20/10/2022
MIC Bahagian Masjid Tanah (MICBMT) hari ini menyerahkan sumbangan wang (Ang Pau) sempena Perayaan Deepavali kepada 74 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ldg Sungai Baru Masjid Tanah pada 20.10.2022 Khamis jam 8.30 pg tadi. Sumbangan tersebut juga selaras dengan matlamat menyerikan suasana Deepavali. Bersama-sama dgn saya adalah Timb. Pengerusi Bahagian En. R.Suthahar, En. Puvaneswaran Pengerusi Biro Sukan serta En V. James Penyelaras Pemuda Bahagian MT.