Bersatu Cawangan Tanjung Selatan

Bersatu Cawangan Tanjung Selatan Laman Facebook Rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Tanjung Selatan

22/01/2026

Bismillah. Allhuakbar

Kita baru di khabarkan peningkatan kadar inflasi bagi negeri Johor. Johor mencatatkan kadar inflasi 2.3% pada Disember 2025, tertinggi di Malaysia,walaupun program seperti Jualan Kasih Johor dan Jualan Rahmah, serta portal harga barangan, telah membantu mengurangkan beban kpd rakyat.

Kadar inflasi yang tinggi ini menyebabkan

1. pengurangan kuasa beli pengguna,
2. kenaikan kos sara hidup,
3. penurunan taraf hidup,
4. penurunan nilai mata wang, dan
5. ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pendapatan tetap dan simpanan.

Inflasi yg tinggi ini, menyebabkan nilai wang yang sama membeli lebih sedikit barang, membebankan golongan berpendapatan rendah.

Bagi memastikan inflasi terkawal dan kos sara hidup lebih stabil, beberapa langkah penambahbaikan boleh dipertimbangkan:

1. Sokongan kepada pembekal tempatan dan pengeluar mikro.

Menggalakkan pengeluaran barangan asas oleh usahawan tempatan supaya lebih banyak pilihan tersedia dan harga lebih kompetitif, sambil mengurangkan kebergantungan kepada rantaian import.

2. Peningkatan infrastruktur logistik negeri

Mempercepatkan pembangunan rangkaian logistik pintar, pasar komuniti dan pusat pemprosesan makanan tempatan untuk menurunkan kos pengedaran dan mengekalkan harga stabil.

3. Program pendidikan kewangan dan perancangan isi rumah

Memberi rakyat pengetahuan dan alat untuk membuat pilihan bijak dalam mengurus perbelanjaan harian, terutama ketika menghadapi kenaikan harga.

4. Kerjasama berterusan antara kerajaan, swasta dan komuniti

Menjalinkan mekanisme responsif berdasarkan data terkini supaya tindakan dapat diambil lebih pantas apabila terdapat tekanan harga atau gangguan bekalan.

Dengan pendekatan bersepadu ini, kita dapat meningkatkan keberkesanan program sedia ada dan memastikan kesejahteraan rakyat Johor terus terjaga, sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Fazkuruni Azkurkum Washkuruli Walatakfurun”

Yb Dato’ Dr Sahruddin Bin Jamal
ADUN Bukit Kepong
Ketua BPN Johor

13/01/2026

Mesyuarat MPT BERSATU

Mesyuarat MPT BERSATU malam semalam sebenarnya telah mematikan segala khabar angin yang berlegar sejak sehari dua ini. Cerita kononnya Timbalan Presiden dipecat dan kononnya Presiden mahu menarik balik perletakan jawatan sebagai Pengerusi PN. Semua itu jelas tidak betul.

Paling utama, pesanan Presiden itu memang relevan. Ahli-ahli perlu kekal berdisiplin, saling hormat-menghormati, dan kalau ada perbezaan pandangan, selesaikan dengan elok, jangan dibawa ke luar. Kita nak bina dan kukuhkan parti, bukan menebuk kapal sendiri.

Dalam iklim politik semasa, penting untuk semua ahli kekal setia dengan parti serta mendengar dan menghormati nasihat Presiden dan pimpinan. Kesetiaan yang berteraskan disiplin dan adab berjemaah inilah yang menjadi asas kekuatan perjuangan.

Proses demokrasi memang kecoh, tetapi kebebasan bersuara bukan cek kosong. Ia datang bersama tanggungjawab. Jadilah ahli yang berani bersuara, dengan bertanggungjawab.

Ahmad Anwar Asyraf
Muar, Johor
13 Januari 2026

Prima Facie (Yang Tersesat ke Putrajaya)Fail itu berat.Bukan kerana kertasnya,tetapi kerana harapan yang diselitkan di c...
10/01/2026

Prima Facie (Yang Tersesat ke Putrajaya)

Fail itu berat.
Bukan kerana kertasnya,
tetapi kerana harapan yang diselitkan di celah-celahnya.

“Cukup bukti,” kata mereka.
“Prima facie,” tulis tajuk laporan.

Ia disebut di mahkamah terbuka.
Dicatat sejak bertahun-tahun lalu.
Disahkan selepas saksi dipanggil,
selepas bukti diuji,
selepas masa dihabiskan.

Aku lihat wajah-wajah di luar pagar.
Ada yang senyum.
Ada yang menangis.
Ada yang cuma diam,
seperti sudah belajar bahawa harapan juga ada tarikh luput.

Minggu pertama, fail itu di atas meja.
Semua lalu-lalang menatapnya.

Minggu kedua, ia di dalam laci.
Masih wujud, kata mereka.
Cuma menunggu masa.

Minggu ketiga, aku terpaksa mencari semula.
Seolah-olah ia tidak pernah wujud,
atau lebih tepat,
seolah-olah ia sudah tidak lagi diperlukan.

Pada hari keputusan,
tiada sidang media.
Tiada mikrofon.
Tiada soalan.

Hanya satu ayat dibacakan,
oleh suara yang pernah membaca pertuduhan.
Tidak lagi mahu meneruskan.

Hakim mencatat.
Mahkamah bersurai.
Fail ditutup buat sementara, kata mereka.

Beberapa tahun kemudian,
oleh orang yang sama,
di kerusi yang lebih tinggi,
dengan kuasa yang lebih mutlak,
satu cop merah diturunkan dengan yakin.

NFA.

Aku tutup fail itu perlahan-lahan.
Bukan kerana hormat.

Tetapi kerana aku tahu,
kebenaran di negara ini tidak dibunuh.
Ia cuma dipindahkan.

Dari meja,
ke laci,
ke senyap yang sah.

Dan akhirnya,
dibiarkan mati dengan penuh prosedur.

Dari Prima Facie kepada NFA.
Alangkah lucunya negeri ini.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video yang tular bahawa saya telah mencuri ...
13/12/2025

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video yang tular bahawa saya telah mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah saya.

Ini adalah tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas sama sekali.

Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung.

Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan kerana beliau mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai seorang negarawan, beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap saya.

Dalam banyak pertemuan saya dengannya, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapan saya.

Maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri saya.

Walau bagaimanapun saya tetap menghormati Tun Mahathir sebagai orang tua. Saya sendiri telah menyokong usaha-usaha beliau untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan hubungan kami adalah akrab.

Oleh yang demikan, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

13 Disember 2025

𝑲𝑬𝑹𝑨𝑱𝑨𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 𝑻𝑬𝑹𝑼𝑺 𝑨𝑴𝑨𝑳𝑲𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑺𝑨𝑹 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑲𝑶𝑵𝑺𝑰𝑺𝑻𝑬𝑵 𝑷𝑴𝑲𝑺 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑹𝑼𝑯 𝑵𝑬𝑮𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑰𝑵𝑰 𝑴𝑬𝑵𝑱𝑨𝑫𝑰 𝑴𝑨𝑵𝑮𝑺𝑨 𝑲𝑬𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲𝑪𝑬𝑲𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵...
09/12/2025

𝑲𝑬𝑹𝑨𝑱𝑨𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 𝑻𝑬𝑹𝑼𝑺 𝑨𝑴𝑨𝑳𝑲𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑺𝑨𝑹 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑲𝑶𝑵𝑺𝑰𝑺𝑻𝑬𝑵 𝑷𝑴𝑲𝑺 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑹𝑼𝑯 𝑵𝑬𝑮𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑰𝑵𝑰
𝑴𝑬𝑵𝑱𝑨𝑫𝑰 𝑴𝑨𝑵𝑮𝑺𝑨 𝑲𝑬𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲𝑪𝑬𝑲𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑻𝑨𝑫𝑩𝑰𝑹𝑨𝑵

BERSATU Johor menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan Kerajaan Madani yang sekali lagi menunjukkan dasar tidak konsisten melalui perubahan mendadak threshold pelaksanaan e-Invoice daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Keputusan flip-flop seperti ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan perancangan kerajaan, malah membuktikan kegagalan mereka untuk memahami realiti perniagaan khususnya PMKS yang menjadi nadi utama ekonomi negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhan.

Sekiranya kerajaan benar-benar melaksanakan libat urus menyeluruh dari awal, kekeliruan dan tekanan yang tercetus dalam kalangan PMKS tidak akan timbul. Proses pelaksanaan dasar yang berlaku dahulu dan diperbetulkan kemudian mencerminkan pentadbiran yang tidak tersusun dan tidak berasaskan data sebenar di lapangan. PMKS bukan medan percubaan dasar yang tidak matang; sektor ini ialah tunjang ekonomi negara yang memerlukan dasar yang stabil, jelas dan berpandukan realiti perniagaan.

Di peringkat nasional, PMKS merangkumi lebih 97% daripada keseluruhan perniagaan dan menyumbang kira-kira RM652.4 bilion kepada KDNK, di samping menggaji separuh tenaga kerja Malaysia. Di Johor p**a, PMKS merupakan pemacu utama pertumbuhan industri dan perdagangan, terutamanya dalam sektor pembuatan, logistik, peruncitan dan pelancongan. Sebarang ketidakstabilan dasar akan memberi kesan langsung kepada momentum ekonomi negeri termasuk peluang pekerjaan, pelaburan masuk serta daya saing Johor sebagai pintu masuk ekonomi utama di Selatan Semenanjung.

Namun apa yang lebih merunsingkan PMKS di Johor dan seluruh negara ialah isu kelewatan pembayaran balik cukai oleh LHDN. Banyak PMKS melaporkan bahawa pembayaran balik yang sepatutnya diterima dalam jangka masa munasabah kini tertangguh sehingga menjejaskan aliran tunai mereka. Bagi PMKS, aliran tunai bukan sekadar angka ia adalah faktor penentu kelangsungan operasi. Tanpa aliran tunai stabil, peniaga tidak mampu menampung gaji pekerja, membeli stok baharu, membayar sewa, menampung utiliti atau mengembangkan perniagaan mereka.

Kerajaan Madani tidak wajar bercakap tentang agenda memakmurkan ekonomi dan membantu rakyat sekiranya pada masa yang sama wang rakyat termasuk PMKS Johor ditahan tanpa justifikasi yang jelas. Tindakan ini bukan sahaja menekan peniaga kecil, malah menghakis kepercayaan mereka terhadap institusi kerajaan yang sepatutnya berfungsi secara telus, cekap dan bertanggungjawab.

Sehubungan itu, BERSATU Johor menuntut agar kerajaan mengambil langkah tegas dan segera untuk:

1.Menetapkan garis masa standard yang jelas dan mengikat bagi pembayaran balik cukai oleh LHDN.

2.Meningkatkan ketelusan proses pentadbiran supaya PMKS Johor dan seluruh negara tidak terus berada dalam ketidakpastian.

3.Menghentikan dasar flip-flop yang merencatkan keupayaan PMKS untuk merancang dan menyesuaikan strategi perniagaan.

4.Mengadakan libat urus sebenar bersama PMKS Johor, agensi negeri dan persatuan industri sebelum sebarang dasar baharu dilaksanakan.

5.Memastikan dasar-dasar ekonomi tidak membebankan PMKS yang selama ini menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan Johor sebagai negeri yang pesat membangun.

Kestabilan dasar dan kecekapan pentadbiran adalah asas kepada keyakinan pelabur, peniaga dan rakyat. PMKS di Johor, sebagai negeri strategik dan berdaya saing tinggi, tidak boleh terus menanggung beban akibat kelemahan perancangan dan pelaksanaan kerajaan pusat.

BERSATU Johor berpendirian tegas bahawa Kerajaan Madani mesti berhenti menjadikan PMKS baik di Johor mahupun di seluruh negara sebagai mangsa eksperimen dasar. Untuk memperkukuh ekonomi, kerajaan perlu mengembalikan keyakinan peniaga dengan memastikan sistem pentadbiran yang telus, konsisten dan cekap.

BERSATU Johor akan terus memperjuangkan kepentingan PMKS tanah air dan memastikan suara mereka didengari serta dihormati dalam setiap perbincangan dasar negara.

Sudut pandang Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Muar merangkap Ketua Cawangan Tanjung Selatan, Sdr. Ahmad Anwar Asyraf
29/11/2025

Sudut pandang Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Muar merangkap Ketua Cawangan Tanjung Selatan, Sdr. Ahmad Anwar Asyraf

PRN Sabah 2025: Bila Politik Menjadi Harta Pusaka Keluarga

Pada tahun 2014, saya menulis: “Politik dinasti ini telah menjadi satu budaya tradisional dalam demokrasi Malaysia". Pautan kepada dua artikel tersebut saya sertakan di penghujung penulisan ini.

Ketika itu, ia sekadar amaran awal — hasil pemerhatian terhadap pola kuasa di Malaysia dan rantau ini. Sebelas tahun kemudian, amaran itu bukan lagi sekadar teori. Ia sedang menjelma menjadi realiti, terutamanya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung ketika ini.

Politik dinasti bukanlah sesuatu yang asing. Di seluruh dunia, nama-nama keluarga besar sering muncul berulang kali — Bush, Kennedy, Aquino, Soekarno, Shinawatra, Lee Kuan Yew. Di Malaysia p**a, kita sudah terbiasa dengan dinasti Tun Razak, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Anwar Ibrahim, Kit Siang dan lain-lain.

Namun ada garis pemisah yang sangat penting: Budaya tidak sama dengan struktur. Budaya ialah kecenderungan; struktur ialah penguasaan.

Dalam artikel 2014 itu, saya menulis dengan jelas: “Dinasti politik telah menjadi budaya, namun jangan sampai ia menjadi sesuatu yang struktural.”

Hari ini, dalam PRN Sabah 2025 — sebuah pesta demokrasi yang seharusnya merayakan penyertaan rakyat — politik dinasti tidak lagi bergerak sebagai budaya. Ia telah menjadi struktur kuasa bagi sebahagian warlord politik.

Kita melihat suami dan isteri menjadi calon. Kita melihat adik-beradik bertanding. Kita melihat dinasti yang melibatkan bukan hanya adik-beradik, tetapi juga anak, anak saudara, sepupu. Ada p**a yang memberikan laluan kepada adik atau abang sendiri apabila mereka berhadapan halangan tertentu.

PRN Sabah secara terang menunjukkan bagaimana kawasan pilihan raya diwariskan seperti harta pusaka, dan parti-parti tunduk kepada kehendak keluarga elit politik tertentu.

Ini bukan lagi fenomena politik. Ini ialah feudalisme moden.

Dalam penulisan lama, saya mencatatkan bahawa “warisan budaya pemerintahan feudalisme dalam masyarakat kita masih tebal.” Realitinya masih sama hingga hari ini.

Rakyat Malaysia masih mudah tertarik kepada nama keluarga politik lama kerana kita meminjam mentaliti tradisional — walaupun kita kini hidup dalam masyarakat moden. Dahulu penghulu digantikan oleh anak penghulu. Hari ini, ia berulang dalam politik moden, tetapi tanpa penapis meritokrasi.

Demokrasi akhirnya menjadi perusahaan keluarga, bukan medan persaingan idea.

Namun kita juga perlu berlaku adil. Saya tidak pernah mengatakan politik dinasti itu “dosa”. Sesiapa pun berhak bertanding, selaras dengan Perlembagaan. Anak pemimpin tidak patut dihukum hanya kerana dia anak kepada sesiapa.

Tetapi rakyat juga mempunyai hak yang sama besar: Hak untuk menilai. Hak untuk mempersoal. Hak untuk menolak jika pencalonan itu tidak berasaskan merit dan integriti.

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya menegaskan:

“Yang paling teruk sekali dalam politik dinasti ialah apabila keluarga politik yang korup dapat menguasai negara.”

Hari ini, apabila kita melihat laporan rasuah, skandal projek, dan “orang dalam” yang berkepentingan, kita tahu bahawa amaran itu semakin dekat dengan realiti.

Sabah kini menjadi cermin besar untuk politik Malaysia. Apa yang berlaku di sana — keluarga bertanding serentak, parti menjadi platform keluarga, warlord menggantikan institusi — ialah bayangan masa depan seluruh negara jika pola ini tidak disekat.

Sabah ialah manifestasi paling jelas kepada pola yang sedang merebak secara senyap di seluruh negara. Dan jika ia tidak diperbetulkan, Malaysia akan bergerak ke arah “Democracy Familia” — demokrasi yang dikawal oleh keluarga elit politik, bukan rakyat.

Saya menulis dua artikel itu dahulu dengan satu harapan: Bahawa rakyat akan matang, menilai dengan berani, dan memilih pemimpin berdasarkan kelayakan, bukan keturunan politik.

Hari ini, harapan itu lebih penting daripada sebelumnya.

Kita tidak boleh melarang ahli keluarga pemimpin daripada bertanding. Tetapi kita boleh mengembalikan kuasa penilaian kepada rakyat. Kita tidak boleh menghapuskan dinasti dalam sehari. Tetapi kita boleh menyekat feudalisme politik daripada menjadi sistem kekal.

Akhirnya, masa depan politik negara bukan milik beberapa keluarga, tetapi milik rakyat yang berani untuk menyatakan:

“Kami mahu ahli politik berkelayakan, bukan nasab politik.”

Dan prinsip itulah yang saya tulis pada tahun 2014 — yang masih saya pegang, tanpa goyah, pada tahun 2025.

----

Pautan rencana tahun 2014

https://anwarasyraf.wordpress.com/2014/08/30/apakah-salah-politik-dinasti-mendominasi-malaysia/

https://anwarasyraf.wordpress.com/2014/09/16/politik-dinasti-dalam-mendepani-demokrasi-matang-di-malaysia/

Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Cawangan Tanjung Selatan, Ahmad Anwar Asyraf turut hadir mewakili BERSATU Bahagi...
29/11/2025

Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Cawangan Tanjung Selatan, Ahmad Anwar Asyraf turut hadir mewakili BERSATU Bahagian Muar

15/11/2025

Jangan minta maaf kerana jadi Melayu

Bangsa Johor baca ni
15/11/2025

Bangsa Johor baca ni

Bangsa Johor dengar ni,

Minggu lepas Anwar umum projek LRT Pulau Pinang dilanjutkan ke Seberang Perai. Projek LRT Pulau Pinang ni pada asalnya adalah merupakan projek kerjasama awam-swasta (PPP) dengan kos RM10bilion. Namun, tahun lepas kerajaan persekutuan ambil alih projek ni dan MRT Corp dilantik sebagai pemaju projek dan pemilik aset. Bukan itu sahaja, bajet projek ni dinaikkan kepada RM16.8 bilion.

Minggu lepas juga Anwar umum satu lagi projek mega di Pulau Pinang iaitu Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua bernilai RM3 bilion.

TAPI, untuk projek penyuraian trafik RTS Link JB Kerajaan Madani kata tiada peruntukan. Sehingga Pemangku Sultan Johor menzahirkan kebimbangan secara terbuka.

Walhal, Johor merupakan negeri penyumbang utama KDNK negara, pintu masuk perdagangan terbesar Malaysia, dan pertumbuhan ekonominya yang tertinggi dalam negara.

Sempadan Johor dan Singapura ini adalah merupakan pintu sempadan antara yang sesak di dunia. Secara puratanya, 350,000 orang menggunakan Tambak Johor setiap hari. Bahkan, ia boleh mencecah kepada setengah juta pengguna sehari semasa musim cuti.

Kita bukan cemburu dengan Pulau Pinang. Cuma, Bangsa Johor perlu fikirkan kerajaan negeri Johor diterajui oleh UMNO/BN dan parti itu juga merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Daripada 26 orang ahli parlimen Johor, 24 orang berada dalam blok kerajaan. Johor ada 3 orang Menteri dan beberapa orang Timbalan Menteri. Tapi, tiada seorang pun yang bangkit perjuangkan keperluan Johor hinggakan Pemangku Sultan Johor perlu menzahirkan kebimbangan secara terbuka.

Di mana suara bekas Menteri Besar Johor yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan? Semasa menjadi MB, beliau tegas mengingatkan bahawa “Johor mesti kekal Johor, tidak semestinya ikut Kuala Lumpur.” Tetapi setelah berada dalam kabinet Madani, suara itu hilang — ketika Johor sedang diketepikan dalam keputusan nasional.

Rakyat bukan marah, tetapi kecewa. Mereka ini naik hasil sokongan Bangsa Johor, tetapi setelah mendapat jawatan, tiada siapa yang benar-benar mempertahankan kepentingan negeri.

Sikap sambil lewa Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pontian apabila menjawab isu jalan raya di Mersing menjadi bukti. Mersing itu permata pelancongan Johor, tetapi dilayan seolah-olah bukan keutamaan. Mereka lupa siapa yang mengangkat mereka ke persada kuasa.

Bangsa Johor bukan menuntut layanan istimewa. Kita hanya menuntut keadilan sebagai negeri yang menjadi nadi ekonomi negara. Kita hanya mahu suara kita dihormati dan keperluan kita dipertimbangkan secara adil.

Jika kerajaan pusat terus membelakangi Johor, maka rakyat negeri ini berhak membuat keputusan yang tegas pada pilihan raya akan datang. Kuasa itu di tangan kita.

Dan kita akan gunakan kuasa itu untuk memastikan Johor tidak lagi dianaktirikan — demi maruah, demi masa depan, dan demi negeri yang kita cintai.

JOHOR MESTI SENTIASA JADI JOHOR

Semua 42 calon Perikatan Nasional telah disahkan secara rasmi layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sa...
15/11/2025

Semua 42 calon Perikatan Nasional telah disahkan secara rasmi layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17.

Bersama pautan FB ini disertakan poster calon bersama no. calon yang akan tertera di atas kertas undi.

Comment, like dan share poster calon bersama rakan-rakan yang akan mengundi di kawasan Dewan Undangan masing-masing pada tanggal 29 November nanti.

Undilah Perikatan Nasional -

1 November 2025Bila Menteri Jadi Boneka Pemikiran PenjajahKita sudah merdeka lebih enam dekad, tapi rupanya masih ada me...
31/10/2025

1 November 2025

Bila Menteri Jadi Boneka Pemikiran Penjajah

Kita sudah merdeka lebih enam dekad, tapi rupanya masih ada menteri yang lidahnya belum bebas.

Rakaman menteri KPKT yang marah kepada wartawan kerana bertanya tentang nama program dalam bahasa Inggeris bukan sekadar isu kecil. Ia lambang kerosakan jiwa pemimpin kita hari ini — pemimpin yang angkuh, terputus dari akar bangsanya sendiri dan tidak malu mempertahankan bahasa penjajah di bumi merdeka.

Soalan mudah dijawab dengan akal, tapi dia memilih nada sombong. Itulah wajah sebenar penjajahan minda — apabila mempertahankan bahasa sendiri dianggap dosa, dan memuja bahasa asing jadi tanda kemajuan.

Bahasa bukan sekadar alat bercakap. Ia roh bangsa, nadi peradaban. Dari lidah itulah lahir ilmu, maruah dan jati diri. Jepun maju dengan bahasanya. Korea menakluk dunia dengan budayanya. Taiwan membangkitkan bangsanya dengan keyakinan pada lidah sendiri.

Kerana bangsa besar bukan yang paling kaya, tapi yang paling percaya kepada dirinya sendiri.

Tapi di Malaysia — di tanah air yang merdeka — masih ada menteri yang berasa megah berbahasa asing dan menghina wartawan yang mempertahankan bahasa kebangsaan. Mereka yang mengaku “inklusif”, tapi sebenarnya malu menjadi diri sendiri.

Sedangkan di tempat lain, bangsa kecil seperti Taiwan berjuang membina kekuatan dengan bahasanya sendiri. Mereka tidak tunduk kepada bahasa besar. Mereka menulis semula ilmu dunia dalam bahasa mereka.

Kerana bagi mereka, bahasa bukan sekadar kata — ia senjata kebangkitan.

Inilah wajah sebenar “Malaysian Malaysia” — slogan halus yang memadam akar Melayu sedikit demi sedikit atas nama kesamarataan. Hari ini mereka hina bahasa, esok mereka pertikai sejarah, lusa mereka hapus simbol bangsa. Dan semua itu dilakukan dengan senyum manis di hadapan kamera sambil melaungkan “kemodenan”.

Merdeka apa kalau lidah sendiri dianggap hina?

Kemajuan apa kalau jati diri dikorbankan atas nama moden?

Mereka ingin kita percaya kemajuan datang dengan menukar lidah, padahal yang ditukar sebenarnya ialah maruah.

Inilah pertempuran sebenar — perang budaya.

Dan perang ini bukan tentang siapa yang lebih moden, tapi siapa yang masih punya maruah.

Bangsa yang tidak mempertahankan bahasanya akan hilang rohnya.

Dan apabila pemimpin sendiri gagal memahami erti bahasa dan budaya — maka negara ini sedang kehilangan jiwanya di tangan mereka yang berpakaian menteri, tapi berjiwa hamba.

Ahmad Anwar Asyraf
Timbalan Ketua
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Bahagian Muar

https://www.facebook.com/share/1CjFJdsYNB/

1 November 2025

Bila Menteri Jadi Boneka Pemikiran Penjajah

Kita sudah merdeka lebih enam dekad, tapi rupanya masih ada menteri yang lidahnya belum bebas.

Rakaman menteri KPKT yang marah kepada wartawan kerana bertanya tentang nama program dalam bahasa Inggeris bukan sekadar isu kecil. Ia lambang kerosakan jiwa pemimpin kita hari ini — pemimpin yang angkuh, terputus dari akar bangsanya sendiri dan tidak malu mempertahankan bahasa penjajah di bumi merdeka.

Soalan mudah dijawab dengan akal, tapi dia memilih nada sombong. Itulah wajah sebenar penjajahan minda — apabila mempertahankan bahasa sendiri dianggap dosa, dan memuja bahasa asing jadi tanda kemajuan.

Bahasa bukan sekadar alat bercakap. Ia roh bangsa, nadi peradaban. Dari lidah itulah lahir ilmu, maruah dan jati diri. Jepun maju dengan bahasanya. Korea menakluk dunia dengan budayanya. Taiwan membangkitkan bangsanya dengan keyakinan pada lidah sendiri.

Kerana bangsa besar bukan yang paling kaya, tapi yang paling percaya kepada dirinya sendiri.

Tapi di Malaysia — di tanah air yang merdeka — masih ada menteri yang berasa megah berbahasa asing dan menghina wartawan yang mempertahankan bahasa kebangsaan. Mereka yang mengaku “inklusif”, tapi sebenarnya malu menjadi diri sendiri.

Sedangkan di tempat lain, bangsa kecil seperti Taiwan berjuang membina kekuatan dengan bahasanya sendiri. Mereka tidak tunduk kepada bahasa besar. Mereka menulis semula ilmu dunia dalam bahasa mereka.

Kerana bagi mereka, bahasa bukan sekadar kata — ia senjata kebangkitan.

Inilah wajah sebenar “Malaysian Malaysia” — slogan halus yang memadam akar Melayu sedikit demi sedikit atas nama kesamarataan. Hari ini mereka hina bahasa, esok mereka pertikai sejarah, lusa mereka hapus simbol bangsa. Dan semua itu dilakukan dengan senyum manis di hadapan kamera sambil melaungkan “kemodenan”.

Merdeka apa kalau lidah sendiri dianggap hina?
Kemajuan apa kalau jati diri dikorbankan atas nama moden?

Mereka ingin kita percaya kemajuan datang dengan menukar lidah, padahal yang ditukar sebenarnya ialah maruah.

Inilah pertempuran sebenar — perang budaya.

Dan perang ini bukan tentang siapa yang lebih moden, tapi siapa yang masih punya maruah.

Bangsa yang tidak mempertahankan bahasanya akan hilang rohnya.

Dan apabila pemimpin sendiri gagal memahami erti bahasa dan budaya — maka negara ini sedang kehilangan jiwanya di tangan mereka yang berpakaian menteri, tapi berjiwa hamba.

Ahmad Anwar Asyraf
Timbalan Ketua
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Bahagian Muar

BERSATU Cawangan Tanjung Selatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham Dr. Mohamad Taslim, man...
28/10/2025

BERSATU Cawangan Tanjung Selatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham Dr. Mohamad Taslim, mantan ADUN Maharani. Allahyarham dikenang sebagai pemimpin berjiwa rakyat, lembut tutur katanya dan sentiasa membawa semangat perpaduan dalam perjuangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Address

Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Cawangan Tanjung Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share