28/07/2026
๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ (๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ) ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
25 โ 26 Julai 2026 | Sabtu & Ahad
Pejabat RELA Daerah Mersing telah menganjurkan Kem Tahunan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor Tahun 2026 yang berlangsung di Pantai Teluk Gorek, Mersing.
Penganjuran program ini merupakan platform pembangunan kompetensi anggota RELASIS yang bertujuan memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran, memantapkan disiplin serta menyemai nilai kepimpinan dalam kalangan pelatih selaras dengan silibus kokurikulum Briged RELASIS. Sepanjang dua hari program berlangsung, para pelatih telah mengikuti pelbagai modul latihan yang menekankan aspek teori dan amali bagi membentuk anggota yang lebih berdaya saing, cekap serta bersedia menghadapi pelbagai situasi di lapangan.
Antara modul yang telah dilaksanakan ialah:
โข Khidmat Bakti RELA
โข Asas Pertolongan Cemas dan Kaedah Asas Menyelamat
โข Kemahiran Menyelamat
โข Asas Ikatan dan Simp**an
โข Tatacara Pengurusan dan Operasi
โข Pengurusan Bencana dan Krisis
โข Ilmu Kemahiran Medan (IKM)
โข Asas Ikhtiar Hidup
โข Kaedah Pandu Arah
Majlis Penutupan Kem Tahunan ini telah disempurnakan oleh Ts. Suhana binti Ismail, Komander Briged RELASIS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah merangkap Penyelaras Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor; PPgKR Nurazmi bin Sulaiman, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing (Operasi); PPgKR Fakhrul Haslam bin Yusof, Penolong Pegawai RELA Daerah Johor Bahru; PgKR (Bersekutu) Mahezan bin Karmon, Adjutan Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor; serta Ts. Mohamad Zamri bin Jamil, Pegawai Logistik Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor.
Pejabat RELA Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM Mersing), PPgKR Nurazmi bin Sulaiman serta seluruh barisan jurulatih RELA Daerah Mersing atas komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam menyampaikan latihan, berkongsi kepakaran serta membimbing para peserta sepanjang program berlangsung.
Diharapkan penganjuran kem ini menjadi medan yang berkesan dalam melahirkan anggota RELASIS yang berilmu, berdisiplin, berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi. Semoga jalinan kerjasama strategik antara RELA, institusi pengajian tinggi dan agensi yang terlibat akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi sukarelawan yang sentiasa bersedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)