12/09/2026
πππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππ πππππππππ ππππππ ππππ
Ayuh kita sama-sama titipkan doa dan sokongan buat seluruh kontinjen TVETMARA Masjid Tanah yang akan membawa nama institusi ke SPARTA β Sukan Pelajar TVETMARA 2026 di TVETMARA Lumut, Perak, pada 14 hingga 17 September 2026.
Turunlah dengan penuh keyakinan, keberanian dan semangat juang yang tinggi. Berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan, jangan mudah mengalah dan terus berjuang sehingga ke saat terakhir. Ingatlah bahawa setiap keringat, usaha dan pengorbanan kalian adalah lambang perjuangan untuk mengharumkan nama TVETMARA Masjid Tanah.
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk berjuang, semangat setiakawan dan kesungguhan memberikan yang terbaik itulah kemenangan sebenar.
Ayuh TVETMARA Masjid Tanah! Genggam semangat, satukan kekuatan dan buktikan kemampuan kita! Semoga dipermudahkan setiap langkah, diberikan kekuatan dan dikurniakan kejayaan. Selamat berjuang dan terus mara dengan penuh semangat.
ππππ ππππππππ, ππππ πππππ
Iamsy