03/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dato Wahab bin Haji Dolah di atas kemurahan hati membenarkan kami menggunakan tapak Rangkesao dan juga sumbangan wang tunai yang telah diberikan bagi menjayakan Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Kuala Matu bagi edisi 2026
Sumbangan yang dihulurkan telah digunakan sepenuhnya sepanjang program berlangsung dan memberi manfaat yang besar dalam memastikan segala aktiviti anak-anak SK Kuala Matu berjaya mengikut objektif uang diinginkan.
Perkhemahan yang melibatkan Tahun 4, 5 dan 6 ini berjaya dijalankan selama 3 hari 2 malam dengan hasil kerjasama dan komitmen dari semua warga sekolah.
Semoga segala jasa, keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh YBhg Dato Sri Haji Wahab bin Haji Dollah sentiasa diberkati. Hanya Alllah sahaja yang dapat membalasnya. Aamin.
Terima kasih, Dato Sri!😍