Majlis Daerah Dalat & Mukah

Majlis Daerah Dalat & Mukah Mukah, Dalat & Balingian...Towards Preferred Tourism Destination By 2025 Sekian, terima kasih.
(2)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Tahniah kepada Unit Perhubungan Awam, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) kerana telah mewujudkan Facebook Rasmi Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM). Dengan adanya Facebook rasmi ini ianya dapat dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan informasi semasa yang rasmi dan sahih berkaitan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) kepada warga Mukah, Dalat, Oya dan Balingian. Selain itu, ianya juga dapat dijadikan sebagai platform komunikasi dua hala di antara MDDM dengan warga Mukah, Dalat, Oya dan Balingian. Justeru itu, ianya juga dapat memberi ruang dan peluang kepada masyarakat umum untuk mengutarakan idea, cadangan dan maklumbalas dalam usaha kita bersama-sama untuk membangunkan Mukah, Dalat dan Balingian. (Nota: Diharapkan platform ini tidak disalahgunakan untuk kepentingan sendiri)

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALANDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jala...
14/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Jalan Setia 2, Mukah
Koordinat GPS : 2.891306, 112.091278
Tarikh Mula : 17 Ogos 2026
Tarikh Tamat : 27 Ogos 2026
Masa Kerja : 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Jenis kerja : Kerja menurap semula jalan

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

MDDM, UNICEF Meterai MoU Pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-KanakMUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dan T...
12/08/2026

MDDM, UNICEF Meterai MoU Pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (Child Friendly Cities Initiative โ€“ CFCI) di kawasan di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Dalat dan Mukah.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat, YB Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah. Hadir menandatangani MoU tersebut ialah Representative UNICEF Malaysia, Mr. Robert Gass dan Pengerusi MDDM, Yang Berusaha Kr. Aini Bin Suhaili, Pengerusi MDDM dan Setiausaha MDDM, En Bilong ak Engkas. Turut menyaksikan adakah YB Royston Bin Valentine, ADUN N57 Tellian, Residen Bahagian Mukah, En Bujang Rahman Bin Seli, Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru Besar, KMKK Daerah Mukah dan Ahli-Ahli Majlis MDDM.

Kerjasama ini merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan Pelan Tindakan Tiga Tahun CFCI bagi Daerah Dalat dan Mukah, dengan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan mesra kanak-kanak.

Inisiatif CFCI turut menekankan kepentingan mendengar suara dan keperluan kanak-kanak, memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak di peringkat akar umbi serta memastikan kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, mendapat hak dan peluang pembangunan yang saksama.

Melalui kerjasama strategik antara UNICEF, MDDM, agensi kerajaan, perkhidmatan sokongan keluarga dan komuniti, inisiatif ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap kualiti hidup kanak-kanak dan keluarga di Bahagian Mukah.

MoU ini mencerminkan komitmen bersama semua pihak dalam membangunkan Daerah Dalat dan Mukah sebagai persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan kondusif untuk generasi masa hadapan.

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALANDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jala...
11/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Lrg Orang Kaya Setia Raja 2, Mukah
Koordinat GPS : 2.891889, 112.090361
Tarikh Mula : 17 Ogos 2026
Tarikh Tamat : 27 Ogos 2026
Masa Kerja : 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Jenis kerja : Kerja menurap semula jalan

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN KEPADA PEMILIK PREMIS MAKANAN๐Ÿฝ๏ธ OPERASI PREMIS MAKANAN DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAHMajlis...
11/08/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN KEPADA PEMILIK PREMIS MAKANAN

๐Ÿฝ๏ธ OPERASI PREMIS MAKANAN DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAH

Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) memohon kerjasama semua pemilik/pengusaha premis makanan di bawah seliaan MDDM untuk beroperasi sehingga lewat malam bermula:

๐Ÿ“… 28 Ogos 2026 hingga 30 Ogos 2026

Perlanjutan waktu operasi ini adalah bagi menampung jumlah pengunjung yang dijangkakan hadir sempena Program Sarawak Ku Sayang yang akan diadakan di Bahagian Mukah.

Kerjasama dan sokongan semua pengusaha premis makanan amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran serta keselesaan pengunjung sepanjang program berlangsung.

Ayuh bersama-sama kita meriahkan Sarawak Ku Sayang di Mukah! โค๏ธ

Sila layari Laman Web MDDM untuk sebarang info sahih : https://mukah-dalatdc.sarawak.gov.my

๐Ÿ“ข NOTIS PELAKSANAAN MELANJUTKAN TEMPOH OPERASI GERAISemua pengusaha gerai di HUB Usahawan Belia@Mukah dipohon untuk mela...
10/08/2026

๐Ÿ“ข NOTIS PELAKSANAAN MELANJUTKAN TEMPOH OPERASI GERAI

Semua pengusaha gerai di HUB Usahawan Belia@Mukah dipohon untuk melanjutkan operasi dari pagi sehingga malam pada 28 hingga 30 Ogos 2026 sempena Program Sarawakku Sayang yang akan berlangsung di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah.

Kerjasama semua pengusaha amat dihargai bagi menyambut kehadiran pengunjung sepanjang program berlangsung.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda! ๐Ÿ™

Sila layari Laman Web Rasmi MDDM untuk sebarang info : [email protected]" rel="ugc" target="_blank">https://[email protected]

09/08/2026

Ku s**a, kau s**aโ€ฆ nak tunggu apa?
Kepala dah layan, mata dah kenan! ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅ

Masam, manis, pedas โ€” sesedap rasa!
Malam ni bukan masa untuk fikir lamaโ€ฆ
LIVE AND LET IT BE! ๐ŸŽธ๐Ÿค˜

๐ŸŽค LAN SOLO LIVE!
๐Ÿ“… 9 Ogos 2026 | โฐ 9.00 malam
๐Ÿ“ Pentas Utama MFF 2026, Pantai Kala Dana

Malam terakhir MFF. Jangan bagi terlepas! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅ MFF 2026 : THE GRAND FINALE - MALAM PENANGGUHAN MUKAH FOOD FESTIVAL 2026 ๐Ÿ”ฅSetelah menempuh hari-hari berpesta penuh ke...
09/08/2026

๐Ÿ”ฅ MFF 2026 : THE GRAND FINALE - MALAM PENANGGUHAN MUKAH FOOD FESTIVAL 2026 ๐Ÿ”ฅ

Setelah menempuh hari-hari berpesta penuh kemeriahan, juadah, hiburan dan pelbagai aktiviti, tibalah kita ke kemuncaknya! ๐ŸŽ‰

โœจ MAJLIS PENANGGUHAN MUKAH FOOD FESTIVAL 2026 akan berlangsung MALAM INI! โœจ

๐Ÿ“… 9 Ogos 2026 | Ahad
โฐ 8.00 malam
๐Ÿ“ Pentas Utama MFF 2026, Pantai Kala Dana, Mukah

Majlis akan disempurnakan oleh Kr Aini Bin Suhaili, Pengerusi Majlis Daerah Dalat & Mukah.

๐ŸŒŸ Jangan lepaskan malam terakhir MFF 2026!
Datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan Malam Penangguhan MFF 2026, sebelum kita menutup tirai festival yang penuh warna-warni ini.

Dan selepas ituโ€ฆ LAN SOLO akan menggegarkan Pentas Utama! ๐ŸŽค๐Ÿ”ฅ

Malam terakhir. Jangan sampai terlepas!
MFF 2026 โ€” THE GRAND FINALE! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ”ฅ MFF 2026 : THE GRAND FINALE โ€” MALAM PENANGGUHAN MUKAH FOOD FESTIVAL 2026! ๐Ÿ”ฅMFF 2026 penuh kemeriahan bakal sampai ke k...
09/08/2026

๐Ÿ”ฅ MFF 2026 : THE GRAND FINALE โ€” MALAM PENANGGUHAN MUKAH FOOD FESTIVAL 2026! ๐Ÿ”ฅ

MFF 2026 penuh kemeriahan bakal sampai ke kemuncaknya! ๐ŸŽ‰
Dan malam ini, Pantai Kala Dana bakal bergegar dengan persembahan istimewa daripada LAN SOLO! ๐Ÿค˜๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽค LAN SOLO โ€” LIVE IN MUKAH!
๐Ÿ“… 9 Ogos 2026 | Ahad
โฐ 9.00 malam
๐Ÿ“ Pantai Kala Dana, Mukah

โœจ Malam Penangguhan MFF 2026 โœจ
Mari kita sama-sama raikan malam terakhir MFF dengan muzik, hiburan, makanan dan suasana festival yang pastinya s**ar dilupakan!

๐Ÿข Jelajah gerai makanan
๐ŸŽฎ Cuba games of skill
๐ŸŽค Saksikan persembahan artis
๐Ÿ”ฅ Nikmati kemeriahan malam terakhir MFF!

Jangan bagi alasan โ€œesok baru pergiโ€ โ€” sebab ESOK DAH TAK ADA MFF! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ”ฅ

Dari Dalat membawa sagu,
Singgah di Mukah membeli umai;
Malam terakhir jangan ditunggu,
Ayuh ke MFF, kita gegarkan sampai selesai! ๐ŸŽค๐Ÿ”ฅ

Eeeekkkkbahhh..balasยฒโ€ฆ

MUKAH FOOD FESTIVAL 2026
๐Ÿ“ Pantai Kala Dana, Mukah
๐Ÿ“… 31 Julai โ€“ 9 Ogos 2026

MFF 2026 โ€” THE GRAND FINALE! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ”ฅ MUKAH FOOD FESTIVAL 2026 โ€” DAY 8! ๐Ÿ”ฅMalam minggu jangan duduk di rumah! ๐Ÿ˜Ž๐ŸŒดMFF Day 8 malam ini kita gegarkan Pantai Kala...
08/08/2026

๐Ÿ”ฅ MUKAH FOOD FESTIVAL 2026 โ€” DAY 8! ๐Ÿ”ฅ

Malam minggu jangan duduk di rumah! ๐Ÿ˜Ž๐ŸŒด
MFF Day 8 malam ini kita gegarkan Pantai Kala Dana dengan kemunculan BOCIL BANCIN โ€” Maharaja Lawak! ๐Ÿคฃ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŽค Persembahan artis
๐Ÿ˜‚ Bocil Bancin โ€” Maharaja Lawak
๐ŸŽจ Pelbagai aktiviti & hiburan
๐Ÿข Makanan dan minuman pilihan
๐ŸŽก Games of skill & banyak lagi!

๐Ÿ“… 8 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 9.00 malam
๐Ÿ“ Pantai Kala Dana, Mukah

Kalau malam minggu nak cari makan + gelak + hiburan, memang MFF tempatnya! ๐Ÿ”ฅ

Jangan tunggu lagi โ€” ajak family, kawan-kawan dan geng sekampung!
๐ŸŒดโœจ JUMPA KITA DI MFF DAY 8! โœจ๐ŸŒด

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALANDengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jala...
07/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN

Dengan segala hormatya dimaklumkan bahawa kerja- kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan seperti maklumat berikut :

Tempat / Lokasi: Jalan Lingkungan Setia Raja Mukah, Mukah
Koordinat GPS : 2.892861, 112.090556
Tarikh Mula : 10 Ogos 2026
Tarikh Tamat : 20 Ogos 2026
Masa Kerja : 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Jenis kerja : Kerja menurap semula jalan

Makluman kepada orang awam
Semasa tempoh kerja dijalankan, laluan ini akan ditutup / separa ditutup kepada semua kenderaan. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan berdekatan kawasan kerja, mengikut papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan dan menggunakan laluan lain sebagai alternatif.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan Majlis menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan kerja - kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan lancar.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Address

Majlis Daerah Dalat & Mukah, Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah), Jalan Wawasan
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Dalat & Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share