Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Pejabat Zon Miri

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Pejabat Zon Miri Pejabat Cawangan Zon Miri bagi Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak yang memantau pelaksanaan projek di Zon Utara melibatkan Bahagian Bintulu, Miri, dan Limbang.

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEJAHTERA MADANI 202628 Ogos 2026 (Jumaat)Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak...
01/09/2026

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEJAHTERA MADANI 2026

28 Ogos 2026 (Jumaat)

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak) Zon Miri telah melaksanakan Penyerahan Bantuan Peralatan secara One-Off di bawah Program Sejahtera MADANI: Fokus Peningkatan Pendapatan kepada seramai 10 orang penerima dari Daerah Lawas, dengan nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM50,000

Program tersebut dirasmikan oleh ahli parlimen Lawas P.222, YB Dato Henry Sum Agong, serta diiringi oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Dato Jasni bin Hj Jubli.

Bantuan yang disalurkan merangkumi peralatan bengkel, peralatan jahitan, mesin rumput, peralatan penyediaan kuih-muih serta peralatan perikanan bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pendapatan isi rumah penerima.

Semoga pelaksanaan Program Sejahtera MADANI ini terus memberi manfaat kepada rakyat dan menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam membentuk masyarakat yang inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡ΎBukan sekadar laungan, tetapi lambang semangat, perpaduan dan cinta kita kepada Malays...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bukan sekadar laungan, tetapi lambang semangat, perpaduan dan cinta kita kepada Malaysia! ❀️

Sempena Hari Kebangsaan 2026, ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa patriotik dan terus bersama membina Malaysia yang lebih hebat!

Satu hati. Satu jiwa. Satu Malaysia!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEJAHTERA MADANI 2026 πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ18 Ogos 2026 (Miri) & 20 Ogos 2026 (Limbang)Pejabat Pembangunan Nege...
26/08/2026

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEJAHTERA MADANI 2026 πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Ogos 2026 (Miri) & 20 Ogos 2026 (Limbang)

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak) Zon Miri telah melaksanakan penyerahan bantuan peralatan secara one-off di bawah Program Sejahtera Madani : Fokus Peningkatan Pendapatan kepada 26 penerima dari Daerah Miri dan 10 penerima dari Daerah Limbang.

Bantuan yang disalurkan merangkumi peralatan perubatan dan kesihatan, peralatan bengkel, peralatan jahitan, mesin rumput, peralatan penyediaan kuih-muih serta peralatan perikanan sebagai pemangkin kepada usaha meningkatkan pendapatan isi rumah.

Melalui Program Sejahtera MADANI, bantuan yang diberikan di jangka akan menjadi modal permulaan kepada penerima untuk membina number pendapatan yang stabil dan meningkatkan taraf sosioekonomi secara berterusan.

πŸŒ™ Selamat Mnyambut Maulidur Rasul ο·ΊSemoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menjadi panduan dalam kehidupan.Salam Ma...
24/08/2026

πŸŒ™ Selamat Mnyambut Maulidur Rasul ο·Ί

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menjadi panduan dalam kehidupan.
Salam Maulidur Rasul 1448H. 🀍

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEJAHTERA MADANI 2026 πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ12 ogos 2026 (Rabu)Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Saraw...
14/08/2026

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEJAHTERA MADANI 2026 πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

12 ogos 2026 (Rabu)

Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak) Zon Miri telah melaksanakan penyerahan bantuan peralatan secara one-off di bawah Program Sejahtera Madani : Fokus Peningkatan Pendapatan kepada 9 penerima dari Daerah Bintulu dan Tatau dengan nilai keseluruhan RM45,000.

Bantuan yang disalurkan merangkumi peralatan bengkel, peralatan jahitan, mesin rumput, peralatan penyediaan kuih-muih serta peralatan perikanan sebagai pemangkin kepada usaha meningkatkan pendapatan isi rumah.

Semoga bantuan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi serta kesejahteraan rakyat sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI ke arah pembangunan yang inklusif, sejahtera dan lestari.

Majlis Penyerahan Projek Siap Peruntukan Projek Khas YAB Perdana Menteri (Masjid/Surau) bagi Parlimen P.218 Sibuti! πŸ•Œβœ¨6 ...
10/08/2026

Majlis Penyerahan Projek Siap Peruntukan Projek Khas YAB Perdana Menteri (Masjid/Surau) bagi Parlimen P.218 Sibuti! πŸ•Œβœ¨

6 Ogos 2026 (Khamis)

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Ahli Parlimen P.218 Sibuti dan Dato Jasni bin Jubli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, ICU JPM SARAWAK, bertempat di Dewan Masjid Nurul Yakin, Kampung Muhibah dan Ladang 3.

Syukur, dengan siapnya projek ini, kemudahan rumah ibadat untuk komuniti setempat kini lebih selesa dan lengkap untuk kegunaan bersama.

Mesyuarat Penyelarasan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) di bawah Unit Penyelarasan Pel...
10/08/2026

Mesyuarat Penyelarasan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 5 Ogos 2026 (Rabu).
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato Jasni bin Haji Jubli, Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak, merangkumi dua lokasi fokus di Miri:
πŸ“ Sesi Pagi (10.00 Pagi): Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) di Kampung Lembah Hijau, Miri.
πŸ“ Sesi Petang (2.30 Petang): Projek Sekolah Angkat MADANI (SAM) di SJK(C) Chung San, Miri.
Sesi mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan projek agar matlamat pembangunan sosioekonomi komuniti dan pemerkasaan kemudahan pendidikan dapat dijayakan secara inklusif dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua wakil agensi serta pihak yang hadir memberikan kerjasama.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hassan bin Juli atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Hassan' atas segala su...
05/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hassan bin Juli atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Hassan' atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang.

Selamat Bersara dan selamat melangkah ke lembaran baharu kehidupan. Terima kasih atas khidmat bakti yang tidak ternilai.

Bye bang Hassan😒

PROGRAM SEJAHTERA MADANI – PENDIDIKAN: SERAHAN BANTUAN PERANTI MADANI TAHUN 2026 UNTUK PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN...
05/08/2026

PROGRAM SEJAHTERA MADANI – PENDIDIKAN: SERAHAN BANTUAN PERANTI MADANI TAHUN 2026 UNTUK PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

LIMBANG, 3 Ogos 2026 (Isnin) – Program Sejahtera MADANI – Pendidikan diteruskan melalui Sesi Serahan Bantuan Peranti MADANI Tahun 2026 yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Miri dan Pejabat Daerah Limbang.

Serahan bantuan telah diberikan kepada seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berjaya memperoleh keputusan 9A. Penerima merupakan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih dan memenuhi syarat kelayakan di bawah inisiatif Program Sejahtera MADANI.

Majlis penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Puan Hasliza binti Sahfari, Pegawai Pembangunan Zon Miri. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mempunyai akses kepada kemudahan pembelajaran yang lebih baik, sekali gus menyokong kecemerlangan mereka di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM SEJATI MADANISebauh, 28-30 Julai - Dengan kerjasama Pejabat Daerah Sebauh dan Jabatan Perkhid...
03/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM SEJATI MADANI

Sebauh, 28-30 Julai - Dengan kerjasama Pejabat Daerah Sebauh dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bintulu, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Miri berkesempatan mengunjungi 8 JKKK di daerah Sebauh bagi menilai status kemajuan dan perkembangan semasa projek SejaTi MADANI.

Dalam masa tersebut, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak menegaskan bahawa komuniti yang menerima geran SejaTi MADANI wajib mematuhi piawaian dan peraturan yang telah digariskan. Antara JKKK yang terlibat adalah -

πŸ“Œ JKKK Bukit Binyo
πŸ“Œ JKKK Bukit Beruak Sungai Binyo
πŸ“Œ JKKK Long Seripa
πŸ“Œ JKKK Hunyei Ayak
πŸ“Œ JKKK Sungai Tekuyung
πŸ“Œ JKKK Sungai Engkasu Tiga
πŸ“Œ JKKK Sungai Rasan Kemena
πŸ“Œ JKKK Sungai Rasan Tubau

Address

Tingkat 1, Blok 2, Wisma Persekutuan Miri, Fasa 1, Jalan Kipas
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Pejabat Zon Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share