Polis Daerah Miri

Polis Daerah Miri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Miri, Government Organization, Miri.

PENGESAHANKES KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN LAMPU ISYARAT EMART TUDAN DAERAH MIRIPada 05.09.2026 jam lebih kurang 2035 ...
06/09/2026

PENGESAHAN
KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN LAMPU ISYARAT EMART TUDAN DAERAH MIRI

Pada 05.09.2026 jam lebih kurang 2035 hrs satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Lampu Isyarat berdekatan dengan Emart Tudan daerah Miri.

Ketua Polis Daerah Miri mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Prado berdaftar dari Negara Brunei Darussalam di kawasan Jalan Lampu Isyarat Emart Tudan, Miri.

Berdasarkan siasatan awal, kenderaan tersebut telah dipandu oleh satu lelaki warga asing berumur 30-an yang dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah sebelum melanggar satu buah motosikal yang ditunggang oleh satu perempuan warga tempatan berumur 30-an. Penunggang motosikal telah mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan susulan di klinik swasta. Setakat ini tiada perlanggaran melibatkan kenderaan lain dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Susulan kejadian tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah berjaya mengesan dan menahan suspek bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan Sempadan Sungai Tujoh, Miri selepas mendapat bantuan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei Daerah Belait.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Suspek dan kenderaan berkenaan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri bagi tujuan siasatan lanjut.

Pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Mohd Faizul bin Ab. Rahim di talian 014-8582582 / 085-430479 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Pihak polis juga menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

(ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah)
Ketua Polis Daerah Miri

OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD MIRI PERKUKUH KESELAMATAN KOMUNITIMiri, 6 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah ...
06/09/2026

OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD MIRI PERKUKUH KESELAMATAN KOMUNITI

Miri, 6 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri terus komited memperkukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Peringkat IPD Miri yang telah dilaksanakan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Miri pada malam 5 September 2026.

Operasi yang berlangsung dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi itu melibatkan seramai 42 pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian dan Balai Polis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri.

Penugasan telah dilaksanakan secara bersepadu menerusi tiga pasukan dengan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan, termasuk pemeriksaan pusat hiburan, individu dan kenderaan.

Pasukan AADK Miri telah menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 23 individu yang terdiri daripada 19 lelaki dan empat perempuan.

Sepanjang pelaksanaan operasi, tiada tangkapan, rampasan atau saman dikeluarkan dan keseluruhan penugasan berlangsung dalam keadaan baik, lancar serta terkawal.

Pelaksanaan operasi secara bersepadu seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PDRM dalam meningkatkan kehadiran polis di lapangan, mencegah kegiatan jenayah serta memperkukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam.

IPD Miri akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam persekitaran yang selamat, aman dan sejahtera.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

20 BUAH MOTOSIKAL DIPERIKSA, 1 PENUNGGANG MOTOSIKAL DITAHAN DALAM OP MOTOSIKAL DI KAWASAN BANDAR MIRIMiri, 05 September ...
06/09/2026

20 BUAH MOTOSIKAL DIPERIKSA, 1 PENUNGGANG MOTOSIKAL DITAHAN DALAM OP MOTOSIKAL DI KAWASAN BANDAR MIRI

Miri, 05 September 2026 – Sebanyak 15 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah berkata, operasi yang dilaksanakan pada 05 September 2026 bermula jam 10.00 malam sehingga jam 4.00 pagi itu tertumpu di kawasan Bandar Miri, Jalan Bintang, Jalan Marina, Jalan Miri Bypass dan Jalan Brighton. Operasi tersebut dijalankan bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta ketenteraman awam.

Sepanjang operasi, seramai 19 lelaki dan 1 perempuan telah diperiksa bersama 20 buah motosikal. Dalam operasi ini juga seorang penunggang motosikal tempatan berusia 24 tahun turut ditahan dibawah seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan 1987 diatas kesalahan mempamerkan nombor pendaftran palsu jika disabitkan bersalah denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000, atau
penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dilakukan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan 15 keping saman dikeluarkan atas kesalahan yang dikesan.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah menunggang tanpa lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, pengubahsuaian ekzos sehingga menghasilkan bunyi bising, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ serta lain-lain kesalahan teknikal.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak melakukan pengubahsuaian yang menyalahi spesifikasi asal kenderaan serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan boleh disalurkan kepada IPD Miri atau balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.




LELAKI DIHUKUM PENJARA (6) BULAN DAN (1) SEBATAN BAGI KESALAHAN MENYALAHGUNAKAN HARTA DENGAN CURANG.Miri, 4 September 20...
05/09/2026

LELAKI DIHUKUM PENJARA (6) BULAN DAN (1) SEBATAN BAGI KESALAHAN MENYALAHGUNAKAN HARTA DENGAN CURANG.

Miri, 4 September 2026 – Mahkamah Majitsret Miri hari ini menjatuhkan hukuman (6) bulan penjara dan (1) sebatan ke atas seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun yang mengaku telah mengambil dan menggunakan kad debit mangsa jenayah rompakan yang dilakukan oleh rakannya untuk membeli minyak di stesen Petronas yang merupakan satu kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Kejadian rompakan tersebut telah dilaporkan berlaku pada 21 Ogos 2026 sekitar jam 5.30 pagi di Evo Mini Mart Tudan apabila seorang lelaki telah memecahkan pintu kedai yang berkunci dan telah mencederakan juruwang yang bertugas dengan menggunakan sebilah parang. Antara barang-barang berharga yang telah dibawa lari dalam kejadian tersebut ialah dua buah telefon bimbit, dompet mangsa yang mengandungi kad debit serta wang tunai milik premis perniagaan sebanyak RM 400.

Ketua Polis Daerah Miri menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati pada setiap masa agar tidak mudah menjadi mangsa jenayah dan selalu membuat persediaan terlebih dahulu bagi menghadapi sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka.

Sebarang maklumat perlu disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran dengan segera. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan undang-undang negara sentiasa terpelihara.



DUA LELAKI DIHUKUM PENJARA BAGI KESALAHAN KHIANAT KE ATAS KABEL TELEKOMUNIKASI.Miri, 4 September 2026 – Mahkamah Majistr...
05/09/2026

DUA LELAKI DIHUKUM PENJARA BAGI KESALAHAN KHIANAT KE ATAS KABEL TELEKOMUNIKASI.

Miri, 4 September 2026 – Mahkamah Majistret Miri menjatuhkan hukuman penjara selama (6) dan (10) bulan masing-masing ke atas dua lelaki lelaki tempatan berumur 33 dan 26 tahun yang mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan Khianat dengan memotong atau membencanakan kabel.

Pada 26 Ogos 2026 sekitar jam 3.25 pagi, (3) Pegawai Polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) semasa membuat rondaan cegah jenayah telah melihat sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih diparkir di tepi Jalan Kampung Cina, Lutong Baru dalam keadaan lampu kecemasan dipasang dan dalam masa yang sama juga kelihatan dua lelaki sedang leka memotong dan menarik kabel bawah tanah. Seterusnya pihak polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas kedua-dua lelaki berkenaan dan berjya merampas (5) gulung kabel yang telah dipotong berukuran 70 meter, alat pemotong kabel, sebilah gergaji besi dan sebuah jimlock. Siasatan awal mendapati mereka telah memotong kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia Bhd.
Pihak Pengurursan Syarikat Telekom Malaysia Bhd yang kemudiannya mendapat tahu mengenai kejadian ini telah membuat pemeriksaan dan mendapati jumlah kerugian yang dialami ialah sebanyak RM 5,000.

Ketua Polis Daerah Miri memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui kegiatan jenayah sebegini agar tampil segera memberi maklumat kepada pihak polis agar kegiatan membencanakan kabel telekomunikasi ini dapat dihindarkan kerana ia sering menganggu talian perhubungan telefon dan internet awam.

Sebarang maklumat perlu disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran dengan segera. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan undang-undang negara sentiasa terpelihara.



11 BUAH MOTOSIKAL DIPERIKSA, 20 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP SAMSENG JALANAN DI KAWASAN BANDAR MIRIMiri, 01 September 2026...
01/09/2026

11 BUAH MOTOSIKAL DIPERIKSA, 20 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP SAMSENG JALANAN DI KAWASAN BANDAR MIRI

Miri, 01 September 2026 – Sebanyak 20 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah berkata, operasi yang dilaksanakan pada 31 Ogos 2026 bermula jam 10.00 malam sehingga 01 September 2026 jam 3.00 pagi itu tertumpu di kawasan Bandar Miri, Jalan Piasau, Jalan Marina, Jalan Miri Bypass, Canada Hills dan Tanjong Lobang. Operasi tersebut dijalankan bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta ketenteraman awam.

Sepanjang operasi, seramai 35 lelaki dan 3 perempuan telah diperiksa bersama 11 buah motosikal. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dilakukan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan 20 keping saman dikeluarkan atas kesalahan yang dikesan.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah menunggang tanpa lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, pengubahsuaian ekzos sehingga menghasilkan bunyi bising, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ serta lain-lain kesalahan teknikal.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak melakukan pengubahsuaian yang menyalahi spesifikasi asal kenderaan serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan boleh disalurkan kepada IPD Miri atau balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.




OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH SEMPENA AMBANG MERDEKA TAHUN 2026MIRI, 30 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri tel...
31/08/2026

OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH SEMPENA AMBANG MERDEKA TAHUN 2026

MIRI, 30 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah melancarkan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Sempena Ambang Merdeka tahun 2026 melibatkan 109 orang anggota dari PDRM dan pelbagai agensi penguatkuasaan bermula 30 Ogos 2026 jam 11.00 malam hingga 31 Ogos 2026 jam 4.00 pagi.

Operasi yang meliputi seluruh kawasan pentadbiran IPD Miri itu disertai 73 anggota PDRM dan 36 anggota daripada 6 agensi iaitu Jabatan Kastam, KPDNKK, JPJ, Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan JHEAINS.

Ketua Polis Daerah Miri berkata, operasi bersepadu ini melibatkan 9 pasukan yang menjalankan pemeriksaan ke atas individu, kenderaan dan premis hiburan secara serentak.

Seramai 420 individu dan 320 buah kenderaan telah diperiksa. Sebanyak 96 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Antara kesalahan utama adalah tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos dan struktur kenderaan. Dalam operasi itu, 20 buah motosikal turut disita di Balai Polis Trafik Miri di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemeriksaan pusat hiburan telah dijalankan oleh pasukan gabungan BSJ, BSJN, MBM, Imigresen, Kastam, KPDNKK dan JHEAINS. Hasil pemeriksaan mendapati semua premis mematuhi waktu operasi yang ditetapkan. Bagaimanapun, 3 lelaki tempatan telah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah melalui ujian air kencing.

Menurut KPD Miri, sepanjang operasi berjalan, tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan. Operasi ini bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Kerjasama semua agensi amat dihargai dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

20 BUAH MOTOSIKAL DIPERIKSA, 35 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP SAMSENG JALANAN DI KAWASAN BANDAR MIRIMiri, 31 Ogos 2026 – Se...
31/08/2026

20 BUAH MOTOSIKAL DIPERIKSA, 35 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP SAMSENG JALANAN DI KAWASAN BANDAR MIRI

Miri, 31 Ogos 2026 – Sebanyak 35 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah berkata, operasi yang dilaksanakan pada 30 Ogos 2026 bermula jam 10.00 malam sehingga 31 Ogos 2026 jam 4.30 pagi itu tertumpu di kawasan Bandar Miri, Jalan Piasau, Jalan Marina, Jalan Miri Bypass, Canada Hills dan Tanjong Lobang. Operasi tersebut dijalankan bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta ketenteraman awam.

Sepanjang operasi, seramai 45 lelaki dan 10 perempuan telah diperiksa bersama 20 buah motosikal. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dilakukan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan 35 keping saman dikeluarkan atas kesalahan yang dikesan.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah menunggang tanpa lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, pengubahsuaian ekzos sehingga menghasilkan bunyi bising, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ serta lain-lain kesalahan teknikal.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak melakukan pengubahsuaian yang menyalahi spesifikasi asal kenderaan serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan boleh disalurkan kepada IPD Miri atau balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.




LELAKI DIHUKUM PENJARA (12) BULAN KERANA MENCURI RIM KERETA Miri, 27 Ogos 2026 – Mahkamah Majitsret Miri hari ini menjat...
28/08/2026

LELAKI DIHUKUM PENJARA (12) BULAN KERANA MENCURI RIM KERETA

Miri, 27 Ogos 2026 – Mahkamah Majitsret Miri hari ini menjatuhkan hukuman (12) bulan dan denda RM 2,000 ke atas seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri dua buah rim kereta pada 16 Ogos 2026 di sebuah premis perniagaan di Jalan Miri By-pass, Miri.

Pada hari kejadian, pengadu menyedari setor premis miliknya telah dimasuki oleh seorang lelaki yang tidak dikenali setelah menerima notifikasi CCTV melalui telefon bimbitnya dan pengadu melihat individu tersebut telah memanjat pagar dan mencuri rim kereta yang disimpan dalam setor premis milik pengadu.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati setor tempat kejadian adalah tidak berbumbung dan hanya berpagar tembok konkrit yang digunakan untuk menyimpan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sementara dibaik pulih.

Seterusnya pihak polis yang diketuai oleh Asisten Superintenden (ASP) Goldy telah berjaya menjejak tertuduh di hadapan sebuah premis kediaman di Kampung Pujut Tanjung Batu, Miri dan tertuduh telah ditangkap berkait kejadian ini. Turut berjaya ditemui dan dirampas daripada tertuduh ialah dua buah rim kereta serta resit penjualan dua buah rim yang dicuri berkenaan.

Sebarang maklumat perlu disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran dengan segera. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan undang-undang negara sentiasa terpelihara.



OUT REACH PROGRAM COMMUNITY POLICING IPD MIRI PERKUKUH KERJASAMA PDRM DAN KOMUNITI DI BATU NIAHMIRI, 27 Ogos 2026 – Ibu ...
27/08/2026

OUT REACH PROGRAM COMMUNITY POLICING IPD MIRI PERKUKUH KERJASAMA PDRM DAN KOMUNITI DI BATU NIAH

MIRI, 27 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menganjurkan Out Reach Program Community Policing di Balai Polis Batu Niah pada pagi ini sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan komuniti setempat.

Program yang berlangsung dari jam 08.00 pagi hingga 10.00 pagi telah disempurnakan oleh YDH ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Miri. Turut hadir ialah YDH Supt. Mohd Syafiq Jinuin bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua polis balai, anggota PDRM, pemanca, penghulu, ketua-ketua masyarakat Batu Niah dan wakil-wakil dari setiap ladang di Batu Niah.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program, antaranya ceramah berkaitan jenayah, jenayah komersial, jenayah siber, penyalahgunaan dadah dan judi dalam talian (JOL), sesi dialog bersama pemimpin masyarakat serta sesi ramah mesra bagi mengeratkan hubungan antara PDRM dengan komuniti.

Menerusi program ini, PDRM terus komited mendekati masyarakat, meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan dan pencegahan jenayah, di samping mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada komuniti bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kepolisan.

Program berakhir dengan sesi bergambar dan berlangsung dalam suasana yang harmoni, lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."

Address

Miri

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085432533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Miri:

Shortcuts

Share