KETUA Penerangan UMNO Selangor

KETUA Penerangan UMNO Selangor none

Jom ramai2 kita meriahkan suasana diambang 2018
31/12/2017

Jom ramai2 kita meriahkan suasana diambang 2018

12/12/2017
"Kesediaan Khalid, kepincangan Azmin"CATATAN ZEIN ISMA ISMAILUtusan MalaysiaKhamis 7 Disember 2017Sebagai sebuah parti y...
10/12/2017

"Kesediaan Khalid, kepincangan Azmin"

CATATAN ZEIN ISMA ISMAIL
Utusan Malaysia
Khamis 7 Disember 2017

Sebagai sebuah parti yang menjadi wadah orang Melayu dan pada masa sama sentiasa membela nasib kaum lain. UMNO mengamalkan politik ketertiban dan matang. UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk bersama-sama melayari bahtera perjuangan demi membela nasib orang dan mensejahterakan rakyat Malaysia.

Sejarah UMNO membuktikan pemimpin datang dan pergi, ada yang merajuk seketika dan mahu kembali, ada yang tersasar sedia bersama parti keramat orang Melayu itu selepas mengetahui UMNO satu-satunya panji-panji penegak perjuangan bangsa. Oleh itu UMNO sentiasa bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja yang bernama Melayu untuk bersama menjadikan ia sebagai wadah politik.

Justeru penulis menyambut baik dan berasa bangga apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan UMNO bagi merampas pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang kini PKR menjadi menteri besarnya tetapi DAP penentu corak pemerintahannya. Malah saya juga tersentuh apabila beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan Pas untuk tujuan menyatukan ummah.

Dalam situasi politik masa kini, khususnya melibatkan Selangor, komitmen dan kesanggupan yang dinyatakan oleh Abdul Khalid amat dialu-alukan. Apatah lagi bukanlah dilahirkan sebagai ahli politik tetapi seorang tokoh korporat dan pentadbir.

Oleh itu sudah tentulah kesediaan beliau dalam soal mahu bekerjasama dengan UMNO, lahir dari hati yang tulus ikhlas demi memastikan negeri Selangor tidak terus porak-peranda bahana politik Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bersekongkol bersama DAP dan PAN.

Sebagai seorang yang pernah menjadi Menteri Besar dan memimpin kerajaan negeri dianggota oleh DAP, PKR dan Pas, Abdul Khalid amat memahami apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan. Abdul Khalid amat mengetahui `siapa bos, siapa kuli’ dan `sesiapa memimpin, siapa yang memerintah’.

`Tragedi’ kepemimpinan beliau diboikot oleh PKR dan DAP selepas PRU-13, sehingga memungkinkan Abdul Khalid terpaksa mentadbir negeri dengan empat Exco Pas dan difitnah dengan dakyah serta disusuli dengan pemecatan beliau daripada PKR melalui `permainan demokrasi’ iaitu `Langkah Kajang menjadikan Abdul Khalid benar-benar memahami betapa buruknya politik Azmin, PKR dan DAP.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapakah Abdul Khalid tidak memilih Pas untuk merampas Selangor? Kenapa hanya mahu bekerjasama dengan parti itu untuk menyatukan ummah? Hanya Abdul Khalid mengetahui jawapannya.

Tetapi ia tidak boleh menolak andaian berkaitan prestasi exco-exco Pas yang dikatakan akan turut menjadi penanda aras kepada kemampuan Pas untuk mentadbir negeri jika memenangi PRU-14. Tiga exco tersebut dikatakan gagal menandagani pelbagai isu di bawah portfolio mereka. Ia termasuklah dari segi perumahan, masalah pestrukturan aset air Selangor dan memperkasakan mahkamah syariah.

Abdul Khalid amat memahami situasi ini dan mengetahui sejauh mana kemampuan Pas untuk menjadi pentadbir, oleh itu beliau memilih untuk bekerjasama dengan UMNO bagi meranapkan pemerintahan PKR yang DAP menjadi `pencoraknya’.

Kesediaan Abdul Khalid amat dialu-alukan. Ia bukannya berkaitan UMNO mahu merebut kuasa politik semata-mata tetapi tidak rela membiarkan Selangor terus berhadapan dengan pelbagai masalah dan kemelut sehingga ia akhirnya menjejaskan kehidupan rakyat dan masa depan negeri itu.

Penulis percaya, kehadiran bekas Menteri Besar Selangor itu akan memberikan impak kepada misi UMNO untuk merampas kembali negeri tersebut daripada pakatan pembangkang. Sebelum ini seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Muhammad Muhd.Taib turut mengambil langkah kembali kepada UMNO.

Memang benar Abdul Khalid hanya mahu bekerjasama tetapi gandingan bekas-bekas menteri besar itu memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa ada sesuatu tidak kena dalam pentadbiran negeri Selangor kini. Abdul Khalid tidak mahu menjadi pemerhati, Abdul Khalid tidak mahu terus melihat kerakusan pentadbiran Azmin.

Oleh itu beliau bersedia bekerjasama dengan UMNO. Seperti mana penulis tegaskan, Abdul Khalid bukan ahli politik dan percaya beliau tidak mempunyai cita-cita politik, tetapi sebagai seorang yang berintegriti tinggi dan tokoh korporat yang hebat, Abdul Khalid tahu bahayanya jika pakatan pembangkang terus mentadbir negeri itu.

Abdul Khalid tahu jika beliau bersendirian apatah lagi dengan menjadi ADUN bebas, impian beliau untuk menyelamatkan Selangor tidak akan tercapai, oleh itu beliau mahu bekerjasama dengan UMNO. Apatah lagi mengikut rekod UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab meletakkan Selangor pada tahap sekarang.

Hakikatnya, pakatan pembangkang tidak berbuat apa-apa, mereka bagaikan `masuk ke rumah yang sudah dilengkapi’ segala-galanya. Oleh itu apabila mereka mendabik dada dengan mendakwa Selangor maju kerana pentadbiran mereka ia adalah satu pembohongan dan bagaikan seekor sapi yang mendapat nama hasil perahan susu ke atas seekor lembu.

Kesimpulan, kesediaan Abdul Khalid untuk bekerjasama dengan UMNO amat dialu-alukan. Sememangnya dalam situasi politik dan pentadbiran di Selangor sekarang, gabungan pelbagai pihak sama ada parti politik mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu amat diperlukan demi menamatkan kerakusan dan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh PKR, dikawal oleh DAP dan dipatuhi oleh Pas.■

Kebebasan Media ala AzminCATATAN ZEIN ISMA ISMAILPAKATAN HARAPAN diketuai DAP yang turut disertai oleh PKR sentiasa menc...
15/11/2017

Kebebasan Media ala Azmin

CATATAN ZEIN ISMA ISMAIL

PAKATAN HARAPAN diketuai DAP yang turut disertai oleh PKR sentiasa mencanangkan merekalah pejuang demokrasi, mereka pembela kebebasan bersuara dan memegang teguh kepada prinsip kebebasan media.

Tetapi hakikatnya apa yang dilaungkan oleh parti-parti tersebut hanyalah omong kosong. Ia terbukti apabila Kerajaan PKR Selangor melarang pengedaran akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian di jabatan-jabatan di bawah kerajaan negeri.

Sebenarnya, penulis tidak terkejut dengan larangan tersebut kerana kerajaan negeri Selangor di bawah kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali begitu takut dengan apa yang didedahkan oleh kedua-dua akhbar itu khususnya Utusan Malaysia berhubung kepincangan kerajaan negeri.

Namun jauh daripada itu, ia memberi isyarat awal kepada rakyat, itulah sebenarnya sikap Pakatan Harapan jika mereka ditakdirkan memerintah negara ini. Mereka akan menyekat dan menghalang sesiapa sahaja termasuk media yang tidak menyebelahi pakatan itu.

Ternyata Azmin semakin takut dengan bayang-bayang sendiri. Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) beliau melihat media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah ancaman kepada Pakatan Harapan.

Ia bukanlah kerana akhbar-akhbar tersebut melaporkan perkara tidak benar mengenai pentadbiran kerajaan negeri Selangor tetapi beliau bimbangnya memandangkan semakin banyak kelemahan pentadbiran beliau mula terdedah.

Logik akalnya, Azmin bagaikan masih berada dalam pemikiran tahun 90-an, satu zaman yang tidak mempunyai teknologi maklumat. Sekarang zaman teknologi maklumat, kalaupun Utusan Malaysia dan Berita Harian dihalang untuk memaparkan apa yang berlaku di Selangor, rakyat masih boleh mendapat maklumat melalui platform lain.

Penulis melihat Azmin sebenarnya semakin kelam-kabut kerana dari semasa ke semasa kelemahan pentadbirannya didedahkan satu persatu oleh akhbar-akhbar tersebut, malah dalam satu-satu isu Azmin dilihat terperangkap dengan tindakan sendiri.

Oleh itu Azmin cuba menyekat penjawat-penjawat awam di bawah kerajaan negeri supaya tidak membaca kedua-dua akhbar tersebut – satu pendekatan yang dianggap jumud dan bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Harapan.

Penulis berasa aneh dan hairan dengan kegelisahan Azmin terhadap kedua-dua akhbar itu. Kalau apa yang dilaporkan oleh media tersebut tidak benar ambil sahaja tindakan undang-undang, bukankah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan cukup popular dengan langkah seumpama itu seperti mana yang sering dilakukan oleh pemimpin-pemimpin DAP?

Lagipun sekarang bukan zaman 90-an, kalau mana-mana media melaporkan tidak betul mengenai sesuatu isu, rakyat termasuklah penjawat-penjawat awam boleh merujuk kepada laporan media-media lain. Kenapa kelam kabut tidak benarkan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian dilanggan?

Kalau beginilah sikap Azmin, bagaimanakah penjawat-penjawat awam di bawah kerajaan negeri mahu mengetahui sesuatu isu berkaitan Selangor yang dibangkitkan oleh media? Patutlah selama ini banyak isu di negeri itu tidak mampu diselesaikan rupa-rupanya Azmin tidak benarkan mereka membaca akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Bagaimanapun penulis melihat isu ini bukan sekadar satu larangan tetapi jauh daripada itu ia sebenarnya satu ketakutan yang semakin menghantui Azmin. Beliau sudah tidak mampu lagi menangani pelbagai isu yang didedahkan oleh akhbar-akhbar tersebut mengenai pentadbiran kerajaan negeri.

Melalui tindakan melarang langgan itu, Azmin berharap ia akan memberi mesej kepada rakyat kononnya akhbat UtusanMalaysia dan Berita Harian tidak boleh dipercayai. Tetapi Azmin tersilap langkah. Apa yang beliau lakukan membuktikan kebebasan yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan termasuklah dalam soal media hanyalah retorik politik.

Sebagai seorang yang dianggap pemimpin masa depan Pakatan Harapan, Azmin sepatutnya lebih bijak dan matang dalam menangani isu berkaitan dengan media. Beliau perlu mempunyai fikiran terbuka dan berlapang dada dalam menghadapi laporan media.

Penulis difahamkan melalui rakan-rakan dalam kedua-dua akhbar itu, apa yang Azmin lakukan tidak akan menjadi `kudis’ apatah lagi menghalang usaha mereka untuk terus memaparkan berita-berita mengenai Selangor khususnya berkaitan kerajaan negeri itu.

Azmin boleh berbangga kerana memiliki kuasa untuk menghalang pejabat-pejabat di bawah kerajaan negeri melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian tetapi dari sudut lain rakyat melihat apa yang beliau lakukan hanya satu tindakan terdesak serta sama sekali tidak akan memberi manfaat kepada Selangor.

Tetapi penulis percaya, sebahagian besar penjawat awam di bawah kerajaan negeri Selangor tetap mengikuti laporan berita kedua-dua akhbar tersebut. Ia kerana mereka percaya melalui cara itu, ia akan dapat membantu mereka memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat.

Malangnya, Azmin tidak ada pemikiran demikian. Beliau bimbang kehilangan kuasa politik akibat kepincangan dan isu kelemahan pentadbirannya yang didedahkan oleh akhbar-akhbar tersebut. Jika Azmin tidak mempunyai apa-apa isu, sudah tentulah beliau tidak mengeluarkan larangan berkenaan.

Apapun penulis yakin, sekatan yang dilakukan oleh beliau ke atas akhbar-akhbar tersebut tidak akan ke mana, sebaliknya hanya mendedahkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dalam soal kebebasan media. Dalam bahasa mudah, Azmin adalah antara kelompok pemimpin pakatan itu yang `cakap tak serupa bikin’.■

UTUSAN MELAYSIA
Khamis 17 November 2017

Address

Merbau Sempak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KETUA Penerangan UMNO Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KETUA Penerangan UMNO Selangor:

Share