Puspanita Daerah Muar

Puspanita Daerah Muar Puspanita Cawangan Daerah Muar Kebajikan

πŸ›οΈβœ¨ BAZAR RIA PUSPANITA βœ¨πŸ›οΈJom luangkan masa, sokong usahawan tempatan dan berbelanja sambil memeriahkan suasana! πŸ’œπŸ—“ 29 ...
28/01/2026

πŸ›οΈβœ¨ BAZAR RIA PUSPANITA βœ¨πŸ›οΈ

Jom luangkan masa, sokong usahawan tempatan dan berbelanja sambil memeriahkan suasana! πŸ’œ

πŸ—“ 29 Januari 2025 (Khamis)
πŸ•¦ 11.30 pagi – selesai
πŸ“ Dewan Jubli Intan, Muar

Pelbagai gerai menarik menanti anda, antaranya:
πŸ‘— Pakaian & persiapan raya
🍰 Makanan, dessert & minuman
πŸ’„ Produk kesihatan & kecantikan
πŸ‘œ Preloved & macam-macam lagi

πŸ’¬ Jom datang… beramai-ramai!
Bukan sekadar membeli, tapi menyokong komuniti wanita yang berdaya dan berani berniaga.

✨ Wanita Sepakat Negara Meningkat ✨




πŸ“Œ NOTIS MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN DAERAH MUAR KALI KE-33 TAHUN 2026Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuara...
28/01/2026

πŸ“Œ NOTIS MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN DAERAH MUAR KALI KE-33 TAHUN 2026

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Muar Kali Ke-33 Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis)
πŸ•‘ Masa: 2.00 petang hingga selesai
πŸ“ Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar
πŸ‘— Pakaian: Baju Kurung PUSPANITA / Pakaian Pejabat

Semua ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Muar dijemput hadir bagi memeriahkan mesyuarat ini sebagai platform penting untuk perkongsian maklumat, penyampaian usul serta pengukuhan peranan wanita dalam perkhidmatan awam.

Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan semangat kebersamaan dan komitmen demi memperkasakan PUSPANITA di peringkat daerah.

✨ Wanita Sepakat Negara Meningkat ✨




24/09/2025
Salam Merdeka.Moga kemerdekaan ini akan terus berkekalan demi anak bangsa kita.
31/08/2025

Salam Merdeka.
Moga kemerdekaan ini akan terus berkekalan demi anak bangsa kita.

🌟 PUSPANITA Cawangan Daerah Muar Bersama Hentikan Buli 🌟Program Kempen Anti-Buli Peringkat Negeri Johor telah dilaksanak...
26/08/2025

🌟 PUSPANITA Cawangan Daerah Muar Bersama Hentikan Buli 🌟

Program Kempen Anti-Buli Peringkat Negeri Johor telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri, termasuk di Daerah Muar. PUSPANITA Cawangan Daerah Muar turut sama berganding bahu di sekolah-sekolah berikut:

1. SMK Seri Muar
2. SMK Tengku Mahkota
3. SMK Raja Muda
4. SJKC Soon Cheng
5. SMK Agama Maahad
6. SJKT Ladang Lanadron
7. SMK Agama Pagoh
8. SJKC Yih Chiau
9. SJKT Ladang Banhenh
10. SMK Lenga

Inisiatif ini adalah usaha menyambut baik seruan Kerajaan Negeri Johor dalam mewujudkan sekolah yang selamat, harmoni, dan sejahtera untuk para pelajar serta warga pendidik. Kehadiran dan sokongan PUSPANITA mencerminkan komitmen berterusan dalam mendukung aspirasi membina generasi Johor yang bebas daripada budaya buli.

✨ Bersama kita kukuhkan mesej: Buli Bukan Budaya Kita!

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1446HBersama PUSPANITA Cawangan Daerah MuarAidiladha menjelang, membawa sinar pengorbanan,Menggugah ha...
07/06/2025

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1446H
Bersama PUSPANITA Cawangan Daerah Muar

Aidiladha menjelang, membawa sinar pengorbanan,
Menggugah hati, menyemai taat, menyulam kasih Ilahi.
Di sebalik takbir yang bergema, tersimpan makna setia β€”
seperti Nabi Ibrahim dan anakanda tercinta,
teguh dalam redha, agung dalam cinta.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
β€” [Surah al-An’am: 162]

🌸 Semoga setiap titis peluh dan darah yang mengalir,
menjadi bukti kasih kita pada yang Maha Pengasih.

πŸ’œ Ikhlas daripada:
Pengerusi & Barisan Jawatankuasa
PUSPANITA Cawangan Daerah Muar

"Setulus kasih seorang ibu,adalah anugerah terindah dari Ilahi.Dalam senyum dan titis peluhnya,tersirat kekuatan, pengor...
11/05/2025

"Setulus kasih seorang ibu,
adalah anugerah terindah dari Ilahi.
Dalam senyum dan titis peluhnya,
tersirat kekuatan, pengorbanan, dan doa tanpa henti."

PUSPANITA Cawangan Muar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua ibu β€” insan mulia yang menjadi tulang belakang keluarga dan masyarakat.

Selamat Hari Ibu
Semoga kasih ibu sentiasa diberkati,
dan terus menjadi cahaya penunjuk arah buat generasi mendatang

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Muar

05 Mei 2025 (Isnin) - Bandar Maharani Bandar Diraja.Telah berlangsung dengan jayanya Program Rapatkan Saf PUSPANITA 2.0 ...
05/05/2025

05 Mei 2025 (Isnin) - Bandar Maharani Bandar Diraja.

Telah berlangsung dengan jayanya Program Rapatkan Saf PUSPANITA 2.0 bagi Daerah Muar Tahun 2025. Ucapan penghargaan kepada YB Tan Sri Dato' Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Johor dan YDH Puan Sri Datin Hjh Noor Azizah binti Abdul Latif, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor , Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Johor bersama Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Negeri Johor bersama jawatankuasanya yang telah menjayakan aktiviti Explore Muo- Orang Muo Gaya Muo.

Ucapan penghargaan buat semua agensi kerajaan yang telah sama-sama membantu bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran Program Rapatkan Saf PUSPANITA 2.0 Daerah Muar 2025.

Sekalung ucapan terima kasih kepada ahli tetap, ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Muar yang turut sama berpadu tenaga dalam memastikan kejayaan program ini.

Tahniah dan Syabas PUSPANITA MUO

18 Mac 2025 (Selasa) bersamaan 17 Ramadan 1446H, Sekitar Daerah Muar.Tuan Haji Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Muar mera...
18/03/2025

18 Mac 2025 (Selasa) bersamaan 17 Ramadan 1446H, Sekitar Daerah Muar.

Tuan Haji Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Muar merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Daerah Muar bersama Puan Hjh Aslin binti Mohammad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Muar bersama barisan jawatankuasa telah menjalankan Program Ziarah Ramadan dan menyampaikan sumbangan bakul makanan.

Majlis diadakan dengan kerjasama penghulu-penghulu mukim dan juga Bahagian Masyarakat, Pejabat Daerah Muar.

Terima kasih diucapkan pada yang terlibat semoga sedikit sumbangan dapat memberikan secangkir senyuman

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran πŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, pada hari yang penuh keberkatan ini, k...
18/03/2025

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran πŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, pada hari yang penuh keberkatan ini, kita bersama-sama menyambut Hari Nuzul Al-Quran. Sesungguhnya, peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ menjadi titik permulaan kepada penyebaran ilmu, petunjuk, dan rahmat untuk umat manusia.

PUSPANITA Cawangan Daerah Muar, ingin mengajak seluruh ahli PUSPANITA dan masyarakat setempat untuk merenung dan mengambil pengajaran daripada kemuliaan Al-Quran. Semoga dengan membaca, memahami, dan mengamalkan isi kandungannya, kita dapat memperbaiki diri, meningkatkan ketaqwaan, dan memelihara keharmonian dalam kehidupan.

Semoga kita semua diberkati dan dijauhkan dari segala kemudaratan, serta sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran. Mari bersama-sama menambah cinta dan keimanan kita kepada kitab Allah yang mulia ini.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Semoga rahmat dan keberkatan-Nya sentiasa mengiringi kita semua.

17 Mac 2025 (Isnin) bersamaan 16 Ramadan 1446H, Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Muar.Telah berlangsung dengan jayanya Majl...
17/03/2025

17 Mac 2025 (Isnin) bersamaan 16 Ramadan 1446H, Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Muar.

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam A-Quran NGOS Wanita Daerah Muar yang diurusetia oleh PUSPANITA Cawangan Daerah Muar. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi NGOS Daerah Muar Puan Hajah Aslin binti Mohammad.

Majlis Khatam Al Quran dipimpin oleh Hajah Noreen binti Mansor dari LKPI. Dan sesi tazkirah ramadan oleh Ustazah Hamizatul Shima binti Mohd Nazri.

Majlis ini merupakan majlis kerjasama bersama HELWA, PUSPANITA, LKPI dan WI Daerah Muar. Terima kasih diucapkan di atas segala kerjasama.


Address

Muar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita Daerah Muar:

Share