Batalion 19 PGA - Kawalan Keselamatan

Batalion 19 PGA - Kawalan Keselamatan Batalion 19 PGA ditubuhkan pada 1 April 2004 merupakan Batalion khas bagi Kawalan Keselamatan VIP

*IPSC RMP OPEN CHAMPIONSHIP 2026- BATALION 19 PGA PERTARUHKAN PENEMBAK TERBAIK**Cheras*, 26 mei 2026 - Pejabat YDH Pegaw...
26/05/2026

*IPSC RMP OPEN CHAMPIONSHIP 2026- BATALION 19 PGA PERTARUHKAN PENEMBAK TERBAIK*

*Cheras*, 26 mei 2026 - Pejabat YDH Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA hari ini telah dikunjungi oleh pejuang-pejuang khas yang menggalas cabaran bagi meraih sekurang-kurangya podium dalam _IPSC RMP Open Championship 2026 - Level IIl._
Dalam sesi Penyerahan Bendera Batalion 19 ini, YDH Pegawai Pemerintah Bn 19 PGA ACP Rajab Ahad bin Ismail telah memberikan kata-kata semangat dan nasihat bagi menyemarakkan lagi semangat peserta yang mewakili Batalion 19 PGA seterusnya menyerahkan bendera batalion kepada Insp. Mahalim bin Mokhtar selaku Pengurus Pasukan.

Batalion 19 PGA akan diwakili Oleh Insp. Azmi bin Mohamad bersama 3 PRP bagi Acara Ujian Kemahiran Tembak Praktikal (UKTP) KDNKA dan buat julung-julung kalinya Batalion 19 PGA akan menghantar satu pasukan bagi menyertai acara _Open_ melibatkan 4 Pegawai/PRP diketuai oleh Insp. Siti Noor Hafizah binti Zainordin.

Sesi Penyerahan Bendera ini juga turut dihadiri oleh ASP Muhammad Fakhrurazi bin Daud (Ajutan) dan Insp. Rasyidah binti Abd. Razak (Pegawai Latihan) yang turut telibat dalam kejohanan ini mewakili Briged Tengah PGA dalam acara Piala Ketua Polis Negara.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta-peserta yang akan bertanding.

💪🏻
14/05/2026

💪🏻

BATU CAVES - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga Indonesia diberkas dalam serbuan ke atas sebuah premis yang menjalankan kegiatan menjual serta menyimpan...

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN OP TARING ALPHA 1 (AKTIVITI PENJUALANSERTA PENYIMPANAN ROKOK TIDAK BERCUKAI KASTAM) OLEH...
14/05/2026

KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN OP TARING ALPHA 1 (AKTIVITI PENJUALAN
SERTA PENYIMPANAN ROKOK TIDAK BERCUKAI KASTAM) OLEH BATALION 19 PASUKAN
GERAKAN AM, CHERAS SELANGOR

06/05/2026

SEMENYIH - Kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang beroperasi di kawasan semak dan berpagar zink terbongkar selepas diserbu...

MESYUARAT AGUNG DAERAH KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD BATALION 19 PGA SESI 2026-2028PERASMI : YDH SUPT MOHD ALL A...
24/04/2026

MESYUARAT AGUNG DAERAH KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD BATALION 19 PGA SESI 2026-2028

PERASMI : YDH SUPT MOHD ALL AMIN BIN MOHAMED ZAWAWI, PEN PP BATALION 19 PGA
TARIKH: 24 APRIL 2026 (JUMAAT)
MASA: 0830HRS
TEMPAT:DEWAN PERDANA BRIGED TENGAH PGA

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Batalion 19 PGA yang Ke-22 Tahun. ( 1 April 2004 - 1 April 2026 )Ikhlas daripada YDH ...
01/04/2026

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Batalion 19 PGA yang Ke-22 Tahun. ( 1 April 2004 - 1 April 2026 )

Ikhlas daripada YDH ACP Rajab Ahad Bin Ismail,
Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA kepada seluruh warga batalion 19 PGA.

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE - 219 TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJ...
27/03/2026

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE - 219 TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT BRIGED TENGAH DAN BATALION 19 PGA

Cheras, 27 Mac 2026 ( Jumaat ) - Bertempat di Masjid Al-Amin Briged Tengah Cheras telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 Peringkat Ibu Pejabat dan Batalion 19 PGA yang dihadiri oleh YDH SAC Hakemal Bin Hawari, Komander Briged Tengah PGA

Majlis ini diadakan sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 sebagai tanda memperingati Hari Polis dan mendoakan kesejahteraan dan memohon keberkatan serta keselamatan seluruh warga PDRM, khususnya di Ibu Pejabat Briged Tengah dan Batalion 19 PGA.

Program bacaan Yasin dan doa selamat telah dipimpin oleh Ustaz Nu'man Bin Ismail dari Cawangan Baka Ibu Pejabat Briged Tengah.




26/03/2026

704 likes, 27 comments. “Anggota PGA korban raya demi tugas Tatkala kebanyakan rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) p**a reda menyambut lebaran di pos kawalan demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara, l...

Selamat Menyambut Hari Polis ke-219Terima kasih atas jasa dan pengorbanan seluruh warga PDRM dalam menjaga keamanan dan ...
25/03/2026

Selamat Menyambut Hari Polis ke-219

Terima kasih atas jasa dan pengorbanan seluruh warga PDRM dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Salam Aidilfitri 1447H 🌙Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA, ACP Rajab Ahad bin Ismail dan Pengerusi PERKEP Batalion 19 P...
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA, ACP Rajab Ahad bin Ismail dan Pengerusi PERKEP Batalion 19 PGA, Puan Huda Rahayu binti Abd Razak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Batalion 19 PGA serta keluarga.

Terima kasih atas segala pengorbanan dan komitmen, khususnya kepada anggota yang tetap bertugas demi keselamatan negara.

Semoga lebaran ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua.

Address

Mont Kiara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 19 PGA - Kawalan Keselamatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share