11/09/2026
SEAMEO SEN dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas menggunakan Modul World Health Organization on Caregivers Skills Training (WHO-CST) pada 7 hingga 10 September 2026 di Melaka. Peserta bengkel ini terdiri daripada 40 orang Pembantu Pengurusan Murid sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dari seluruh Malaysia.
Modul WHO-CST merupakan modul yang dibangunkan oleh World Health Organization (WHO) dan telah digunakan di lebih 30 negara di seluruh dunia. Melalui proses penyelidikan, modul ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu serta disesuaikan mengikut persekitaran, situasi dan budaya tempatan di Malaysia. Melalui bengkel ini juga peserta telah didedahkan kepada strategi berkesan dalam menyokong pembelajaran dan perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas.
Bengkel ini juga melibatkan sesi latihan praktikal dan simulasi berasaskan situasi sebenar bagi membantu peserta memahami dengan lebih mendalam serta lebih yakin untuk mengaplikasikan kemahiran secara berkesan dalam tugasan harian. Melalui pendekatan ini, peserta berpeluang mengasah kemahiran praktikal, meningkatkan keyakinan diri dan memperkukuh pengetahuan yang diperoleh sepanjang program.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, terutamanya Bahagian Pendidikan Khas termasuk barisan penceramah dan urusetia yang telah menjayakan bengkel ini. SEAMEO SEN kekal komited dalam membantu usaha ke arah meningkatkan kualiti pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.
----------------------------------------------------------------------
SEAMEO SEN and the Special Education Division, Ministry of Education Malaysia, through a strategic collaboration organized a workshop on the Management of Students with Special Educational Needs adopting the World Health Organization โ Caregivers Skills Training (WHO-CST) Module. The workshop was held from 7 to 10 September 2026 in Melaka and attended by 40 Pupil Management Assistants across Malaysia.
The WHO-CST Module, implemented in more than 30 countries worldwide, has been translated into Bahasa Melayu, and was carefully adapted to suit the local environment, context and culture of Malaysia. Through this 4-day workshop, participants were introduced to effective strategies for supporting the learning and development of neurodevelopmental learners in classrooms.
The workshop also featured hands-on training and real- life simulation exercises to help participants grasp a deeper understanding of the concepts and apply them effectively in their classrooms. These practical approaches enabled participants to refine their skills, boost their confidence and strengthen the knowledge acquired throughout the workshop.
SEAMEO SEN would like to extend our utmost gratitude to the Ministry of Education Malaysia, specifically to the Special Education Division, our trainers as well as the committee for making this workshop possible. The centre remains committed to working towards elevating the quality of education for our learners with disabilities in the Southeast Asia region.