UTC Melaka

UTC Melaka UTC Melaka..Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2.

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta. Secara umunya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs. UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. Negeri Melaka telah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi pertama program UTC dan Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan seluruh jentera Pentadbiran Negeri Melaka atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program UTC ini. Sebanyak 70 kementerian/agensi, kerajaan dan swasta serta NGO telah membuka kaunter di UTC Melaka di bawah 10 kluster iaitu:

1. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaa n
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan

🩺 Perkhidmatan di Klinik Kesihatan UTC MelakaKlinik Kesihatan UTC Melaka menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan unt...
07/06/2026

🩺 Perkhidmatan di Klinik Kesihatan UTC Melaka

Klinik Kesihatan UTC Melaka menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk kemudahan orang awam, antaranya:

βœ” Rawatan susulan & khidmat nasihat
βœ” Pemantauan BSP & tekanan darah
βœ” Aktiviti pencegahan penyakit & promosi gaya hidup sihat
βœ” Pengurusan penyakit hipertensi
βœ” Prosedur minor
βœ” Cucian & penjagaan luka
βœ” Rujukan ke klinik pakar
βœ” Pemeriksaan kesihatan (tidak termasuk x-ray)

πŸ•’ Waktu Operasi
πŸ“… Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 8.30 malam
πŸ“… Sabtu & Ahad : 8.00 pagi – 4.30 petang

πŸ“ Aras G, UTC Melaka
πŸ“ž Maklumat lanjut: 06-2880080

Mari sama-sama utamakan kesihatan demi kesejahteraan diri dan keluarga. πŸ’™






Tahukah anda, di UTC Melaka juga terdapatnya pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Jadi tuan-tuan dan pu...
07/06/2026

Tahukah anda, di UTC Melaka juga terdapatnya pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang ingin berurusan di kaunter PTPTN boleh cepat2 datang ke Aras 4 UTC Melaka.

Semua perkhidmatan berkaitan Pinjaman PTPTN dan Simpanan SSPN disediakan.
Antara perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti berikut:-
πŸ‘‰πŸ» Bayaran/rundingan bayaran balik pinjaman PTPTN
πŸ‘‰πŸ» Pembukaan/penambahan deposit SSPN
πŸ‘‰πŸ» Pertanyaan berkenaan pinjaman PTPTN

Untuk makluman waktu operasi:
Isnin - Jumaat (8.30 pagi -5.00 petang)






Assalamualaikum dan selamat sejahtera.β–ͺ️Peluang perniagaan & tawaran sewaan lot kosong di UTC Melaka 🏫.β–ͺ️Pelbagai kemuda...
07/06/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

β–ͺ️Peluang perniagaan & tawaran sewaan lot kosong di UTC Melaka 🏫.
β–ͺ️Pelbagai kemudahan dan tawaran menarik disediakan πŸ’―.

πŸ“Œ Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Encik Razak 012-9734464 / 06-2880712
http://www.wasap.my/60129734464/sewaanlotkosongUTC






🌟 Selamat Datang ke Gerai Nasi Campur No. 2 di Kafeteria UTC Melaka! 🌟Teringin makan nasi campur yang sedap dan pelbagai...
07/06/2026

🌟 Selamat Datang ke Gerai Nasi Campur No. 2 di Kafeteria UTC Melaka! 🌟

Teringin makan nasi campur yang sedap dan pelbagai pilihan lauk.
Kami menyediakan hidangan nasi campur yang menyelerakan dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang pasti memuaskan selera anda. πŸ˜‹

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba! Mari kunjungi kami di Gerai No. 2 dan nikmati hidangan nasi campur yang pasti membuat anda datang lagi! 😍

Dibuka juga untuk tempahan πŸ‘
πŸ“ Lokasi : Kafeteria UTC Gerai No 2
⏰ Waktu operasi : Isnin hingga Sabtu (7.30 AM - 4.30 PM)






Teringin kudap-kudap panas yang rangup dan manis? Jom singgah ke Kiosk Kayu Goreng Pisang 🍌🍌. Macam-macam jenis gorengan...
05/06/2026

Teringin kudap-kudap panas yang rangup dan manis? Jom singgah ke Kiosk Kayu Goreng Pisang 🍌🍌. Macam-macam jenis gorengan ada dijual disini. Kerepok lekor pon adaπŸ˜‹πŸ˜‹






πŸ”₯ MASAKAN GORENG PANAS & ROTI CANAIKini Dibuka di UTC Melaka! πŸŽ‰Nikmati pelbagai pilihan masakan goreng panas yang dimasa...
05/06/2026

πŸ”₯ MASAKAN GORENG PANAS & ROTI CANAI
Kini Dibuka di UTC Melaka! πŸŽ‰

Nikmati pelbagai pilihan masakan goreng panas yang dimasak segar setiap hari, bersama roti canai lembut dan rangup β€” memang terbaik untuk sarapan dan makan tengah hari! πŸ˜‹

πŸ“ Kedai Makan No. 1, UTC Melaka
πŸ•’ 7.30 Pagi – 4.30 Petang
πŸ“… Isnin – Sabtu

🍽️ Antara menu pilihan:
βœ”οΈ Roti Canai Panas
βœ”οΈ Nasi Goreng
βœ”οΈ Mee Goreng
βœ”οΈ Pelbagai Masakan Goreng Fresh

✨ Cepat, sedap & harga berpatutan!
Sesuai untuk yang nak makan panas-panas tanpa tunggu lama.






05/06/2026

πŸ“Œ URUS PERMOHONAN DENGAN LANCAR DI MUSIM CUTI SEKOLAH

Musim cuti sekolah sering menyaksikan peningkatan jumlah pelanggan di kaunter JPN. Bagi memastikan urusan anda berjalan lancar dan lebih menjimatkan masa, orang ramai disarankan untuk:

βœ”οΈ Hadir awal pagi
βœ”οΈ Mengunjungi pejabat JPN yang berhampiran
βœ”οΈ Menyediakan dokumen lengkap sebelum hadir
βœ”οΈ Mengelakkan urusan di saat akhir
βœ”οΈ Menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui Portal Rasmi JPN
βœ”οΈ Berhubung dengan pegawai yang bertugas jika mengalami masalah

πŸ“² E-Services JPN: https://www.jpn.gov.my/my/e-services
Imbas kod QR pada poster untuk akses pantas.

Terima kasih atas kerjasama anda. JPN sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan.



04 Jun 2026 | Khamis | 3.00 PetangPihak pengurusan UTC Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
04/06/2026

04 Jun 2026 | Khamis | 3.00 Petang

Pihak pengurusan UTC Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus UTC Selangor, Encik Abdul Aziz bin Tajuddin, bersama rombongan delegasi daripada Persatuan Usahawan Anggerik Mall (PUAM) dan Persatuan Peniaga Arked Jalan Melayu Klang atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke UTC Melaka.

Lawatan ini merupakan platform yang amat bermakna dalam usaha bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak yang terlibat. Diharapkan hubungan baik yang terjalin melalui lawatan ini akan terus diperkasakan demi meningkatkan mutu perkhidmatan serta menyokong pembangunan komuniti dan sektor perniagaan secara berterusan.






Address

Melaka

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062880712

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTC Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UTC Melaka:

Share