Pejabat Daerah Muar

Pejabat Daerah Muar 06-9522615
06-9549416
Faks (khidmat pengurusan) 06-9528936
06-9521021/06-9535722 (tel/faks bhg pembangunan masy

๐‰๐Ž๐šณ ๐‹๐šฌ๐šธ๐šจ๐šฑ ๐Ž๐‘๐šจ๐๐† ๐šณ๐”๐ƒ๐šจ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐šฉ๐šฌ๐‘๐’๐šจ๐šณ๐šจ ๐˜๐šจ๐šฉ ๐šณ๐šฌ๐๐“๐šฌ๐‘๐ˆ ๐šฉ๐šฌ๐’๐šจ๐‘ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘Orang Muo dijemput hadir bertemu YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi...
29/05/2026

๐‰๐Ž๐šณ ๐‹๐šฌ๐šธ๐šจ๐šฑ ๐Ž๐‘๐šจ๐๐† ๐šณ๐”๐ƒ๐šจ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐šฉ๐šฌ๐‘๐’๐šจ๐šณ๐šจ ๐˜๐šจ๐šฉ ๐šณ๐šฌ๐๐“๐šฌ๐‘๐ˆ ๐šฉ๐šฌ๐’๐šจ๐‘ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Orang Muo dijemput hadir bertemu YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sesi "Jom Lepak" pada 29 Mei 2026 (Jumaat), jam 8.00 malam bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar.

Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi pandangan, idea serta bergambar bersama Menteri Besar kita.

Jom datang beramai-ramai ke TMIYC Muar!

Onn Hafiz Ghazi

BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (KATEGORI PASANGAN MUSLIM BERKAHWIN) DAERAH MUARSebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Kad...
28/05/2026

BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (KATEGORI PASANGAN MUSLIM BERKAHWIN) DAERAH MUAR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Kadi Daerah Muar dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN.

๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐‹๐„๐Œ๐๐” ๐๐”๐‘๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐†, ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ ๐ˆ๐๐๐ˆ ๐€๐‹๐Œ๐€๐‘๐‡๐”...
27/05/2026

๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐‹๐„๐Œ๐๐” ๐๐”๐‘๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐†, ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ ๐ˆ๐๐๐ˆ ๐€๐‹๐Œ๐€๐‘๐‡๐”๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘

Menjunjung Kasih Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas kurniaan sumbangan lembu qurban yang telah disampaikan melalui YAB Menteri Besar Johor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kurniaan yang amat bermakna ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan semangat ibadah korban, malah turut memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap rakyat. Sesungguhnya, sumbangan ini amat dihargai dan menjadi lambang kasih Tuanku kepada rakyat jelata.

Patik Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Muar serta seluruh penduduk daerah Muar mendoakan agar DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, umur yang panjang, serta terus berada dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Daulat Tuanku.



23/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

23/05/2026

Syukur Alhamdulillah. Tahniah kepada pas**an Johor Darul Taโ€™zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2025/26 selepas menewaskan Kuching City FC dengan kemenangan 2-0 dalam aksi final yang penuh semangat dan mendebarkan.

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus menjadi kebanggaan bukan sahaja di peringkat negara, malah di persada dunia.

Atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan JDT merangkul Piala Malaysia 2025/26.

Sesungguhnya, kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pas**an, dalam s**a dan duka, di setiap perlawanan, di setiap musim.

Terima kasih juga kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pas**an dan seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan yang cukup membanggakan ini.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

22/05/2026

Perkongsian dariapda Encik Muhammad Ismat Bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah Muar (Pembangunan Masyarakat) bagi menjawab persoalan berkenaan agihan Bantuan Kasih Johor Fasa 4 di bawah Agensi Pejabat Daerah Muar yang merangkumi (BKJ Warga Emas, BKJ Bantuan AM JKM, BKJ Ekasih, BKJ Sukarelawan Keselamatan & BKJ SU JPKK)

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐”๐๐”๐‡ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐๐€๐‘๐ˆ๐“ ๐๐”๐‹๐€๐“ ๐๐„๐Š๐€๐ , ๐Œ๐”๐€๐‘22 Mei 2026 | Jumaat | Masjid Par...
22/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐”๐๐”๐‡ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐๐€๐‘๐ˆ๐“ ๐๐”๐‹๐€๐“ ๐๐„๐Š๐€๐ , ๐Œ๐”๐€๐‘

22 Mei 2026 | Jumaat | Masjid Parit Bulat Pekan

YBhg Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Muar Bersama barisan penghulu, dan kakitangan Pejabat Daerah Muar telah hadir bersama-sama ke Program Semarak Subuh yang berlangsung di Masjid Parit Bulat Pekan, Muar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan Solat Subuh Berjemaah serta bacaan Surah Al-Kahfi.

Program Semarak Subuh pada hari ini juga menyaksikan sesi serahan sumbangan Tuan Pegawai Daerah Muar kepada Pengurusan Masjid dan penyampaian sumbangan kepada asnaf.

Turut hadir sama iaitu YB Tuan Haji Selamat bin Takim , Adun Kawasan Sungai Balang , Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kampung dan Kariah Masjid tersebut.




20/05/2026
๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐’๐„๐๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐…๐€๐’๐€ ๐Ÿ’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘ Semakan kelayakan insentif Bantuan ...
19/05/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐’๐„๐๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐…๐€๐’๐€ ๐Ÿ’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‘

Semakan kelayakan insentif Bantuan Kasih Johor Fasa 4 di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah Muar kini boleh dilakukan dalam talian seperti berikut :
* BKJ WARGA EMAS
* BKJ E-KASIH
* BKJ BANTUAN AM (JKM)
* BKJ SU JPKK
* BKJ SUKARELAWAN KESELAMATAN

๐Ÿ‘‰ Semakan Kelayakan BKJ : bkj.johor.gov.my
๐Ÿ‘‰ Semakan Lokasi & Tarikh Agihan : www.bkjmuar.com

*๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด
Hanya penerima yang tidak mampu bergerak atau terlantar sahaja dibenarkan diwakili, manakala selain daripada itu penerima hendaklah hadir sendiri bagi urusan ini. Sekiranya diwakili, wakil perlu membawa bersama salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan wakil, serta salinan gambar pemohon yang tidak dapat hadir yang telah disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu.

-Pejabat Daerah Muar

18/05/2026

Rakyat Johor dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat tepat dan sahih berkaitan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 hanya melalui saluran rasmi Kerajaan Johor, jabatan serta agensi berkaitan termasuk platform Media Digital Johor.

Sebarang poster, jadual atau hebahan yang tidak disertakan pengesahan rasmi bukan sahaja berpotensi mengelirukan rakyat tetapi juga boleh menimbulkan kekeliruan berhubung pelaksanaan inisiatif BKJ.

Bagi semakan status, tarikh penyerahan dan maklumat lanjut BKJ, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://bkj.johor.gov.my selain mendapatkan pemakluman berkaitan jadual penyerahan mengikut kategori penerima menerusi platform rasmi jabatan dan agensi berkaitan.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa poster berkaitan inisiatif BKJ yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai tetapi juga berbentuk sabotaj terhadap usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu Bangsa Johor, khususnya golongan yang memerlukan.

Untuk rekod, BKJ Fasa 4 merupakan inisiatif terkini Kerajaan Johor dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan yang disalurkan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Onn Hafiz Ghazi
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim





Address

Bangunan Sultan Abu Bakar, Jalan Peteri
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069522615

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Muar:

Share