RISDA Negeri Sarawak

RISDA Negeri Sarawak Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
---------------------------------
(1)

Sama - sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah.. Lahul Fatihah...
13/06/2026

Sama - sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah.. Lahul Fatihah...

"𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢."
(𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐁𝐚𝐪𝐚𝐫𝐚𝐡: 𝟏𝟓𝟔)

Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan ucapan takziah kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Ngainon binti Haji Kasmoin pada awal pagi ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.

PENGUMUMAN CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM GANTIAN RISDA NEGERI SARAWAK. Sehubungan dengan itu, seluruh Pejabat RISDA Ne...
03/06/2026

PENGUMUMAN CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM GANTIAN RISDA NEGERI SARAWAK.

Sehubungan dengan itu, seluruh Pejabat RISDA Negeri Sarawak akan DITUTUP pada tarikh-tarikh tersebut. Pejabat akan beroperasi semula seperti biasa pada 5 Jun 2026 (Jumaat).

Selamat Hari Gawai 2026 🌾✨Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja RISDA Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Hari Gawai, ...
01/06/2026

Selamat Hari Gawai 2026 🌾✨
Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja RISDA Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Dayak, khususnya para pekebun kecil RISDA.

Semoga perayaan ini membawa limpahan rezeki, keharmonian, dan kemakmuran yang berpanjangan buat kita semua.
Selamat menyambut Hari Gawai. Ooohhaa!




27/05/2026
KOTA SAMARAHAN, 27 MEI 2026RISDA Negeri Sarawak dengan kerjasama Pengurusan Masjid Darul Taqwa dan penduduk Kampung Muar...
27/05/2026

KOTA SAMARAHAN, 27 MEI 2026
RISDA Negeri Sarawak dengan kerjasama Pengurusan Masjid Darul Taqwa dan penduduk Kampung Muara Tuang telah berjaya menyempurnakan Program Ibadah Korban 1447H bertempat di Masjid Darul Taqwa, Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan pada hari ini.
Program ini dilaksanakan sebagai manifestasi keprihatinan RISDA dalam menyuburkan syiar Islam serta memperkukuh ikatan silaturahim antara warga kerja RISDA bersama masyarakat setempat, khususnya komuniti pekebun kecil di kawasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid serta seluruh penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama yang amat luar biasa dalam menjayakan program ini, bermula daripada proses penyembelihan sehinggalah kepada pengagihan daging korban kepada golongan yang layak.
Semoga ibadah yang dilaksanakan ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan serta kesejahteraan yang berpanjangan kepada kita semua. Insya-Allah.


25/05/2026
25/05/2026

Address

Lot, Blok 59, Muara Tuang Land District, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan
Muara Tuang
11499

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082450384

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share