15/05/2026
๐ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Zubaidah Binti Musa dari SK Bandar Maharani, Muar atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Khas Pendidikan: Pencipta Kandungan Digital sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026. ๐๐
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 di Ipoh, Perak dengan tema โGuru Bitara, Nadi Negaraโ โจ
Pengiktirafan ini amat membanggakan seluruh warga pendidikan Daerah Muar dan menjadi bukti bahawa guru-guru daerah ini terus melakar kecemerlangan dalam memperkasa penghasilan kandungan digital pendidikan yang kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus berkarya, berinovasi dan mengangkat pendidikan digital ke tahap yang lebih gemilang.