Keadilan Masjid Tanah

Keadilan Masjid Tanah Page Rasmi Parti Keadilan Rakyat Cabang Masjid Tanah

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Masjid Tanah telah berlangsung pada 29 September 2024 jam 3.30 petang di Ismah R...
30/09/2024

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Masjid Tanah telah berlangsung pada 29 September 2024 jam 3.30 petang di Ismah Resort, Tanjung Bidara.

Perasmian oleh Naib Presiden Keadilan, YAB Dato' Seri Utama Aminuddin Harun.

21/09/2024

Suara rakyat, suara keramat!

Pada 16 September 2024 ini, kita sekali lagi menyambut Hari Malaysia dengan tema "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka". Tema i...
15/09/2024

Pada 16 September 2024 ini, kita sekali lagi menyambut Hari Malaysia dengan tema "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka". Tema ini menggambarkan aspirasi bersama untuk membina sebuah negara yang maju, progresif dan bersatu padu, dengan rakyat yang bebas daripada segala bentuk pemikiran negatif.

Hari ini menandakan 61 tahun penubuhan Malaysia, di mana pada 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Namun, Singapura kemudiannya berpisah pada tahun 1965.

Penubuhan ini bukan sahaja mengukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara kita, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan sosial Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pada hari bersejarah ini, marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpaduan dan patriotisme. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, kita perlu terus memupuk semangat toleransi dan saling menghormati.

Semoga Malaysia terus maju dan makmur di bawah naungan Malaysia Madani. Kita perlu bersama-sama memainkan peranan dalam membentuk negara yang aman, harmoni dan progresif untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67!Tema "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" mengingatkan kita akan pentingnya memupuk ...
31/08/2024

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67!

Tema "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" mengingatkan kita akan pentingnya memupuk semangat kemerdekaan yang sejati dalam diri setiap rakyat.

Jiwa yang merdeka bukan sahaja bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga kebebasan jiwa dan minda untuk berfikir secara kritis dan bertindak dengan bijak demi kebaikan bersama.

Ayuh, kita teruskan usaha memelihara perpaduan dan integrasi sosial, agar Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang maju, berintegriti, dan harmoni.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

17/06/2024

Hari Raya Aidiladha merupakan hari raya yang banyak kelebihannya. Di tanah suci Mekah, umat Islam berkumpul pada tempat dan waktu yang mulia iaitu di padang Arafah. Selepasnya ialah hari Tasyrik khusus nya bagi mereka yang mengerjakan haji. Tiada perbezaan antara yang kaya dan miskin, semua akan menyambut hari raya dalm keadaan yang sama.

Bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban, itu antara manifestasi berusaha mencari jalan untuk meraih reda dan rahmat Allah SWT. Ibadah korban membentuk keperibadian umat Islam agar menjadi individu yang peka dan peduli tentang keberadaan masyarakat kurang berkemampuan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan sepanjang bula...
09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan sepanjang bulan Ramadhan.

Tekad bersama menyeru rakyat kepada perpaduan, bukannya perpecahan. Sebarkan RAHMAH, terapkan keharmonian dan bersatu padu.

Maaf Zahir & Batin.

Pada setiap lembaran Al-Quran terkandung rahmat dan kebaikan. Al-Quran juga adalah petunjuk yang abadi dalam kehidupan i...
27/03/2024

Pada setiap lembaran Al-Quran terkandung rahmat dan kebaikan. Al-Quran juga adalah petunjuk yang abadi dalam kehidupan ini dan kehidupan akhirat.

Kitab suci Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi juga perlu difahami, dihayati, dan serta diamalkan ajaran yang terkandung dalamnya.

Salam Nuzul Quran.

Selamat datang bulan Ramadan! Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.Kita menghara...
11/03/2024

Selamat datang bulan Ramadan!

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Kita mengharapkan agar ibadah Ramadan yang bakal dijalani adalah yang terbaik dalam kamus kehidupan kita berbanding siri Ramadan yang lalu.

Selamat beribadah dan menjalani bulan penuh keberkatan ini.




π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘π‘– πΎπ‘’π‘Žπ‘‘π‘–π‘™π‘Žπ‘› π‘…π‘Žπ‘˜π‘¦π‘Žπ‘‘ πΆπ‘Žπ‘π‘Žπ‘›π‘” π‘€π‘Žπ‘ π‘—π‘–π‘‘ π‘‡π‘Žπ‘›π‘Žβ„Ž

Selamat kembali ke sekolah!Semoga setiap langkah yang diambil dalam menuntut ilmu membawa berkah dan kejayaan. Raihlah i...
10/03/2024

Selamat kembali ke sekolah!
Semoga setiap langkah yang diambil dalam menuntut ilmu membawa berkah dan kejayaan.

Raihlah impian dengan tekad yang kuat. Selamat belajar!

π‘·π’‚π’“π’•π’Š π‘²π’†π’‚π’…π’Šπ’π’‚π’ π‘Ήπ’‚π’Œπ’šπ’‚π’• π‘ͺπ’‚π’ƒπ’‚π’π’ˆ π‘΄π’‚π’”π’‹π’Šπ’… 𝑻𝒂𝒏𝒂𝒉

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024 mengangkat tema 'Wanita Dijulang Negara Gemilang', menekankan kepentingan m...
08/03/2024

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024 mengangkat tema 'Wanita Dijulang Negara Gemilang', menekankan kepentingan memupuk budaya inklusif dan kesetaraan gender di semua lapisan masyarakat untuk memajukan kedudukan wanita dalam negara ini.

Tema yang diangkat pada tahun ini merupakan satu tanda mustahaknya peranan dan sumbangan wanita yang merupakan tonggak utama dalam pembangunan sosial masyarakat dan negara.

Wanita memegang peranan utama dalam pelbagai bidang seperti peranan sebagai ibu, ketua keluarga, pemimpin masyarakat, penggerak komuniti profesional, hinggalah ke peringkat pemimpin global.

Tanpa disangkal, penglibatan wanita yang signifikan dalam pelbagai sektor telah membentuk citra Malaysia sebagai negara yang dikenali secara global.

Sungguh, tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.

Selamat Hari Wanita 2024.

"Wanita Dijulang Negara Gemilang"



Tahniah sdr Mohd Rafee B. Ibrahim !Didoakan semoga kepimpinan beliau membawa kegemilangan bagi Parti Keadilan Rakyat (Ke...
20/02/2024

Tahniah sdr Mohd Rafee B. Ibrahim !

Didoakan semoga kepimpinan beliau membawa kegemilangan bagi Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) di Negeri Melaka.

Address

Taman Nilam, Jalan Besar Masjid Tanah
Masjid Tanah
78300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share