14/05/2026
Alhamdulillah..
Sekolah Kebangsaan Kota Raja sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera buat semua murid.
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah program kesedaran anti buli, pendidikan pencegahan gangguan seksual, aktiviti Sekolah Selamat, PPDa serta pelbagai pengisian sahsiah dan kesejahteraan murid menerusi pendekatan yang interaktif dan berimpak positif.
Usaha ini diharap dapat memupuk budaya saling menghormati, empati, prihatin dan bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah, di samping memastikan murid berasa selamat dan dihargai sepanjang berada di sekolah.
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan bersama-sama menjayakan usaha membentuk persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan positif untuk anak-anak kita.