SK Pulau Sibu Mersing

SK Pulau Sibu Mersing SKPS Komited Memacu Kecemerlangan

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูSelamat menyambut Maulidur Rasul. Mari...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ serta menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan kita.

Semoga kita sentiasa mendapat syafaat Baginda ๏ทบ dan dikumpulkan bersama Baginda di syurga Allah SWT. Amin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โค๏ธ Salam Maulidur Rasul daripada warga SK Pulau Sibu.




๐Ÿงช๐Ÿ—๏ธ KARNIVAL STEM SMOAP PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026Tahniah dan syabas kepada adik-adik Azhan, Ainul, Raisyah dan Qalesya...
20/08/2026

๐Ÿงช๐Ÿ—๏ธ KARNIVAL STEM SMOAP PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Tahniah dan syabas kepada adik-adik Azhan, Ainul, Raisyah dan Qalesya yang telah menyertai pertandingan CONE-A-THON dan STRAW TOWER CHALLENGE sempena Karnival STEM SMOAP Peringkat Negeri Johor pada 19 Ogos 2026 di SK Tanah Abang, Mersing. ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฌ

Terima kasih kepada guru-guru atas bimbingan dan sokongan yang diberikan. Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan dan pengalaman berharga buat adik-adik semua. โค๏ธ

Teruskan mencuba, teruskan berkarya! ๐Ÿš€๐Ÿ’ก





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ EKSPLORASI KEMERDEKAAN: MISI JEJAK MERDEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Pada Sela...
20/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ EKSPLORASI KEMERDEKAAN: MISI JEJAK MERDEKA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada Selasa, 18 Ogos 2026, telah berlangsung Eksplorasi Kemerdekaan: Misi Jejak Merdeka sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 di SK Pulau Sibu. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Murid mengambil bahagian secara aktif dan penuh semangat dalam pelbagai misi berkaitan Rukun Negara, Jata Negara, Sejarah Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia dan Peta Malaysia. ๐Ÿ—บ๏ธ๐Ÿ”Ž

Terima kasih kepada semua guru atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam merancang serta menjayakan aktiviti ini. Tahniah dan syabas kepada semua murid yang memberikan kerjasama terbaik sepanjang Misi Jejak Merdeka! ๐Ÿ‘โค๏ธ

Semarakkan semangat patriotisme, hayati erti kemerdekaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




๐ŸŽ™๏ธ PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PATRIOTIK 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Pada Jum...
20/08/2026

๐ŸŽ™๏ธ PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PATRIOTIK 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada Jumaat yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 di Dewan Ukhuwah, SK Pulau Sibu, bermula jam 8.00 pagi.

Pertandingan berjalan dengan lancar dan lebih bermakna dengan kehadiran ibu bapa yang sporting memberikan sokongan serta semangat kepada anak-anak. ๐Ÿ‘โค๏ธ

Dengan mengenakan pakaian kebangsaan, para peserta tampil berani dan penuh yakin sambil menjiwai setiap bait sajak dengan penghayatan dan semangat patriotik.

Pengalaman ini bukan sahaja mencungkil bakat murid, malah meningkatkan keyakinan diri, keberanian berkomunikasi dan kemahiran bercakap di hadapan khalayak.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semoga terus berani mencuba dan menyerlahkan potensi diri.





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan sal...
12/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu telah melaksanakan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 bertempat di Dewan Ukhuwah, SK Pulau Sibu.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Wan Muhd Khushairi bin Wan Ibrahim, Guru Besar SK Pulau Sibu, sebagai tanda bermulanya sambutan yang akan diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanjang bulan kebangsaan. Antaranya pertandingan mewarna telah dijalankan melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan warga SK Pulau Sibu.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




Assalamualaikum dan salam sejahtera๐Ÿ“š PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN MADANI KE SEKOLAH-SEKOLAH PULAU NEGERI JOHOR 2026Sekolah...
04/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

๐Ÿ“š PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN MADANI KE SEKOLAH-SEKOLAH PULAU NEGERI JOHOR 2026

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu berbesar hati menerima kunjungan ini anjuran Sektor Pengurusan Sekolah (Rendah), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

๐Ÿ“… 3 Ogos 2026
๐Ÿ“ Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu

Program ini disertai oleh Tuan Haji Muhamad Ali bin Harun, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor bagi Sektor Pengurusan Sekolah, bersama barisan pegawai JPN Johor dan PPD Mersing melibatkan seramai 25 orang peserta.

Pelaksanaan program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara pihak pengurusan pendidikan dengan sekolah-sekolah pulau, di samping meninjau keperluan serta cabaran bagi memastikan sokongan dan perancangan intervensi yang lebih berkesan.

Semoga usaha ini terus memperkasa Pendidikan Madani serta menyumbang kepada peningkatan kualiti pengurusan sekolah dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah pulau Negeri Johor.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan seluruh delegasi JPN Johor dan PPD Mersing atas kesudian berkunjung, berkongsi pandangan serta memberikan sokongan kepada warga SK Pulau Sibu.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.๐Ÿค– Malaysia Techlympic Zon Selatan 2026SK Pulau Sibu telah menyertai Malaysia Techlym...
26/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

๐Ÿค– Malaysia Techlympic Zon Selatan 2026

SK Pulau Sibu telah menyertai Malaysia Techlympic Zon Selatan 2026 pada 22 Julai 2026 bertempat di TAR UMT, Segamat, Johor.

Penyertaan melibatkan 9 orang murid dengan iringan 3 orang guru. Murid telah mengambil bahagian dalam beberapa kategori pertandingan iaitu Techlympics2026_Cabaran FC-1 AI, Cabaran Robot Tempur dan Cabaran EZBot.

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga dalam memperkukuh kemahiran STEM, kreativiti dan inovasi serta menjadi pemangkin kepada kejayaan murid pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta! ๐ŸŽ‰

๐Ÿฅ‡ TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿฅ‡Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rusyaidi, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) S...
24/07/2026

๐Ÿฅ‡ TAHNIAH & SYABAS! ๐Ÿฅ‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rusyaidi, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pulau Sibu, atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam acara Larian 80 Meter Kategori Sindrom Down di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (KOPK) Daerah Mersing 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: SMK Felda Tenggaroh

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada semua pihak.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring, Cikgu Hasif dan Cikgu Kamil, serta ibu bapa atas bimbingan, komitmen dan dedikasi dalam memastikan penyertaan serta kejayaan anak istimewa ini sepanjang kejohanan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengharumkan nama SK Pulau Sibu pada masa akan datang.

Tahniah Rusyaidi! Anda kebanggaan SK Pulau Sibu. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ…







24/07/2026

INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT

Keselamatan murid bermula dari rumah.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.

โœ… Buka beg bersama anak.
โœ… Periksa setiap ruang beg.
โœ… Pastikan tiada barang terlarang.
โœ… Bawa hanya keperluan pembelajaran.
โœ… Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

๐Ÿšซ Jangan sesekali membawa ke sekolah:
โ€ข V**e atau rokok
โ€ข Senjata tajam
โ€ข Mercun
โ€ข Pemetik api
โ€ข Dadah atau bahan terlarang
โ€ข Ubat tanpa kebenaran
โ€ข Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain

Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.

Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

22/07/2026

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN CABARAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DSTA) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pemenang!

Johan setiap kategori akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.










Address

KG DUKU PULAU SIBU
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pulau Sibu Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share