TEBAL. PEMADAMAN MENGGUNAKAN PEMERAP API SEHINGGA SELESAI. KOMANDER OPERASI PBK I ABDUL SYUKUR.

Address

Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share