PAS Kawasan Tasek Gelugor

PAS Kawasan Tasek Gelugor Pejabat PAS Kawasan , Taman Merbau Jaya, Sungai Dua

Alhamdulillah, pagi tadi Sabtu 28/3/2026, YDP PAS Kawasan Tasek Gelugor YB Pakcik Sobri bersama Pesuruh Jaya Pas Negeri ...
28/03/2026

Alhamdulillah, pagi tadi Sabtu 28/3/2026, YDP PAS Kawasan Tasek Gelugor YB Pakcik Sobri bersama Pesuruh Jaya Pas Negeri Pulau Pinang YB Ust Fauzi ADUN Sungai Dua, Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua, penduduk Kampung Guar Kepayang serta Unit Amal telah bergotong-royong membersihkan rumah Pak Kob yang ditimpa musibah kebakaran pada bulan Ramadan yang lalu.

Dalam masa yang sama, turut disempurnakan penyerahan sumbangan fasa ke-3 daripada Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua sebanyak RM8,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan yang disalurkan sebanyak RM34,000.

Semoga usaha ini dapat meringankan beban Pak Kob serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga segala amal kebajikan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.





Jumaat 19Mac YB Pakcik Sobri, YDP PAS Kawasan Tasek Gelugor, hadir menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada Ustaza...
20/03/2026

Jumaat 19Mac YB Pakcik Sobri, YDP PAS Kawasan Tasek Gelugor, hadir menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada Ustazah Farhiyyah yang juga AJK Muslimat PAS Kawasan, yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Alhamdulillah, Ustazah tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan beliau mengalami kerosakan agak teruk akibat dilanggar dari belakang.

Semoga Ustazah terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.





PAS Kawasan Tasik Gelugor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.Semog...
19/03/2026

PAS Kawasan Tasik Gelugor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Dalam kegembiraan menyambut lebaran, marilah kita terus memupuk nilai kasih sayang, saling memaafi dan memperkukuh perpaduan dalam masyarakat.

Hati-hati di jalan raya, semoga selamat pergi dan kembali bersama insan tersayang.

โœจ Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin โœจ






Alhamdulillah, Majlis Sumbangan Bakul Ramadhan PAS Kawasan Tasek Gelugor telah berlangsung dengan lancar pagi tadi di De...
07/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Sumbangan Bakul Ramadhan PAS Kawasan Tasek Gelugor telah berlangsung dengan lancar pagi tadi di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Muhammad Fauzi bin Yusoff, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Semoga sumbangan bakul Ramadhan yang disampaikan dapat membantu dan menceriakan persiapan menyambut bulan Ramadhan bagi para penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tasek Gelugor serta para penyumbang yang budiman.

Semoga segala usaha kebajikan ini diberkati dan menjadi amal jariah di sisi Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ






28/02/2026
24/02/2026

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

Semoga amanah besar ini dipikul dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan ketegasan dalam memimpin muafakat, memperkukuh perpaduan serta membawa suara rakyat ke arah pentadbiran yang adil, bersih dan berintegriti.

PAS mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketenangan dan petunjuk dalam setiap keputusan yang diambil demi agama, bangsa dan negara.

24/02/2026
06/02/2026

[POSTER | PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADAN]

Sabda Nabi ๏ทบ:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽุงู…ูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุฅููŠู…ูŽุงู†ู‹ุง ูˆูŽุงุญู’ุชูุณูŽุงุจู‹ุง ุบูููุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู†ู’ุจูู‡ู
Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ๏ทป, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. [Riwayat Al-Bukhari(38)]

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Adakah kita sudah bersedia menghadapi bulan Ramadan akan bakal tiba? Berikut merupakan 5 persiapan menghadapi Ramadan :

*1. Persiapan Rohani & Mental*
Menyambut Ramadan dengan penuh kegembiraan dan meluruskan niat ikhlas beribadah kerana Allah serta bertaubat daripada dosa-dosa yang lalu.

*2. Persiapan Ilmu*
Mempelajari hukum-hakam puasa, solat tarawih, zakat fitrah dan keutamaan Ramadan agar ibadah dilakukan dengan betul dan sempurna.

*3. Persiapan Amal Soleh*
Menyusun target ibadah seperti khatam Al-Quran, qiyamullail dan memperbanyak sedekah serta membiasakan puasa sunat di bulan Syaaban.

*4. Persiapan Harta*
Menyediakan bekal harta untuk bersedekah, memberi makan orang berbuka dan menunaikan zakat fitrah.

*5. Persiapan Fizikal*
Menjaga kesihatan agar tubuh kuat melaksanakan ibadah puasa dan tarawih dengan sempurna.

Semoga dengan ketibaan Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani.

Disediakan oleh : Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor




Address

Pejabat PAS Kawasan Tasek Gelugor Taman Merbau Jaya
Merbau Kudong
13800

Telephone

+601138146987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Tasek Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Tasek Gelugor:

Share