Klinik Pergigian Mentakab

Klinik Pergigian Mentakab Perkongsian maklumat dan aktiviti-aktiviti semasa melibatkan Klinik Pergigian Mentakab

06/05/2026

🦷 HARI KESIHATAN PERGIGIAN WARGA EMAS
60 Tahun, 20 Batang Gigi!

Program telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga emas sekitar Mentakab 🤍

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti:
✨ Ceramah kesihatan pergigian
✨ Demo penjagaan gigi & gigi palsu
✨Anugerah Mulut Sihat untuk Warga Emas yang mempunyai 20 batang gigi
✨ Pameran penjagaan gigi
✨Kuiz Kesihatan Pergigian untuk pesakit yang hadir ke klinik

Semoga segala perkongsian dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut, terutama dalam kalangan warga emas.

🦷 Senyum sihat, sepanjang hayat!
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini 🙌

#6020

Pergigian Daerah Temerloh

23/04/2026

🦷 Umur 60 Tahun, Sekurang-kurangnya 20 Batang Gigi 💜

Tahukah anda?
Menjelang usia 60 tahun, kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang masih berfungsi dengan baik.

Kenapa penting?
✅ Mudah menikmati makanan berkhasiat
✅ Membantu penghadaman yang lebih baik
✅ Bertutur dengan jelas & yakin
✅ Kekal bergaya dengan senyuman menawan

💡 Jaga gigi dari sekarang — pencegahan lebih baik daripada rawatan.

#6020

🦷 JOM SERTAI KAMI!Hari Kesihatan Pergigian Warga Emas60 Tahun, 20 Batang Gigi!Adakah anda atau ahli keluarga berusia 60 ...
22/04/2026

🦷 JOM SERTAI KAMI!
Hari Kesihatan Pergigian Warga Emas
60 Tahun, 20 Batang Gigi!

Adakah anda atau ahli keluarga berusia 60 tahun ke atas?
Jangan lepaskan peluang untuk belajar cara menjaga gigi agar kekal sihat sepanjang hayat 💙

📣 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
✨ Ceramah kesihatan pergigian
✨ Demo penjagaan gigi & gigi palsu
✨ Pameran penjagaan gigi
✨ Aktiviti interaktif & kuiz

📅 Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 10 pagi & 3 petang
📍 Tempat: Ruang Menunggu Klinik Pergigian Mentakab

🎯 Terbuka kepada semua warga emas & penjaga

Jom hadir beramai-ramai!
🦷 Senyum sihat, sepanjang hayat!

#6020

22/04/2026

🦷 Umur 60 Tahun Sekurang-kurangnya 20 gigi💜

Tahukah anda?
Menjelang usia 60 tahun, kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang berfungsi dengan baik.

Kenapa penting?
✅ Mudah menikmati makanan berkhasiat
✅ Membantu penghadaman yang baik
✅ Bertutur dengan jelas & yakin
✅ Kekal bergaya dengan senyuman menawan

💡 Jaga gigi dari sekarang — pencegahan lebih baik daripada rawatan!

#6020

20/04/2026

Senyuman sihat, semua gembira! 😁
Program Kampung Angkat Kg Sempadan dengan kerjasama unit pergigian dan farmasi telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Kg Sempadan, Lanchang pada 11 April 2026.
Antara aktiviti yang dijalankan:
🗣️ Ceramah kesihatan pergigian
🦷 Pemeriksaan dan rawatan gigi percuma
📚 Pameran pergigian
🎯 Aktiviti mewarna
🏠 Home visit
Terima kasih kepada semua pengunjung, penceramah, dan rakan kolaborasi yang menjayakan program ini.
Mari terus amalkan penjagaan gigi yang baik demi senyuman sihat setiap hari! 💙

Pergigian Daerah Temerloh


06/04/2026

🦷 SAMBUTAN HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA
Klinik Pergigian Mentakab

Program Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang telah berlangsung pada 27 Mac 2026 (Jumaat) di Klinik Pergigian Mentakab berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. 🤍

Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dilaksanakan seperti ceramah kesihatan pergigian, pertandingan mewarna, persembahan boneka, permainan interaktif serta kuiz kesihatan pergigian yang mendapat penyertaan aktif daripada kanak-kanak dan juga ibu bapa.

Program ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesihatan mulut. 🦷✨

🦷 *SAMBUTAN HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA*Klinik Pergigian Mentakab📅 *Tarikh:* Jumaat, 27 Mac 2026⏰ *Masa:* 9.00 pagi – 1...
16/03/2026

🦷 *SAMBUTAN HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA*
Klinik Pergigian Mentakab

📅 *Tarikh:* Jumaat, 27 Mac 2026
⏰ *Masa:* 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Jom sertai kami dalam pelbagai *aktiviti menarik dan santai untuk kanak-kanak serta keluarga*, antaranya:

🎤 Ceramah Kesihatan Pergigian
🎨 Aktiviti Mewarna
🎭 Persembahan Boneka
🎲 Permainan Interaktif
❓ Kuiz Kesihatan Pergigian

Pelbagai aktiviti menyeronokkan menanti anda!

📍 Bertempat di *Klinik Pergigian Mentakab*

*Jumpa anda di sana!*🦷✨

Pergigian Daerah Temerloh

09/03/2026

Ramai yang masih ragu-ragu nak jumpa doktor gigi bulan Ramadan sebab takut puasa batal. Sebenarnya, kebanyakan prosedur rutin TIDAK membatalkan puasa selagi mana kita tidak menelan air atau bahan rawatan dengan sengaja.

Jadi, jangan jadikan puasa alasan untuk abaikan kesihatan mulut ya!

Cegah Awal, Senyum Kekal! 😊Program Kesihatan Pergigian Orang Asli Kampung Pasu, Kuala Krau telah berlangsung dengan jaya...
25/02/2026

Cegah Awal, Senyum Kekal! 😊
Program Kesihatan Pergigian Orang Asli Kampung Pasu, Kuala Krau telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Februari 2026 bertemakan saringan kanser mulut .

Antara aktiviti menarik yang dijalankan:
🗣️ Ceramah kesihatan pergigian
🦷 Pemeriksaan gigi percuma
🔍 Pemeriksaan awal kanser mulut
📚 Pameran pergigian

Jangan tunggu hingga terlambat. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa. Kesihatan mulut adalah hak semua – tidak kira di bandar atau di pedalaman. Ayuh tingkatkan kesedaran, lakukan saringan dan lindungi komuniti kita ❤️






Pergigian Daerah Temerloh

19/02/2026

🌙 Penjagaan Pergigian Sepanjang Bulan Ramadan 🦷

Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan. Dalam kita menjaga ibadah, jangan lupa untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi juga.

✨ Berus gigi 30 minit selepas sahur dan selepas berbuka, serta sebelum tidur selama 2 minit menggunakan ubat gigi berfluorida.
✨ Gunakan flos gigi bagi membersihkan celahan selepas sahur dan berbuka.
✨ Berkumur dengan ubat kumur selepas bersahur.
✨ Mulut berbau ketika berpuasa adalah normal, namun pastikan minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka serta jaga kebersihan lidah.

Kesihatan mulut terjaga, ibadah puasa lebih selesa dan terpelihara. 🤲💚

✨Kesihatan Mulut, Kebahagiaan Bersama💫Program Kesihatan Oral dan Agama (KOA) anjuran Klinik Pergigian Mentakab dengan ke...
10/02/2026

✨Kesihatan Mulut, Kebahagiaan Bersama💫

Program Kesihatan Oral dan Agama (KOA) anjuran Klinik Pergigian Mentakab dengan kerjasama pihak gereja telah diadakan pada 7/2/2026 (Sabtu) di perkarangan Tamil Methodist Church (TMC) Mentakab

Antara aktiviti yang dijalankan adalah;
🎙️Ceramah Pergigian
🪥Aktiviti Memberus Gigi (BEGIN)
😷Saringan Kesihatan & Kanser Mulut
🦷Pemeriksaan & Rawatan Pergigian
🎲Pameran & Permainan

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa gereja dan penduduk setempat atas kerjasama dalam menjayakan program kesihatan pergigian ini.

Diharapkan melalui pelaksanaan program ini, kesedaran dan amalan kesihatan mulut yang baik dapat dipupuk dalam kalangan penganut agama.

Pergigian Daerah Temerloh

Address

Jalan Karak
Mentakab
28400

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6092784062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Mentakab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share