Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Official Facebook of the Department of Wildlife and National Parks

VISION : To be an excellent institution in the conservation and sustainable management of biodiversity towards the nation's
OBJECTIVES :
1. Protection, management and preservation of biodiversity for the production of optimum benefits.
2. Protection and development of protected areas for the purpose of research, education, economic, aesthetic, recreation and ecological purposes.
3. Enhancement of knowledge, awareness and public support on the importance of biodiversity conservation

MEMPERKASA EKOPELANCONGAN LESTARI DI SUNGAI RELAU๐Ÿ“ 29 April 2026 | Sungai Relau, Taman Negara PahangSatu sesi libat urus...
03/05/2026

MEMPERKASA EKOPELANCONGAN LESTARI DI SUNGAI RELAU
๐Ÿ“ 29 April 2026 | Sungai Relau, Taman Negara Pahang

Satu sesi libat urus telah diadakan bersama penggiat pelancongan komuniti setempat dan pihak JKR bagi membincangkan cadangan pembangunan di kawasan Sungai Relau.

Perbincangan ini membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan maklum balas secara terus, demi memastikan setiap perancangan pembangunan selari dengan keperluan lapangan.
๐ŸŒฟ Fokus utama: memperkukuh ekopelancongan secara mampan, sambil meningkatkan kemudahan dan keselesaan untuk semua.

Langkah kecil hari ini, untuk pengalaman alam semula jadi yang lebih baik pada masa hadapan. ๐Ÿ’š

KENYATAAN MEDIADAKWAAN HARIMAU MALAYA SAKIT DI ZOO JEPUN ADALAH PALSU
01/05/2026

KENYATAAN MEDIA

DAKWAAN HARIMAU MALAYA SAKIT DI ZOO JEPUN ADALAH PALSU

๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธ SELAMAT HARI PEKERJA | 1 Mei 2026Dedikasi, komitmen dan semangat warga kerja menjadi tunjang kelestarian alam dan k...
30/04/2026

๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธ SELAMAT HARI PEKERJA | 1 Mei 2026

Dedikasi, komitmen dan semangat warga kerja menjadi tunjang kelestarian alam dan khazanah negara. ๐ŸŒฟ

Terima kasih kepada semua yang terus berkhidmat dengan penuh integriti dan tanggungjawab. Anda wira sebenar! ๐Ÿ’š

HARI TAPIR SEDUNIA | 27 April 2026Tapir, khazanah unik hutan kita, kini semakin terancam. ๐ŸŒฟLindungi habitatnya, kurangka...
28/04/2026

HARI TAPIR SEDUNIA | 27 April 2026

Tapir, khazanah unik hutan kita, kini semakin terancam. ๐ŸŒฟ
Lindungi habitatnya, kurangkan ancaman, dan bersama kita pastikan spesies ini terus kekal untuk generasi akan datang.

Setiap usaha kecil, membawa perubahan besar. ๐Ÿ’š

๐ŸŒ HARI BUMI 2026 | 22 AprilOur Power, Our PlanetBumi adalah amanah kita bersama. ๐Ÿ’šSetiap tindakan kecilโ€”mengurangkan sis...
28/04/2026

๐ŸŒ HARI BUMI 2026 | 22 April
Our Power, Our Planet

Bumi adalah amanah kita bersama. ๐Ÿ’š
Setiap tindakan kecilโ€”mengurangkan sisa, menjimatkan tenaga, dan melindungi hidupan liarโ€”mampu memberi impak besar kepada masa depan.

Ayuh kita bertindak hari ini demi bumi yang lebih lestari untuk generasi akan datang. ๐ŸŒฑโœจ

28/04/2026

OPERASI MENYELAMAT BURUNG PUCUNG SERIAP (๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ข ๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข) DI PERSIARAN TASIK, SEKSYEN 14, SHAH ALAM SELANGOR

Shah Alam, 22 April 2026 โ€“ Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor dan Bahagian Konservasi Hidupan Liar (KHL) Ibu Pejabat PERHILITAN dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta telah berjaya melaksanakan satu operasi menyelamat hidupan liar di kawasan rekreasi Persiaran Tasik, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Operasi ini dijalankan susulan aduan berkaitan kehadiran sarang burung Pucung Seriap (๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ข ๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข) pada pokok-pokok mati yang berisiko tumbang dan boleh mengancam keselamatan orang awam. Hasil pemeriksaan mendapati tindakan penebangan pokok perlu dilaksanakan, sekaligus memerlukan usaha menyelamat anak burung yang masih berada di dalam sarang.

Dengan bantuan kemudahan skylift yang disediakan oleh pihak MBSA, anggota operasi telah berjaya mengakses sarang di ketinggian pokok sehingga kira-kira 20 meter dan menjalankan kerja pemindahan secara berhati-hati. Sepanjang operasi, prosedur keselamatan yang ketat telah dipatuhi bagi memastikan kelancaran dan keselamatan semua pihak.

Hasilnya, sebanyak 8 ekor anak burung pucung seriap berjaya diselamatkan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Kesemua anak burung tersebut kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai Perak untuk tujuan penjagaan, pemantauan dan rehabilitasi sebelum dilepaskan semula ke habitat semula jadi.
Burung Pucung Seriap (๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ข ๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข) atau Grey Heron ialah burung air besar yang mudah dikenali dengan tubuh kelabu, leher panjang dan paruh tajam.

Di Malaysia, ia sering ditemui di kawasan tasik, sungai, paya bakau, sawah padi dan pesisir pantai, di mana ia memburu ikan, amfibia serta serangga akuatik dengan teknik berdiri kaku di air cetek sebelum menyambar mangsa. Spesies ini biasanya soliter ketika memburu tetapi boleh membentuk koloni semasa musim pembiakan. Dari segi perlindungan, Pucung Seriap disenaraikan sebagai Hidupan Liar Dilindungi Sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], menjadikan sebarang aktiviti memburu, memiliki atau mengganggu spesies ini tanpa kebenaran sah adalah dilarang.

Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan PERHILITAN dalam memastikan keseimbangan antara keselamatan awam dan pemuliharaan hidupan liar terus terpelihara.

โ€œHidupan Liar Khazanah Kita, Tanggungjawab Kita Bersamaโ€

28/04/2026

SAMBUTAN HARI TAPIR SEDUNIA TAHUN 2026

Pada 26 April 2026 (Ahad), jam 9.00 pagi, bertempat di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Tapir Sungai Dusun, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor dengan kerjasama NGO Penjaga Gunung telah menganjurkan Sambutan Hari Tapir Sedunia Tahun 2026. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Rahmah binti Ilias, Pengarah PERHILITAN Negeri Selangor, dengan kehadiran pelbagai wakil agensi dan rakan strategik termasuk Majlis Perbandaran Hulu Selangor, CIMB Malaysia, Malaysia Forest Fund (MFF), Verdant Solar serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan lain.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya:
๐ŸŒฑ Penanaman 200 pokok di Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun sebagai usaha pemuliharaan habitat
๐Ÿพ Lawatan pendidikan ke Kompleks Konservasi Tapir
๐ŸŒณ Aktiviti menjejaki hutan di Trail Bumi
๐ŸŽ‹ Aktiviti kebudayaan bersama komuniti Orang Asli seperti menganyam dan menyumpit
๐Ÿ“š Pameran kesedaran konservasi oleh Jabatan PERHILITAN Selangor

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang awam, sekaligus mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan pemeliharaan spesies terancam seperti tapir.

Semoga penganjuran Sambutan Hari Tapir Sedunia ini terus memperkukuh komitmen semua pihak dalam usaha konservasi dan perlindungan hidupan liar, selaras dengan peranan Jabatan PERHILITAN dalam memastikan kelestarian biodiversiti negara terus terpelihara untuk generasi akan datang. ๐ŸŒฟ

๐ŸŒฟ BERSAMA MENANGANI KONFLIK HIDUPAN LIAR & ISU ROADKILL ๐ŸพSeramai 78 peserta daripada pelbagai agensi telah berkumpul dal...
28/04/2026

๐ŸŒฟ BERSAMA MENANGANI KONFLIK HIDUPAN LIAR & ISU ROADKILL ๐Ÿพ

Seramai 78 peserta daripada pelbagai agensi telah berkumpul dalam Sesi Libat Urus Mitigasi Konflik & Roadkill Hidupan Liar Negeri Kedah 2026 yang berlangsung pada 20โ€“22 April di Sungai Petani. ๏ฟฝ

Program ini menjadi platform penting untuk berkongsi ilmu, memperkukuh kerjasama dan mencari solusi terbaik dalam menangani konflik antara manusia dan hidupan liar, termasuk isu kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar.

๐Ÿ’ฌ Pelbagai input bernas telah dikongsikan, daripada aspek perundangan, keselamatan, hinggalah kepada bantuan kepada mangsa yang terjejas.

๐Ÿค Usaha ini membuktikan bahawa pemuliharaan hidupan liar bukan menghalang pembangunan, tetapi mengajak kita untuk maju dengan lebih bijaksana.

Bersama kita realisasikan konsep coexistence โ€” hidup harmoni antara manusia dan hidupan liar demi kelestarian khazanah negara.

๐ŸŒฟ DARI KAMPUS KE KONSERVASI: BERSAMA LINDUNGI TUNTUNG KITA ๐ŸขPada 14 April 2026, Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Buk...
28/04/2026

๐ŸŒฟ DARI KAMPUS KE KONSERVASI: BERSAMA LINDUNGI TUNTUNG KITA ๐Ÿข

Pada 14 April 2026, Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Bukit Pinang dan Jabatan PERHILITAN Kedah menjalankan program kolaborasi bersama mahasiswa BGS Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Yayasan MR.DIY melalui program โ€œBGS Gives Back (1): Shell-ter Projectโ€.

Seramai 45 peserta berganding bahu dalam pelbagai aktiviti menarik:
๐ŸŽจ Melukis mural bertemakan tuntung
๐Ÿงน Gotong-royong & pembersihan kawasan
๐Ÿข Penjagaan habitat & penyediaan makanan
๐ŸŒŠ Pelepasan anak tuntung ke habitat asal

Turut diadakan taklimat dan pameran bagi meningkatkan kesedaran tentang spesies terancam seperti tuntung sungai dan tuntung laut.

Program ini bukan sekadar aktiviti, tetapi satu langkah kecil dengan impak besar dalam usaha memelihara khazanah hidupan liar negara ๐Ÿ’š

Terima kasih kepada semua rakan strategik dan peserta yang menjayakan program ini!

MEMPERKASA KONSERVASI: LAWATAN DELEGASI JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH KE PERHILITANPada 18โ€“22 April 2026, Jabatan PERHILITA...
28/04/2026

MEMPERKASA KONSERVASI: LAWATAN DELEGASI JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH KE PERHILITAN

Pada 18โ€“22 April 2026, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada delegasi Jabatan Hidupan Liar Sabah yang diketuai oleh En. Mohd Soffian Abu Bakar, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan, penguatkuasaan dan pemuliharaan hidupan liar. Seramai 12 orang delegasi terlibat termasuk wakil daripada Institute for Development Studies Sabah dan WWF-Malaysia (Sabah).

Sepanjang lawatan, delegasi telah menghadiri Taklimat Jabatan PERHILITAN serta sesi pertukaran pandangan berkaitan tadbir urus pengurusan hidupan liar, pelaksanaan penguatkuasaan dan perundangan. Delegasi turut diberi pendedahan khusus berkaitan INTAC, Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan, serta Unit K9 PERHILITAN.

Selain itu, delegasi juga berpeluang melawat kemudahan konservasi dan penyelamatan hidupan liar di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai serta Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai bagi melihat sendiri usaha pemuliharaan yang dilaksanakan.

Semoga lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Sabah dan Semenanjung Malaysia demi memastikan khazanah hidupan liar negara terus terpelihara dan dilindungi untuk generasi akan datang. ๐Ÿ˜๐ŸŒฟ๐Ÿฆ




20/04/2026

IPOH: The three elephants recently relocated from Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) to Tennoji Zoo in Osaka, Japan remain the property of Zoo Taiping, with no transfer of ownership or commercial transaction involved.

Address

Mont Kiara

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share