RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR

RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR, Government Organization, Bangunan JKR, 290, Jalan Ibrahim, Mersing.

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)26 Ogos 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Briged...
26/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

26 Ogos 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) telah dilaksanakan di Politeknik Mersing Johor (PMJ) bermula jam 2.00 petang mengikut silibus yang telah ditetapkan.

Bagi anggota RELASIS 1, sesi pembelajaran telah memberi penekanan kepada tajuk Kepimpinan, Komunikasi dan Pengucapan Awam. Sesi tersebut telah disampaikan oleh Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS Politeknik Mersing Johor.

Sementara itu, anggota RELASIS 2 telah melaksanakan sesi pembentangan Mini Projek/Tunjuk Cara Briged RELASIS. Pembentangan tersebut telah dinilai secara menyeluruh oleh Encik Ts. Mohamad Zamri bin Jamil selaku Pegawai (Bersekutu) Logistik RELASIS.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) telah berjalan dengan lancar dan teratur. Inisiatif seperti ini selaras dengan matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berkemahiran, berkeyakinan serta memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi.








๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)19 Ogos 2026 โ€“ Program Semarak Kibar Ja...
20/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

19 Ogos 2026 โ€“ Program Semarak Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan dengan jayanya di Politeknik Mersing Johor (PMJ), melibatkan penyertaan anggota Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Semester 1 dan Semester 2.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Kelas Kokurikulum Briged RELASIS dan selaras dengan usaha memperkukuh penghayatan terhadap nilai patriotisme, semangat cintakan negara serta jati diri dalam kalangan mahasiswa. Program ini turut menjadi platform bagi menyemarakkan semangat kebangsaan dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menghargai serta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan dan identiti negara.

Salah satu keistimewaan program ini adalah penglibatan sepenuhnya anggota RELASIS Semester 2 dalam mengendalikan dan melaksanakan program tersebut. Tanggungjawab yang diberikan ini menjadi medan terbaik untuk mereka mengaplikasikan kemahiran kepimpinan, pengurusan, komunikasi, kerjasama berpasukan dan disiplin yang telah diterapkan sepanjang mengikuti latihan RELASIS. Penglibatan tersebut turut memberi pengalaman praktikal kepada anggota dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan sesuatu program secara teratur serta berasaskan semangat kesukarelawanan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing merangkap Pegawai Penyelaras Briged RELASIS PMJ; Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS; Encik Ts. Mohamad Zamri bin Jamil, Pegawai (Bersekutu) Logistik RELASIS; Encik Kamarul Faiz bin Mihaj, Pegawai (Bersekutu) Latihan RELASIS; serta para jurulatih RELA Daerah Mersing.

Pejabat RELA Daerah Mersing akan terus komited dalam memperkasa pelaksanaan latihan dan aktiviti kokurikulum Briged RELASIS sebagai platform pembangunan sahsiah, kepimpinan dan disiplin mahasiswa. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berintegriti, berketerampilan, berjiwa sukarela serta mempunyai semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi terhadap negara.

Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ











RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)12 Ogos 2026 - Pelaksanaan Kelas Kokuri...
13/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’)
๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

12 Ogos 2026 - Pelaksanaan Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) terus diperkasakan melalui latihan yang dilaksanakan secara berterusan, selaras dengan silibus yang telah ditetapkan.

Bermula jam 2.00 petang, sesi latihan ini melibatkan pelaksanaan modul yang berbeza mengikut semester. RELASIS Semester 1 mengikuti silibus Asas Kawad Tangan Kosong yang dikendalikan oleh jurulatih RELA Daerah Mersing. Latihan ini memberi penekanan kepada pembentukan disiplin, ketepatan pergerakan, kekemasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota. Manakala RELASIS Semester 2 p**a mengikuti silibus Musketeri Senjata Api yang disampaikan oleh PgR Mohamad Nazir bin Mahlikai, Pegawai RELA Daerah Kluang. Latihan ini memberi pendedahan kepada anggota berkaitan aspek asas musketeri serta pematuhan kepada tatacara dan disiplin latihan.

Turut hadir PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing merangkap Penyelaras Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor, bagi memantau kelancaran pelaksanaan kelas kokurikulum tersebut.

Pada sebelah pagi, para jurulatih turut melaksanakan pemasangan bendera di bangunan Pejabat RELA Daerah Mersing.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota RELASIS, malah turut membentuk disiplin, ketahanan diri, kepimpinan dan semangat kerjasama dalam kalangan siswa dan siswi.

๐Ÿ’ช Berdisiplin, Berkemahiran, Berintegriti โ€” Membentuk Generasi RELASIS yang Berkualiti.











RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‡ ๐†๐„๐‘๐€๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ (๐…๐„๐’๐Š๐„๐–) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ›๏ธโœจOrang Mersing apa kha...
07/08/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‡ ๐†๐„๐‘๐€๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐„๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ (๐…๐„๐’๐Š๐„๐–) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ›๏ธโœจ

Orang Mersing apa khabar? Hujung minggu ni kalau tak tahu nak ke mana, jom pakat ramai-ramai cuci mata dekat Politeknik Mersing Johor!

Paling istimewa, anggota RELASIS kita pun ada buka gerai tau. Sambil-sambil aktif berpersatuan, anggota RELASIS cuba nasib p**ak dalam dunia bisnes. Memang terbaik semangat budak-budak muda ni! ๐Ÿ”ฅ

Meh la singgah support gerai mereka. Beli sikit-sikit pun diorang dah gembira sangat:

๐Ÿ“ Gerai: No. 3

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 7 - 9 Ogos 2026

โฐ Waktu Operasi:
โ€ข 7 Ogos 2026 (Jumaat): 3.00 petang โ€“ 11.30 malam
โ€ข 8 & 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad): 8.30 pagi โ€“ 11.30 malam

๐ŸŸ Ada Jual: Makanan dan Minuman (seperti tertera di poster)

๐˜—๐˜ด๐˜ด๐˜ต๐˜ต... ๐˜•๐˜ช ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ต ๐˜™๐˜Œ๐˜“๐˜ˆ ๐˜‹๐˜ข๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ข๐˜ถ (๐˜ช๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ณ) ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข!

Jumpa anda di sana! Kasi meriah Mersing! ๐Ÿ‘‹๐Ÿ˜Š








๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)05 Ogos 2026 โ€“ Pelaksanaan Kelas Kokur...
06/08/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

05 Ogos 2026 โ€“ Pelaksanaan Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) diteruskan mengikut silibus yang telah ditetapkan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan disiplin anggota RELASIS melalui latihan yang dilaksanakan secara berterusan.

Sesi pembelajaran yang bermula pada jam 2.00 petang telah dibahagikan kepada dua modul latihan iaitu anggota RELASIS 1 mengikuti modul Pengurusan Media Sosial yang disampaikan oleh Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS PMJ. Modul ini memberi pendedahan berkaitan etika penggunaan media sosial, penyediaan kandungan serta kaedah penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan.

Pada masa yang sama, anggota RELASIS 2 telah mengikuti latihan Kemahiran Asas Pertahankan Diri yang dikendalikan oleh jurulatih RELA Daerah Mersing. Latihan ini memberi penekanan kepada teknik asas mempertahankan diri bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, keyakinan diri serta disiplin anggota.

Turut hadir memantau pelaksanaan kelas ialah PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing merangkap Penyelaras RELASIS Politeknik Mersing Johor. Kehadiran beliau adalah bagi menyelaras pelaksanaan kelas, memantau perjalanan setiap modul latihan serta memastikan kokurikulum RELASIS dilaksanakan secara teratur, sistematik dan menepati silibus serta objektif yang telah ditetapkan.

Pada sebelah pagi, barisan jurulatih RELA Daerah Mersing turut melaksanakan Program Khidmat Bakti RELA (KBR) di Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) Felda Nitar 01 Mersing.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini merupakan antara usaha berterusan dalam melahirkan anggota RELASIS yang berpengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi selaras dengan aspirasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)29 Julai 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Brig...
30/07/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

29 Julai 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah dilaksanakan mengikut silibus yang ditetapkan sebagai platform pembangunan kompetensi anggota melalui latihan berterusan bagi membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kesukarelawanan.

Sesi kokurikulum bermula pada jam 2.00 petang dengan pelaksanaan latihan yang dibantu oleh jurulatih. Anggota RELASIS 1 mengikuti modul Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat yang disampaikan oleh Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS Team Alpha, bersama Encik Kamarul Faiz bin Mihaj, Pegawai (Bersekutu) Latihan RELASIS Team Bravo. Modul ini memberi pendedahan kepada anggota mengenai tatacara pengurusan mesyuarat yang sistematik serta kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.

Manakala anggota RELASIS 2 mengikuti modul Khidmat Bakti RELA (KBR) melalui aktiviti membersih, mengemas dan menyimpan semula khemah serta kelengkapan perkhemahan yang digunakan semasa Kem Tahunan Briged RELASIS PMJ. Aktiviti ini dibimbing oleh jurulatih bagi memupuk nilai disiplin, tanggungjawab, semangat kerja berpasukan serta pengurusan aset yang teratur.

Turut hadir meninjau pelaksanaan kelas kokurikulum ialah PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing.

Pada sebelah pagi, jurulatih turut melaksanakan Program Khidmat Bakti RELA (KBR) di Pejabat RELA Daerah Mersing dengan mengemas, menyusun dan menyelenggara peralatan perkhemahan sebagai persediaan menghadapi program-program akan datang.

Pelaksanaan kelas kokurikulum ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat RELA Daerah Mersing dalam melahirkan anggota RELASIS yang berilmu, berdisiplin, berintegriti serta sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara.










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐—ž๐—˜๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ (๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ) ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ25 โ€“ 26 Julai 2026 | Sabtu & AhadPejabat RELA...
28/07/2026

๐—ž๐—˜๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—œ (๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ) ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

25 โ€“ 26 Julai 2026 | Sabtu & Ahad

Pejabat RELA Daerah Mersing telah menganjurkan Kem Tahunan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor Tahun 2026 yang berlangsung di Pantai Teluk Gorek, Mersing.

Penganjuran program ini merupakan platform pembangunan kompetensi anggota RELASIS yang bertujuan memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran, memantapkan disiplin serta menyemai nilai kepimpinan dalam kalangan pelatih selaras dengan silibus kokurikulum Briged RELASIS. Sepanjang dua hari program berlangsung, para pelatih telah mengikuti pelbagai modul latihan yang menekankan aspek teori dan amali bagi membentuk anggota yang lebih berdaya saing, cekap serta bersedia menghadapi pelbagai situasi di lapangan.

Antara modul yang telah dilaksanakan ialah:
โ€ข Khidmat Bakti RELA
โ€ข Asas Pertolongan Cemas dan Kaedah Asas Menyelamat
โ€ข Kemahiran Menyelamat
โ€ข Asas Ikatan dan Simp**an
โ€ข Tatacara Pengurusan dan Operasi
โ€ข Pengurusan Bencana dan Krisis
โ€ข Ilmu Kemahiran Medan (IKM)
โ€ข Asas Ikhtiar Hidup
โ€ข Kaedah Pandu Arah

Majlis Penutupan Kem Tahunan ini telah disempurnakan oleh Ts. Suhana binti Ismail, Komander Briged RELASIS. Turut hadir memeriahkan majlis ialah PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah merangkap Penyelaras Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor; PPgKR Nurazmi bin Sulaiman, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing (Operasi); PPgKR Fakhrul Haslam bin Yusof, Penolong Pegawai RELA Daerah Johor Bahru; PgKR (Bersekutu) Mahezan bin Karmon, Adjutan Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor; serta Ts. Mohamad Zamri bin Jamil, Pegawai Logistik Briged RELASIS Politeknik Mersing Johor.

Pejabat RELA Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM Mersing), PPgKR Nurazmi bin Sulaiman serta seluruh barisan jurulatih RELA Daerah Mersing atas komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam menyampaikan latihan, berkongsi kepakaran serta membimbing para peserta sepanjang program berlangsung.

Diharapkan penganjuran kem ini menjadi medan yang berkesan dalam melahirkan anggota RELASIS yang berilmu, berdisiplin, berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi. Semoga jalinan kerjasama strategik antara RELA, institusi pengajian tinggi dan agensi yang terlibat akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi sukarelawan yang sentiasa bersedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara.










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)22 Julai 2026 โ€“ Sebelum sesi Kelas Kok...
23/07/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

22 Julai 2026 โ€“ Sebelum sesi Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) bermula pada jam 2.00 petang, Jurulatih RELA Daerah Mersing telah mengadakan lawatan tapak pada jam 8.00 pagi bagi meninjau lokasi serta membuat persiapan awal Program Kem Tahunan RELASIS yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 26 Julai 2026.

Kelas kemudiannya diteruskan mengikut silibus yang ditetapkan bagi Semester 1 dan Semester 2. Bagi Semester 1, pelatih RELASIS telah mengikuti latihan Asas Kawad Tangan Kosong yang dikendalikan oleh Jurulatih RELA Daerah Mersing bagi membentuk disiplin, kekemasan dan semangat berpasukan.

Manakala Semester 2 memberi penekanan kepada Khidmat Bakti RELA melalui sesi perancangan dan perbincangan Program Kem Tahunan RELASIS. Taklimat telah disampaikan oleh PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing.

Semoga segala persiapan dan latihan yang dilaksanakan dapat memperkukuh kesiapsiagaan, disiplin serta semangat berpasukan dalam kalangan warga RELASIS demi melahirkan sukarelawan yang berintegriti dan sentiasa bersedia berbakti kepada masyarakat serta negara.










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

23/07/2026
๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)15 Julai 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Brig...
16/07/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐’๐ˆ๐’๐–๐ˆ (๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’) ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐๐Œ๐‰)

15 Julai 2026 โ€“ Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah dilaksanakan mengikut silibus yang ditetapkan bagi Semester 1 dan Semester 2.

Bagi Semester 1, pelatih RELASIS telah mengikuti pembelajaran iaitu Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) dan Ketua Platun RELA (KPR) serta Akta Perundangan dan Integriti RELA yang disampaikan oleh PPgKR Nurazmi bin Sulaiman, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing.

Sementara itu, Semester 2 memberi penekanan kepada Kawalan Kehormatan Pasukan RELA (KKPR) dan Kawad Transformasi RELA (KTR) yang dikendalikan oleh Jurulatih RELA Daerah Mersing.

Pelaksanaan kelas ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan disiplin pelatih RELASIS sebagai persediaan melahirkan anggota yang berintegriti, kompeten dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Jabatan RELA Malaysia.










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Address

Bangunan JKR, 290, Jalan Ibrahim
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077991357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELASIS POLITEKNIK MERSING JOHOR:

Shortcuts

Share