21/04/2026
Salam Maju Johor, Salam Malaysia Madani
LAWATAN KERJA TIMBALAN KOMISIONER JENERAL PENJARA (PEMASYARAKATAN) YBRS. TKJP HAFIDZ BIN OTHMAN KE PUSAT KOREKSIONAL MUAR, JOHOR BAGI PROGRAM ORANG DISELIA INDUSTRI (ODSI), RUMAH TRANSISI INDUSTRI (RTI) MUAR.
16 APRIL 2026 | KHAMIS
Pusat Koreksional Muar, Johor telah menerima lawatan kerja daripada Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Jabatan Penjara Malaysia YBrs. TKJP Hafidz bin Othman bagi melihat situasi terkini program Orang Diselia Industri (ODSI) di Pusat Koreksional Muar khususnya di Rumah Transisi Industri (RTI) Muar.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau keadaan semasa serta mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan Rumah Transisi Industri yang telah tidak beroperasi sejak 22 November 2024. Lawatan dimulakan dengan YBrs, TKJP Hafidz bin Othman dibawa melawat Rumah Transisi Industri bagi mendapat gambaran sebenar keadaan terkini Rumah Transisi Industri yang ditinggalkan serta mendapat pencerahan pengoperasian Rumah Transisi Industri sebelum ini. Lawatan seterusnya dibawa ke Bilik Mesyuarat Luar, Pusat Koreksional Muar bagi membincangkan mekanisma yang boleh dicapai untuk Rumah Transisi Industri, Muar beroperasi semula sebelum atau pada 15 Mei 2026.
Kerjasama yang jitu antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor serta Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka diperkemaskan dengan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka akan membantu Pusat Koreksional Muar untuk membuat pengisian semula Orang Diselia Industri (ODSI) di Pusat Koreksional Muar.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Seksyen Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, PKK Walace anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Ismawi bin Ismail, Pengarah Pusat Koreksional Muar, PP Rahmat bin Abdullah, Ketua Unit Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor, PP Abdullah bin Abd Kodir, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, KIP Fadhli Rahman bin Omar, Wakil Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka, KIP Azaludin bin Nordin, Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Batu Pahat dan beberapa pegawai kanan yang lain.