Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah

Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah Dewan Muslimat Pas Kawasan Masjid Tanah

06/05/2026
06/05/2026

Program : TAUJIHAT PILIHANRAYA...

Jom hadir beramai-ramai ke program Taujihat Pilihanraya bersama Ustaz Hj Nasruddin Hassan Tantawi.

10 Mei 2026 (Ahad)
9.00 pagi – 11.00 pagi
Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ)

Semua dijemput hadir.

06/05/2026

以对话代替对立;以理解开创未来
Replacing Confrontation with Dialogue
Building the Future Through Understanding

PAS FOR ALL

30/04/2026

الله اكبر
Moga Allah memberkati kehidupan Datuk Dr Aliakhbar dan seluruh rakyat Sabah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar

Datuk Dr Aliakbar contoh pemimpin PAS yang menerima tarbiah dari program yang ditetapkan oleh pimpinan buat seluruh ahli PAS.

Tahniah dan syabas buat semua.

Subhanallah.Hormatilah ibu bapa.Kasih belaslah kepada anak-anak.
30/04/2026

Subhanallah.
Hormatilah ibu bapa.
Kasih belaslah kepada anak-anak.


Siiru 'ala barakatillah. Bergerak majulah kehadapan dengan keredhaan Allah dan keberkatan dariNya.Assalamualaikum."Selam...
30/04/2026

Siiru 'ala barakatillah.
Bergerak majulah kehadapan dengan keredhaan Allah dan keberkatan dariNya.

Assalamualaikum.
"Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026" samada yang bergaji, berelaun atau yang menerima pencen atau yang sudah bersara dari alam kerjaya.

Warga pekerja bermula dari "kerusi" majikan hingga ke jawatan yang serendah-rendahnya, mereka tetap terhormat dan mulia selagi mereka berkhidmat atas nama pembangunan negara dan kelangsungan kedaulatan ummah.

Titisan peluh keringat yang mengalir, khidmat tenaga dan ide pemikiran, serta kerjasama yang dijalin penuh strategi telah berjaya memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31/8/1957.

Adalah diharapkan agar tema “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” benar-benar merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan dan tanggungjawab para pekerja.

Justeru itu, kebajikan dan keperluan hidup warga pekerja menjadi keutamaan, dan bukan sebagai irama slogan yang menyedapkan telinga semata-mata.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah sangat-sangat berterima kasih kepada para majikan yang sentiasa kreatif dan berinovasi bagi mewujudkan organisasi kerajaan yang benar-benar "hidup", dan bukannya sekadar mengekalkan "kelaziman lama" yang membosankan suasana kerja dan merantai jiwa pekerja yang telah bertugas lebih dari 8 jam sehari selama lebih dari 10 tahun.

Sempena Sambutan Hari Pekerja ini, marilah sama-sama kita memberi reward kepada diri sendiri dan keluarga dengan program kerohanian seperti tadarus Al-Quran, kuliah agama di rumah dan bacaan Yasin dan tahlil.

Ayuhlah, kita zahirkan rasa syukur kepada Allah atas rezeki kesihatan, kekuatan tubuh badan, ilham dan ide yang bernas dan kekuatan rohani untuk melaksanakan tugas dengan penuh disiplin, integriti dan cemerlang.

بسم الله توكلت على الله وحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير



Allahuakbar. Berikanlah peluang yang meluas dan kepercayaan yang jujur kepada PAS untuk memerintah Melaka selepas PRN ke...
29/04/2026

Allahuakbar.

Berikanlah peluang yang meluas dan kepercayaan yang jujur kepada PAS untuk memerintah Melaka selepas PRN ke-16.

Allah pasti akan menurunkan pertolonganNya kerana PAS mahu memerintah negeri untuk mengangkat perlembagaan Al-Quran dan merealisasikan keadilan dan kebajikan buat rakyat dan negeri.

Banyak sumber alam semulajadi yang boleh dibangunkan mengikut cara fikir dan tindakan pakar tapi telah dikesampingkan.

Moga rakyat Melaka bangkit demi mengembalikan kegemilangan Islam di negeri Melaka. Allahuakbar.

Allahuakbar. Tq Allah, tq cawangan-cawangan baru PAS. Moga semangat untuk membangun ketakwaan terus subur dan merata keseluruhan negeri Melaka merentasi sungai dan kampung.


𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝟏𝟔 𝐃𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔

1. PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, parti telah membuat ketetapan untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi calon-calon yang berwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini.

2. Ketetapan ini adalah selaras dengan kenyataan yang telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi, dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu.

3. Adapun 16 DUN yang terlibat ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Kuala Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.

4. PAS Melaka dengan penuh tawakkal dan keyakinan menyeru seluruh rakyat Negeri Melaka agar memberikan sokongan kepada calon-calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN ini. Sokongan tersebut amat penting dalam usaha membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih adil, berintegriti serta berpaksikan nilai-nilai Islam sebagai panduan pentadbiran.

5. Sesungguhnya perjuangan ini bukan sekadar persaingan politik, bahkan merupakan satu amanah untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Firman Allah Ta‘ala:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

6. Semoga dengan kesatuan dan kesungguhan kita semua, negeri Melaka akan terus diberkati dan dipimpin ke arah kesejahteraan yang diredhai Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

YB Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail
Pesuruhjaya PAS Melaka

Assalamualaikum. إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه الفاتحةMoga Allah menerima semua kerja ama...
28/04/2026

Assalamualaikum.

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه الفاتحة

Moga Allah menerima semua kerja amal beliau sebagai aktivis gerakan Islam. Allah memelihara ahli keluarganya dengan rahmat dan keberkatan hidup. Aamiin

Takziah buat keluarga Almarhum Muhammad bin Arshad.

𝔹𝔼𝕃𝔸𝕊𝕌ℕ𝔾𝕂𝔸𝕎𝔸

انا لله وانا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

1. Takziah kepada 𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗔𝗿𝘀𝗵𝗮𝗱 𝗠𝗱. 𝗦𝗼𝗺, 𝗔𝗝𝗞 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 dan seluruh ahli keluarganya atas pemergian anakanda tercinta, 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗿𝘀𝗵𝗮𝗱, 42 tahun.

2. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung minggu lepas dan dimasukkan ke ICU, namun Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu 25 April lepas.

3. Allahyarham juga aktif dalam Dewan Pemuda PAS di Selangor dan turut membantu PAS Kawasan Masjid Tanah sewaktu pulang ke kampung setelah menetap di luar Melaka kerana tuntutan kerjaya.

4. Semoga roh Allahyarham anakanda Muhammad dikurniakan rahmat serta keampunan dari Allah SWT dan ditempatkan kalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh. Amin...

5. Semoga dikurniakan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga dan waris atas ujian berat Allah SWT ini.

𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗜𝗠𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡
𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝘂𝗮
𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵
ISNIN| 27 APRIL 2026

Allahuakbar. لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم Orang melayu tinggal di tanahair sendiri. Kita bukanlah golongan migr...
28/04/2026

Allahuakbar.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Orang melayu tinggal di tanahair sendiri. Kita bukanlah golongan migran yang berhijrah dari negara lain dan datang menempati dan mendiami negara ini.

Bila bercakap tentang kemajuan ekonomi, politik dan kedaulatan negara, maka banyak isu yang membelit dan mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara kita ini.

Kita masih belum mampu menentukan hala tuju dan menguasai kedudukan ekonomi dan memberi pendapatan yang stabil kepada rakyat dan negara.

Penguasaan politik kenegaraan pun masih lemah dan wibawa kita hampir hilang dari tangan bangsa Melayu. Sedangkan kita yakin dan percaya bahawa hanya pemimpin yang bertakwa dan berilmu sahaja dapat menjamin keadilan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat tanpa gagal. Insya-Allah.

Justeru itu, pemimpin tertinggi dan barisan kabinet mestilah lebih mengutamakan keperluan rakyat supaya kami merasa selamat berada di bawah pentadbiran yang berintegriti dan belas kasih kepada rakyat.

Anak-anak adalah aset negara masa kini dan masa depan. Kalau anak-anak muda masih "bermain-main", leka dan mengabaikan isu-isu yang berlaku di tanahair, maka kita bimbang jika nanti keturunan kita akan menangis menyesali dengan suasana yang berlaku.

Generasi anak cucu menjadi tempat bagi meletakkan harapan dan kepercayaan untuk meneruskan delegasi perjuangan dan memelihara kedaulatan tanahair kita ini. Selagi ada peluang, berusahalah sekuat tenaga dan menggantungkan harapan kepada Allah agar memelihara iman dan ihsan dalam jiwa anak muda generasi kita.

Kita mahu generasi akan datang hidup mulia dan terhormat di negara sendiri, dapat mengaut keuntungan daripada kekayaan dan keberkatan pejuang ilmu dan pembela agama. Allahuakbar.

Siiru 'ala barakatillah.


Allahuakbar .Usrah Qiyadi DMPK Masjid Tanah secara bulanan telah berlangsung di Kompleks PAS Hujan Panas pada Ahad, 26/4...
27/04/2026

Allahuakbar .

Usrah Qiyadi DMPK Masjid Tanah secara bulanan telah berlangsung di Kompleks PAS Hujan Panas pada Ahad, 26/4/2026 bermula jam 2.00 -3.00 petang.

Tajuk pembentangan "Dakwah dalam kepelbagaian budaya, bangsa dan agama" adalah bersumberkan kepada Buku Fikrah Takwin 1 , terbitan Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat.

Dari tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku terbitan PAS Malaysia ini sudah menjelaskan betapa tingginya kesungguhan dan tahap komitmen PAS untuk membentuk jiwa kepimpinan dan amilin yang mempunyai pengetahuan yang meluas, jelas dan yakin dengan kesempurnaan gerak kerja PAS. Allahuakbar.

Justeru itulah PAS memberi galakan dan tanggungjawab kepada saf kepimpinan pelbagai peringkat di seluruh negara supaya mewajibkan diri mereka untuk terlibat dengan program-program tarbiah dalaman agar mereka mengetahui dan memahami prinsip dan konsep Islam secara menyeluruh dan mantap.

Keindahan dan kesempurnaan Islam hanya boleh dirasai dan diterjemahkan secara fizikal oleh ansarullah yang mempersiapkan dirinya dan memperuntukkan masa dan tenaganya untuk diprogramkan secara sukarela dan sepenuh hati.

Memastikan keikhlasan, ketenangan dan keredhaan diri untuk ditarbiah melalui program tarbiah dan aktiviti PAS adalah satu tanggungjawab wajib kendiri kepada Allah.

Justeru itu, bila kita mahu bersyukur dan redha dengan pengaturan hidup yang Allah telah aturkan buat kita dan keluarga, maka yakinlah bahawa Alkah akan menambah lebih banyak nikmat yang berkat dan bercambah.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.


Allahuakbar.  Assalamualaikum. Alhmdulillah, telah selesai mesyuarat Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah pada petang...
27/04/2026

Allahuakbar. Assalamualaikum.

Alhmdulillah, telah selesai mesyuarat Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah pada petang Ahad, 26/4/2026 di Kompleks PAS Masjid Tanah.

Jutaan terima kasih atas komitmen yang diberikan demi melancarkan perlaksanaan program parti PAS peringkat kawasan Masjid Tanah dengan izin Allah.

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Siiru 'ala barakatillah.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.


Address

Kompleks PAS Jalan Hujan Panas
Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share