NADI Kampung Sakai Laut

NADI Kampung Sakai Laut Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Sakai Laut terletak di pengkalan jeti dipinggir bandar Muar, Johor.

Menyediakan Perkhidmatan Pintar iaitu Keusahawanan, Kesejahteraan Kendiri, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesedaran & Inisiatif Kerajaan.

03/06/2026

Saksikan β€œNADI: Dari Komuniti ke Pentas Dunia” dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 bersama Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Bahagian NADI MCMC.

πŸ—“οΈ Rabu, 3 Jun 2026
πŸ•₯ 10.30 pagi – 11.30 pagi
πŸ“Ί Siaran: TV9

Kupasan ini akan mengetengahkan peranan NADI dalam memperkasa komuniti melalui akses digital, perkhidmatan pintar dan peluang pembangunan sosioekonomi daripada komuniti setempat hingga ke pentas dunia.



02/06/2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), menandakan satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2563587




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Komunikasi

01/06/2026

TUNGGU 16.​

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.​

Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.​

Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.​

Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.​

​Soalan-soalan lazim (FAQ): ​
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions

Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16

​ ​
​
​

01/06/2026

Daulat Tuanku. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Dirgahayu Tuanku.

31/05/2026
31/05/2026

πŸͺ· Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 πŸͺ·

MCMC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebijaksanaan dan keharmonian dalam kehidupan serta memperkukuh semangat saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara kita.

29/05/2026

πŸ“’ Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! πŸ“±βœ¨

Anda hanya perlu:

βœ… Download aplikasi NADI
βœ… Daftar sebagai ahli NADI
βœ… Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



Notis Penutupan Sementara NADI Kampung Sakai Laut pada 29, 30, 31 Mei & 1 Jun 2026.Kembali beroperasi pada 2 Jun 2026 (S...
28/05/2026

Notis Penutupan Sementara NADI Kampung Sakai Laut pada 29, 30, 31 Mei & 1 Jun 2026.

Kembali beroperasi pada 2 Jun 2026 (Selasa).

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi nombor yang tertera.

Address

Balairaya Serbaguna, Kg Parit Sakai Laut, Jalan Junid
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601116156695

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Sakai Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kampung Sakai Laut:

Share