22/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta SABERKAS N58 RUN yang telah memberikan sokongan dan menyertai program ini dengan penuh semangat serta sporting.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N58 Balingian, Saberkas Cawangan Balingian yang telah memberi kepercayaan kepada Saberkas Uniteh untuk mengelolakan Saberkas N58 RUN. Jutaan Terima Kasih juga ditujukan kepada sukarelawan, petugas keselamatan, pihak berkuasa, penaja, rakan strategik serta seluruh komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Kehadiran dan sokongan anda semua amat bermakna buat kami. Tanpa kerjasama, komitmen dan sokongan daripada semua pihak, SABERKAS N58 RUN tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam masa yang sama, pihak penganjur ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan, kesilapan atau sebarang ketidakselesaan yang berlaku sepanjang program berlangsung. Segala teguran dan pandangan daripada para peserta amat kami hargai sebagai panduan untuk kami memperbaiki penganjuran program pada masa akan datang.
Semoga semangat kebersamaan, persahabatan dan kekuatan komuniti yang tercipta melalui program ini terus berkekalan.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada SABERKAS N58 RUN.
Jumpa lagi di acara yang akan datang! ❤️🏃♂️🏃♀️
SABERKAS UNITEH
Semangat Belia, Kekuatan Komuniti