09/06/2026
▪️*Keterangan Kes:*
BSPTD Mersing Telah Terima Maklumat Daripada Orang Awam Berkaitan ( 01 ) Video Viral Di Media Sosial Tiktok Atas Nama Profil ( Laici Ais .Man_ ) Yang Dihantar Di Media Sosial Tiktok Pada 06/05/2026. Dalam Video Tersebut Seorang lelaki menunggang Motosikal Jenis Yamaha LC 135 Telah Melakukan Aksi Mengangkat Tayar Hadapan ( Whellie ) Yang Amat Membahayakan Kepada Diri Sendiri Dan Pengguna Jalan Raya Yang Lain Di Jalan Tun Dr. Ismail, Mersing.
Berdasarkan Video Tersebut Team Risikan Operasi Bsptd Mersing Telah Membuat Risikan Dan Telah Mengesan Alamat Serta Nama Pemilik Motosikal tersebut.
Team Risikan Operasi Telah Menangkap ( 01 ) Lelaki Melayu Dan Merampas ( 01 ) Buah Motosikal Yang Terlibat Didalam Video Viral Tersebut Di Bawah Sek 42 (1) APJ 1987.
Hasil Dokumentasi Saspek Tersebut Telah Mengakui Kesalahan Yang Dilakukannya Didalam Video Tersebut. Kes Disiasat Dibawah SEK 42(1) APJ 1987.