Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri

Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam / Pasukan Gerakan Am / Polis Di Raja Malaysia

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ—.Pegawai Pemerintah Batalion 12 YDH Supt. Mazlan ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ serta seluruh warga ...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ—.

Pegawai Pemerintah Batalion 12 YDH Supt. Mazlan ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ serta seluruh warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah negara sebagai simbol kebebasan dan kemerdekaan Tanah Air. Laungan keramat '๐˜”๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข!' yang bergema pada detik bersejarah menjadi lambang semangat patriotisme, keberanian dan kesatuan seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai warga Polis DiRaja Malaysia kami akan terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat patriotik dalam memastikan keamanan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara. Warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am akan terus komited dalam melaksanakan tugas. Menjaga keselamatan sempadan, mempertahankan kedaulatan negara serta membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan sebarang bentuk ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Dalam masa yang sama, kami akan terus bersama-sama memelihara keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama, khususnya di Bumi Kenyalang ini yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kehidupan yang harmoni. Kemerdekaan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi tanggungjawab untuk dipertahankan.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa para pejuang terdahulu serta berganding bahu mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia tercinta.

'๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜”๐˜ˆ๐˜‹๐˜ˆ๐˜•๐˜, ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช'.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Sarawak PGA


๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  ...
30/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— .

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 28 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต) โ€“ Bertempat di Dewan Johnny Mustapha, Batalion 12 Pasukan Gerakan Am, Miri, telah berlangsung Majlis Penutupan dan Perasmian Kejohanan Bola Sepak dan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am serta Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada Pegawai Kanan, Anggota, Kakitangan Awam, Ahli PERKEP serta warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan bagi menggalakkan penglibatan warga pasukan dalam aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat setiakawan serta memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan warga Pasukan Gerakan Am.

Majlis turut dihadiri oleh Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am YDH SAC Datuk ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ ๐—•๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ต๐—ฎ๐—ถ bersama Pengerusi PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am, YBhg. Datin ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ต๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด. Ketibaan tetamu kehormat telah disambut oleh Timbalan Komander Briged Sarawak YDH ACP ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฑ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ฎ๐—ถ bersama Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am YDH Supt. Mazlan ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ serta Pegawai Pemerintah Batalion, Pegawai Kanan, Anggota, Kakitangan Awam, Ahli PERKEP, para peserta pertandingan dan warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru sebagai tanda kecintaan terhadap negara, negeri serta pasukan. Selesai nyanyian lagu-lagu rasmi, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz ๐—™๐—ฎ๐˜‚๐˜‡๐—ถ dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Batalion 12 bagi memohon keberkatan, kesejahteraan serta kelancaran sepanjang majlis yang sedang berlangsung. Bacaan doa tersebut turut menjadi pembuka tirai bagi meneruskan acara seterusnya dalam suasana penuh tertib dan harmoni.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDH Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta sokongan dalam menjayakan penganjuran kejohanan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh peserta yang telah menunjukkan kesungguhan, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh YDH Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Briged Sarawak serta para peserta atas komitmen, latihan, usaha keras dan persediaan yang telah diberikan bagi memastikan pasukan masing-masing berada pada tahap terbaik dalam menghadapi Kejohanan Piala Komander Briged Sarawak dan Kejohanan Piala Pengerusi PERKEP Briged Sarawak. YDH Komander Briged Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam membuat persiapan, menjalani latihan serta memastikan kelancaran penganjuran kejohanan dari awal hingga ke penghujungnya. Beliau turut menyifatkan penglibatan aktif seluruh warga pasukan dalam aktiviti sukan sebagai satu usaha yang sangat baik dalam memupuk semangat kekitaan, disiplin, kerjasama, persahabatan dan persaingan sihat. Dalam ucapan yang sama, beliau turut menekankan bahawa kejayaan sesebuah pasukan bukan hanya diukur melalui kemenangan dan pencapaian yang diperoleh, tetapi turut dinilai melalui semangat juang, disiplin, kesungguhan serta kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap peserta. Beliau berharap agar semangat kesukanan dan kebersamaan yang telah terjalin sepanjang kejohanan ini terus dipelihara dan diperkukuhkan dalam kalangan warga Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Majlis kemudiannya dikejutkan dengan satu pengumuman istimewa oleh ASP. ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—บ dengan sebiji Kek tanda penghargaan sempena pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran '๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ' bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka. Kejutan tersebut telah disambut dengan penuh meriah oleh seluruh warga pasukan sebagai tanda penghargaan, tahniah dan sokongan atas pengurniaan tersebut.

Acara seterusnya diteruskan dengan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Kejohanan Piala Komander Briged Sarawak serta Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Briged Sarawak. Penyampaian hadiah turut diselang-selikan dengan Cabutan Tiket Bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan dan keterujaan dalam kalangan para peserta serta warga pasukan yang hadir. Penyampaian hadiah tersebut turut menjadi kemuncak kepada keseluruhan kejohanan yang telah berlangsung dalam suasana penuh semangat persaingan sihat dan kesukanan. Kejayaan para pemenang merupakan hasil daripada komitmen, latihan, usaha serta semangat juang yang tinggi, manakala penyertaan keseluruhan warga pasukan p**a membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi wadah dalam memperkukuhkan hubungan serta semangat kekitaan.

Sepanjang majlis berlangsung, suasana penuh meriah, ceria dan harmoni jelas terpancar melalui keterlibatan aktif seluruh warga pasukan. Keadaan ini sekali gus mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan warga Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am. Diharapkan agar semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan yang terjalin sepanjang kejohanan ini akan terus diperkasakan serta diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab seharian. Semangat kerja berpasukan yang kukuh amat penting dalam memastikan setiap warga pasukan sentiasa bersedia, berdisiplin dan komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, selaras dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Am.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh peserta yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am YDH Supt. ๐—ž๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—–๐—ต๐—ฒ ๐—ž๐˜‚ ๐—๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ต, Pegawai Pemerintah Batalion 23 Pasukan Gerakan Am, YDH Supt. ๐—™๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฒ๐—น ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ก๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ด, Pegawai Pemerintah Batalion 10 Pasukan Gerakan Am YDH Supt. ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ณ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—ป serta Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Briged Sarawak yang lain.

Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฏ.๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 28 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต) โ€“ Bertempa...
30/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฏ.

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 28 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต) โ€“ Bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bagi tahun 2026 yang melibatkan penyertaan daripada Pegawai, Anggota, serta Kakitangan Awam daripada formasi dan batalion di bawah Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Pada hari terakhir (Day 3) kejohanan, satu acara telah berlangsung pada jam 0945hrs iaitu Kategori Berpasukan (Double) Lelaki. Seramai 10 orang peserta lelaki telah mengambil bahagian yang mewakili lima pasukan, iaitu Briged Sarawak, Batalion 11, Batalion 23, Batalion 10 dan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am.

Pertandingan bagi kategori ini berlangsung dalam suasana yang meriah, penuh debaran serta semangat kesukanan yang tinggi. Setiap peserta memberikan komitmen dan persembahan terbaik dalam usaha membantu pasukan masing-masing mencatatkan jumlah jatuhan pin yang terbaik. Kategori ini turut menjadi antara acara penting dan penentu kepada jumlah keseluruhan kutipan markah kejohanan.

Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap peserta sepanjang kejohanan amatlah membanggakan. Walaupun masing-masing bersaing untuk mendapatkan keputusan terbaik, nilai hormat-menghormati, disiplin, kerjasama dan semangat kekitaan terus dipelihara dalam suasana pertandingan yang sihat dan positif. Kejohanan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am Tahun 2026 ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta menggalakkan penglibatan warga pasukan dalam aktiviti sukan dan riadah. Selain meningkatkan kecergasan fizikal, aktiviti sebegini turut dapat membantu memperkukuhkan semangat berpasukan serta meningkatkan hubungan erat dalam kalangan warga Pasukan Gerakan Am.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan. Semoga semangat kesukanan, kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kecemerlangan Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak.

Turut hadir dan menyertai pertandingan bagi Kategori Berpasukan (Double) Lelaki ini ialah Timbalan Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am YDH ACP. ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฑ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ฎ๐—ถ. Kehadiran serta penyertaan beliau dalam kejohanan ini mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan terhadap aktiviti sukan, di samping menyemarakkan semangat kesukanan, kebersamaan dan hubungan silaturahim dalam kalangan Pegawai Kanan Polis serta warga Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak.

Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ (๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ฉ๐—œ๐—ฃ)๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 27 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜’๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ...
29/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ (๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ฉ๐—œ๐—ฃ)

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 27 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜’๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด) โ€“ Bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bagi tahun 2026 yang melibatkan penyertaan daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pengerusi PERKEP dan Timbalan Pengerusi PERKEP daripada Briged Sarawak serta batalion-batalion di bawah naungan Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Majlis dimulakan dengan pengumuman oleh pengacara majlis ketibaan Timbalan Komander Briged Sarawak YDH ACP. ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฑ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ฎ๐—ถ bersama Pengerusi PERKEP Briged Sarawak YBhg. Datin ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ต๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด yang diiringi oleh Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am. Ketibaan tetamu kehormat kemudiannya disusuli dengan laporan oleh Pegawai Pelapor, Insp. ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ selaku Konvener Bowling Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Beliau melaporkan kehadiran pasukan yang terdiri daripada Pegawai, Anggota, Kakitangan Awam serta ahli-ahli PERKEP yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung.

Sebelum acara pertandingan dimulakan bagi Kategori VIP, majlis diteruskan dengan acara simbolik Gimik Kejohanan melalui balingan latihan oleh Timbalan Komander Briged Sarawak dan Pengerusi PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am. Acara tersebut menjadi simbolik bermulanya Kejohanan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bagi tahun 2026.

Pertandingan bagi Kategori VIP, iaitu acara Berpasukan (Double), kemudiannya bermula pada jam 1930hrs dalam suasana penuh meriah dan semangat kesukanan. Kejohanan ini turut mendapat sokongan padu daripada para peserta yang hadir dari seluruh Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji kemahiran dan prestasi dalam sukan tenpin bowling, malah turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuhkan semangat kekitaan antara warga Briged Sarawak dan batalion-batalion Pasukan Gerakan Am.

Selesai pertandingan bagi Kategori VIP, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Konvener Bowling daripada Batalion-batalion sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kejohanan. Acara kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar berkump**an bersama para peserta sebagai tanda kenang-kenangan serta mengabadikan detik kebersamaan sepanjang kejohanan berlangsung.

Turut hadir dalam kejohanan tersebut ialah Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am iaitu Pegawai Pemerintah Batalion 12 YDH Supt. Mazlan bin Mohamed, Pegawai Pemerintah Batalion 11 YDH Supt. Ku Majidin bin Che Ku Jusoh, Pegawai Pemerintah Batalion 23 YDH Supt. Frediel anak Nyambong, Pegawai Pemerintah Batalion 10 YDH Supt. Yusuf bin Baki Khan bersama Pegawai-pegawai Kanan Polis serta warga Pasukan Gerakan Am yang lain.

Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ.๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 27 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜’๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด) โ€“ ...
27/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ.

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 27 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜’๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด) โ€“ Bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bagi tahun 2026 yang melibatkan penyertaan daripada Ahli-Ahli PERKEP daripada formasi dan batalion di bawah Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Pada hari kedua kejohanan, sebanyak dua acara telah berlangsung serentak pada jam 0945hrs, iaitu Kategori Berpasukan (Trio) dan Kategori Berpasukan (Double). Kehadiran Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri YBhg. Puan ๐—ก๐—ผ๐—ฟ Azeani ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป turut menyerikan kejohanan dengan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada Ahli-Ahli PERKEP yang hadir. Dalam ucapan tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli PERKEP yang sudi hadir serta mengambil bahagian dalam kejohanan ini, khususnya peserta yang datang dari jauh mewakili Briged dan Batalion dari Bandaraya Kuching, Sri Aman, Sibu dan Limbang. Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat dihargai dan mencerminkan semangat kekitaan, kerjasama serta ukhuwah yang kukuh dalam kalangan Ahli PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Bagi Kategori Berpasukan (Trio), seramai 18 orang Ahli PERKEP telah mengambil bahagian yang mewakili 6 pasukan daripada formasi dan batalion di bawah Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am, iaitu Briged Sarawak, Batalion 11, Batalion 23, Batalion 10 dan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Dalam masa yang sama, Kategori Berpasukan (Double) turut berlangsung dengan penyertaan seramai 12 orang Ahli PERKEP yang mewakili 6 pasukan daripada formasi dan batalion yang sama, iaitu Briged Sarawak, Batalion 11, Batalion 23, Batalion 10 dan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am.

Pertandingan bagi kedua-dua kategori berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan. Para peserta menunjukkan komitmen, kesungguhan serta semangat juang yang tinggi bagi memberikan persembahan terbaik untuk pasukan masing-masing. Persaingan yang berlangsung turut memperlihatkan semangat persaingan secara sihat dalam kalangan peserta tanpa mengetepikan nilai kerjasama dan persahabatan. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat serta meningkatkan kemahiran dalam sukan tenpin bowling, malah turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan Ahli-Ahli PERKEP daripada pelbagai formasi dan batalion di bawah Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Kehadiran peserta dari pelbagai lokasi seperti Bandaraya Kuching, Sri Aman, Sibu dan Limbang jelas memperlihatkan komitmen serta sokongan padu Ahli-Ahli PERKEP terhadap penganjuran kejohanan ini. Jarak perjalanan yang jauh tidak menjadi penghalang untuk bersama-sama memeriahkan kejohanan serta menyemarakkan semangat kekeluargaan PERKEP. Secara keseluruhannya, Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am berlangsung dengan lancar, meriah dan penuh semangat kesukanan. Semoga penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim, meningkatkan semangat berpasukan serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kalangan Ahli-Ahli PERKEP.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran penganjuran Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bagi tahun 2026. Semoga semangat kesukanan, kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin melalui kejohanan ini terus diperkukuhkan demi memastikan PERKEP sentiasa menjadi wadah yang menyatukan seluruh warga keluarga Pasukan Gerakan Am.

Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿญ.๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 26 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ) โ€“ Bertempat ...
26/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—  โ€“ ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿญ.

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 26 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ) โ€“ Bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bagi tahun 2026 yang melibatkan penyertaan daripada Pegawai, Anggota, Kakitangan Awam serta Ahli PERKEP daripada formasi dan batalion di bawah Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Pada hari pertama (Day 1) kejohanan, sebanyak dua acara telah berlangsung serentak pada jam 0945hrs, iaitu Kategori Berpasukan (Trio) Lelaki dan Kategori Berpasukan (Trio) Wanita. Bagi Kategori Berpasukan (Trio) Lelaki, seramai 15 orang peserta lelaki telah mengambil bahagian yang mewakili 5 pasukan, iaitu Briged Sarawak, Batalion 11, Batalion 23, Batalion 10 dan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Dalam masa yang sama, Kategori Berpasukan (Trio) Wanita turut berlangsung dengan penyertaan seramai 15 orang peserta wanita yang mewakili 5 pasukan daripada formasi dan batalion yang sama, iaitu Briged Sarawak, Batalion 11, Batalion 23, Batalion 10 dan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am.

Pertandingan bagi kedua-dua kategori tersebut berlangsung dalam suasana yang meriah, kompetitif dan penuh semangat kesukanan. Setiap peserta memberikan komitmen serta persembahan terbaik dalam usaha membantu pasukan masing-masing mencatatkan kutipan jatuhan pin yang terbaik.

Seterusnya, pada jam 1700hrs, kejohanan diteruskan dengan Kategori Khas (Double) Pegawai Kanan Polis (PKP) yang melibatkan seramai 18 orang Pegawai Kanan Polis daripada 5 pasukan, iaitu Briged Sarawak, Batalion 11, Batalion 23, Batalion 10 dan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Kategori khas ini turut berlangsung dalam suasana penuh semangat persaingan sihat, di samping menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan profesional dan silaturahim dalam kalangan Pegawai Kanan Polis yang mengambil bahagian.

Turut hadir dan menyertai pertandingan bagi Kategori Khas (Double) Pegawai Kanan Polis (PKP) ialah Timbalan Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am YDH ACP. ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฑ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ฎ๐—ถ. Kehadiran serta penyertaan beliau dalam kejohanan ini mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan terhadap aktiviti sukan, di samping menyemarakkan semangat kesukanan, kebersamaan dan hubungan silaturahim dalam kalangan Pegawai Kanan Polis serta warga Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak yang lainnya.

Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” โ€œ๐—™๐—Ÿ๐—”๐—š ๐—ข๐—™๐—™โ€ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ...
25/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” โ€œ๐—™๐—Ÿ๐—”๐—š ๐—ข๐—™๐—™โ€ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— .

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 25 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ข) โ€“ Bertempat di Bilik Mesyuarat Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera โ€œ๐˜๐˜ญ๐˜ข๐˜จ ๐˜–๐˜ง๐˜งโ€ kepada Pasukan Bola Sepak serta Tenpin Bowling Batalion 12 sempena Kejohanan Bola Sepak dan Tenpin Bowling Piala Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 12 YDH Supt. Mazlan ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ diiringi Penolong Pegawai Pemerintah YDH DSP. Jinonis Okong serta turut dihadiri oleh Pegawai, Anggota, Kakitangan Awam dan Ahli PERKEP yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

Sebelum upacara rasmi penyerahan bendera dilaksanakan, YDH Pegawai Pemerintah telah menyampaikan kata-kata semangat, amanat dan nasihat kepada para peserta agar membuat persiapan yang rapi serta sentiasa mengekalkan tahap disiplin dan semangat kesukanan sepanjang menghadapi kejohanan. Dalam amanat tersebut, beliau turut menekankan kepentingan menjaga kecergasan fizikal, kesihatan, pemakanan serta mendapatkan rehat yang mencukupi bagi memastikan setiap peserta berada dalam keadaan terbaik dan bersedia memberikan persembahan yang optimum ketika kejohanan berlangsung. Beliau turut mengingatkan para peserta agar membawa nama dan imej Batalion 12 dengan penuh rasa tanggungjawab serta menunjukkan semangat juang, kerjasama dan kesepaduan yang tinggi. Di akhir amanatnya, YDH Pegawai Pemerintah turut mendoakan agar seluruh pasukan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menyertai kejohanan tersebut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sesi Penyerahan Bendera Pasukan dan Penyerahan Jersi Pertandingan kepada Pegawai Pemerintah sebagai simbolik penyertaan rasmi Pasukan Bola Sepak dan Pasukan Tenpin Bowling Batalion 12 PGA dalam kejohanan yang bakal berlangsung. Penyerahan tersebut turut menjadi simbolik amanah, sokongan dan kepercayaan pihak pengurusan Batalion 12 kepada para peserta yang akan membawa nama pasukan dalam kejohanan berkenaan. Ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat, keyakinan dan motivasi kepada seluruh peserta untuk memberikan komitmen serta prestasi terbaik.

Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk menguji tahap kecergasan dan kemahiran para peserta, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat setiakawan, kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pasukan Gerakan Am. Diharapkan agar Pasukan Bola Sepak dan Pasukan Tenpin Bowling Batalion 12 PGA dapat memberikan saingan yang terbaik, menjunjung tinggi semangat kesukanan serta mencapai kejayaan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama Batalion 12 Pasukan Gerakan Am di peringkat Briged Sarawak.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Kompeni Komander Kompeni 'A' ASP. ๐—•๐—ฟ๐˜‚๐—ถ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด dan Komander Kompeni 'B' ASP. ๐—”๐˜‡๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ.

"๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™ช๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ฅ๐™–๐™ž ๐™†๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ฎ๐™–๐™–๐™ฃ".

Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

Address

Batalion 12, Pasukan Gerakan Am(PGA), Jalan Miri-Bintulu
Miri
98000

Telephone

+6085420035

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category