23/04/2020
[AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1441H]
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah pada 24/4/2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441H (Jumaat) ini seluruh umat Islam akan menjalani ibadah Puasa.
Saban tahun Rakyat Malaysia akan ke bazaar Ramadhan, berbuka puasa di Hotel atau Masjid dan bertarawikh di Masjid atau Surau. Namun tidak pada tahun ini dimana Rakyat Malaysia diperintahkan untuk berada dirumah masing-masing sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Raikan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh tawadhuk, bersederhana dan bersyukur keatas nikmat-Nya.
Namun, saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah swt berfirman dalam Al-quran : "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(سورة الشرح Ayat 5 dan 6 )
Dikesempatan ini, Saya Abdul Iman Bin Jamaluddin mewakili Barisan Ahli Jawatankuasa ARMADA Bahagian Masjid Tanah mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1441H. Saya juga berharap kita dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan supaya kita semua terhindar dari wabak Covid-19. Semoga Ramadhan pada kali ini memberi seribu makna bersama keluarga dalam menunaikan ibadah. Terima kasih.
*ABDUL IMAN BIN JAMALUDDIN*
KETUA ARMADA,
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA,
BAHAGIAN MASJID TANAH.