12/11/2023
SEMBANG SANTAI DI PANTAI SERI MENANTI - MEMPERKASA KOMUNITI, MENJAMIN KESELAMATAN
Alhamdulillah, hari ini saya diberi keizinan-Nya menyantuni jemputan ke program 'Sembang Santai' di Pantai Seri Menanti, Muar. Program ini, yang diilhamkan oleh Ketua-Ketua Kampung Mukim Seri Menanti, jelas membuktikan keseriusan Pemimpin Masyarakat Seri Menanti terhadap komuniti.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua-Ketua Kampung Mukim Seri Menanti atas inisiatif mereka dalam menganjurkan program ini. Program ini juga memberikan peluang berharga untuk kita berdiskusi, berinteraksi, dan bersama-sama memahami pentingnya keselamatan, kebajikan, dan pembangunan dalam komuniti.
Saya juga ingin mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Muar, YBhg. Dato' Ashari Sarip dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar atas kehadiran mereka yang memberi semangat dan sokongan kepada Program ini. Kejelekitan antara pemimpin dan masyarakat jelas kelihatan dan tidak pernah pudar.
Turut hadir dan berucap pada program ini adalah Wakil Ketua Balai Polis Parit Jawa, yang membawa pesan penting tentang kerjasama dan keamanan komuniti. Polis dan Masyarakat berpisah tiada jelas terpancar dalam setiap bibit bicara. Penghormatan juga disampaikan kepada mangsa kecurian tong gas yang berlaku baru-baru ini, yang turut disantuni. Insiden ini mengingatkan kita akan pentingnya kepedulian dan sokongan dalam komuniti. Semoga bantuan yang diberikan membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.
Kita telah menyemai benih-benih kejelekitan, kepedulian, dan keselamatan. Inilah semangat - selalu berada di sisi satu sama lain, dalam s**a maupun duka.
Marilah kita teruskan usaha ini, berpadu sebagai , mengukuhkan lagi . Kepada Ketua-Ketua Kampung Mukim Seri Menanti, Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar dan semua yang hadir, saya ucapkan jutaan dan . Semoga usaha kita bersama ini membawa manfaat yang berkekalan.