13/06/2026
"Nak cantik punya pasal, akhirnya merana seumur hidup..." 😢
Tahukah anda? Melakukan rawatan pergigian dengan Pengamal Pergigian Haram (Doktor Gigi Palsu) bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membawa implikasi buruk yang sangat dahsyat kepada kesihatan mulut dan tubuh badan anda!
Jangan terpedaya dengan harga murah atau upah pasang pendakap gigi (braces) atau gigi palsu murah yang dibuat di rumah atau bilik hotel. Ini antara padah yang menanti anda:
1️⃣ Jangkitan Kuman: Alatan tidak disteril dengan betul boleh memindahkan kuman berbahaya.
2️⃣ Gusi Bengkak dan Bernanah: Rawatan yang salah merosakkan tisu gusi.
3️⃣ Kerosakan Gigi: Gigi boleh menjadi reput dan rosak struktur asalnya.
4️⃣ Kehilangan Gigi Kekal: Gigi longgar dan terpaksa dicabut pada usia muda.
5️⃣ Risiko Kanser & Penyakit Kronik: Bahan kimia tiruan yang toksik boleh meresap ke dalam aliran darah melalui air liur yang beracun!
6️⃣ Tindakan Undang-Undang / Denda: Bukan sahaja "doktor palsu" yang boleh didenda sehingga ratusan ribu ringgit, malah anda juga terdedah kepada risiko keselamatan.
💡 Jauhi pengamal pergigian haram! Pastikan anda hanya mendapatkan rawatan daripada Doktor Gigi ORI (Bertauliah) yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sayangi gigi anda, sayangi nyawa anda. ❤️
Sila LAPORKAN SEGERA jika anda mempunyai sebarang keraguan atau terserempak dengan aktiviti doktor gigi palsu ini di kawasan anda.