Miri Hospital - Official

Miri Hospital - Official Disclaimer: Miri Hospital shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any info

Miri Hospital is located at Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri city center. Miri Hospital has 333 beds and provides a number of specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedic, Obstetrics and Gynaecology, Radiology, Anestiologi, and Children.

30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Saksikan rangkuman video semangat patriotik daripada warga kerja Hospital Miri, yang dizahirkan melalui rangkap-rangkap pantun penuh makna dan jiwa kebangsaan.

Sempena 69 tahun kemerdekaan Malaysia, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai erti kemerdekaan serta terus berganding bahu membina sebuah negara yang lebih sihat, sejahtera dan harmoni.

πŸŽ‰ Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati





KURSUS PENGURUSAN JENAZAHUnit Hal Ehwal Islam, Hospital Miri dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) t...
27/08/2026

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Miri dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada Isnin lalu (24 Ogos 2026). Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan SOP pengurusan jenazah di hospital, di samping sebagai persediaan dalam menghadapi situasi kematian.

Program ini merangkumi sesi teori pada sebelah pagi dan diteruskan dengan sesi praktikal pada sebelah petang, bagi memberikan pemahaman serta pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada para peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Shafiiee bin Ahmad Amran, Pengerusi HMI Hospital Miri.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan pengurusan jenazah dengan tertib, penuh tanggungjawab dan mengikut tatacara serta SOP yang telah ditetapkan.




πŸ“’ HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JALAN DI KAWASAN STESEN BAS HOSPITAL MIRI (FASA III)Pihak Hospital Miri ingin memak...
27/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JALAN DI KAWASAN STESEN BAS HOSPITAL MIRI (FASA III)

Pihak Hospital Miri ingin memaklumkan bahawa laluan jalan di kawasan stesen bas akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan fasa III.

πŸ—“οΈ Tempoh Penutupan:
28 hingga 29 Ogos 2026 (Jumaat dan Sabtu)

Sepanjang tempoh tersebut, kami memohon kerjasama semua pihak untuk menggunakan laluan alternatif bagi melancarkan trafik di dalam kawasan hospital.

Terima kasih atas kerjasama, kesabaran dan perhatian tuan/puan sepanjang tempoh tersebut.





27/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN KUPON INFAQ : Perkip Cawangan Miri Official

Jom bersama-sama menyumbang melalui Kupon Infaq Perkip Cawangan Miri Official.

πŸ“Œ Tujuan Infaq:
β€’ πŸ•Œ Menyokong pembangunan Surau Al-Jannah Hospital Miri
β€’ πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’» Membantu urusan pengurusan dan aktiviti Perkip Cawangan Miri Official

🀲 Pihak Perkip Cawangan Miri Official mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang dermawan untuk berinfaq seikhlas hati mengikut kemampuan masing-masing.

✨ Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana, membawa makna yang besar.
✨ Semoga amal jariah yang ikhlas daripada anda semua menjadi bekalan amalan yang berterusan serta mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

πŸ“± Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan hebahan terkini, sila ikuti Perkip Cawangan Miri Official




πŸ”₯✨ MIRI, IT’S TIME TO TURN UP THE GLOW! ✨πŸ”₯πŸ’— THE BIGGEST GLOW PARTY FOR A CAUSE IS COMING!Get ready, MIRI! πŸ’ƒπŸ•ΊOne night. O...
26/08/2026

πŸ”₯✨ MIRI, IT’S TIME TO TURN UP THE GLOW! ✨πŸ”₯

πŸ’— THE BIGGEST GLOW PARTY FOR A CAUSE IS COMING!
Get ready, MIRI! πŸ’ƒπŸ•Ί
One night. One stage. One powerful mission. πŸŽ€

ZUMBA FEST – THE JOURNEY: GLOW FOR HOPE is bringing you an electrifying night packed with:

πŸ”₯ HIGH-ENERGY ZUMBA
🎢 LIVE SAPE PERFORMANCE
🎀 MINI CONCERT
🎁 EXCITING LUCKY DRAW
✨ And a whole lot of GLOW!

But this is more than just a party… πŸ’—
Every move, every beat and every glow carries a message of HOPE in support of Breast Cancer Awareness. πŸŽ€

πŸ“… 31 OCTOBER 2026 | SATURDAY
⏰ 5.30 PM – 10.30 PM
πŸ“ FORUM CULTURAL CENTER, MIRI
🚨 EARLY BIRD SPECIAL β€” ONLY RM80!

Your ticket includes:
πŸ‘• Exclusive Glow-in-the-Dark T-Shirt
✨ Glow Accessories
πŸŽ’ Drawstring Bag
πŸ₯€ Light Refreshment

⚠️ DON’T WAIT UNTIL IT’S TOO LATE!
Gather your friends, bring your energy, put on your dancing shoes and get ready to LIGHT UP THE NIGHT FOR A BEAUTIFUL CAUSE! πŸ”₯✨

πŸ“² SCAN THE QR CODE NOW & SECURE YOUR SPOT!
πŸ’– COME FOR THE PARTY.
πŸ”₯ STAY FOR THE ENERGY.
πŸŽ€ DANCE FOR THE CAUSE.
✨ GLOW FOR HOPE






πŸ’š SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸ’šSalam Maulidur Rasul 1448H diucapkan kepada seluruh umat Islam.Semoga sambutan penuh keber...
24/08/2026

πŸ’š SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸ’š

Salam Maulidur Rasul 1448H diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan penuh keberkatan ini menguatkan semangat kita untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam melaksanakan amanah, serta berganding bahu membangun ummah MADANI yang sihat, sejahtera dan harmoni.

β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati”

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Hospital Miri





24/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ KLIP VIDEO LAGU TEMA HKHM 2026, β€œAKU BERJANJI” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh bersama-sama kita hayati klip video lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, β€œAku Berjanji”, yang disertai dengan mesej kenegaraan sebagai suntikan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, marilah kita menyemarakkan semangat cinta akan negara, menghargai kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kita Malaysia. Kita Bersatu. πŸ‡²πŸ‡Ύ








Salam Sejahtera. DIREKTORI LOKASI DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL MIRI Sila rujuk infografik bagi direktori Lokasi dan Perkhid...
20/08/2026

Salam Sejahtera.

DIREKTORI LOKASI DAN PERKHIDMATAN HOSPITAL MIRI

Sila rujuk infografik bagi direktori Lokasi dan Perkhidmatan Hospital Miri bertujuan untuk memudahkan pesakit, waris, pelawat serta orang awam untuk mendapatkan maklumat berkaitan lokasi jabatan, unit, klinik, wad, dan kemudahan yang terdapat di Hospital Miri.

Semoga informasi ini dapat membantu tuan/puan sedikit sebanyak semasa berurusan di Hospital Miri.






Salam Sejahtera.Para pelanggan Hospital Miri yang dihormati,HARGAI HARTA BENDA AWAM, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMAHarta ben...
20/08/2026

Salam Sejahtera.
Para pelanggan Hospital Miri yang dihormati,

HARGAI HARTA BENDA AWAM, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Harta benda awam di hospital bukan milik individu, tetapi milik bersama. Setiap kerusi dan kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua pihak termasuklah pesakit, pelawat, dan warga kerja Hospital Miri.

Tindakan merosakkan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi turut menjejaskan keselesaan dan keselamatan orang lain.





πŸ“’ HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JALAN DI KAWASAN STESEN BAS HOSPITAL MIRI (FASA II)Pihak Hospital Miri ingin memakl...
19/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA LALUAN JALAN DI KAWASAN STESEN BAS HOSPITAL MIRI (FASA II)

Pihak Hospital Miri ingin memaklumkan bahawa laluan jalan di kawasan stesen bas akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan fasa II.

πŸ—“οΈ Tempoh Penutupan:
21 hingga 22 Ogos 2026 (Jumaat dan Sabtu)

Sepanjang tempoh tersebut, kami memohon kerjasama semua pihak untuk menggunakan laluan alternatif bagi melancarkan trafik di dalam kawasan hospital.

Terima kasih atas kerjasama, kesabaran dan perhatian tuan/puan sepanjang tempoh tersebut.





Address

Jalan Cahaya
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Miri Hospital - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Miri Hospital - Official:

Shortcuts

Share