Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang Laman Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, JOHOR Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan ke atas 10 bilik darjah, 6 bilik stor dan 1 bengkel.

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang telah mula beroperasi mulai 1 April 2007 dengan menumpang sebahagian bangunan di SK Seri Kota Puteri 4 yang terletak di Bandar Baru Kota Puteri. Kerja-kerja pengubahsuai dan naiktaraf dilaksanakan pada bulan Mac 2007 dan telah siap pada 1 April 2007. Kemudahan fizikal yang terdapat di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang adalah 1 pejabat PPD, 1 Pejabat Am,

2 Bilik Mesyuarat, 11 Pejabat mengikut unit, 1 Surau, 6 bilik utiliti. Majlis pelancaran pengoperasian Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor pada 2 April 2007. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang merupakan Pejabat Pentadbiran Pendidikan yang ke 10 merangkumi 3 zon iaitu zon Permas Jaya, Pasir Gudang dan Ulu Tiram. Terdapat 72 sekolah rendah, 36 sekolah menengah dalam kawasan pentadbiran PPD Pasir Gudang. Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang merupakan Pejabat Pendidikan Daerah Gred A.

03/06/2026
03/06/2026

๐Ÿšจ ๐—Ÿ๐—ข๐—ฉ๐—˜ ๐—ฆ๐—–๐—”๐— : ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”!

Perkenalan yang bermula dengan kata-kata manis di media sosial boleh bertukar menjadi mimpi ngeri apabila penipu mengambil kesempatan atas kepercayaan dan emosi mangsa.

โš ๏ธ Antara taktik yang sering digunakan:

๐Ÿ“Œ Terlalu cepat meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang.
๐Ÿ“Œ Mengelak daripada membuat panggilan video atau bersemuka.
๐Ÿ“Œ Mendakwa bekerja atau menetap di luar negara.
๐Ÿ“Œ Meminta bantuan kewangan atas alasan kecemasan, hadiah atau urusan penting.
๐Ÿ“Œ Meminta maklumat perbankan atau mengarahkan pemindahan wang.

๐Ÿšซ Jangan mudah percaya kepada individu yang hanya dikenali di alam maya, terutamanya jika melibatkan permintaan wang atau maklumat peribadi.

๐Ÿ”Ž Semak nombor akaun dan nombor telefon terlebih dahulu melalui portal Semak Mule CCID:
https://semakmule.rmp.gov.my/

๐Ÿ“ž Jika anda menjadi mangsa scam atau mengesyaki berlakunya penipuan, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











03/06/2026

๐—›๐—œ๐—ง๐—จ๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž: ๐Ÿฏ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽพ

Bahang Kejohanan Tenis MSSM 2026 semakin terasa! Hanya 3 hari lagi sebelum tirai kejohanan berprestij ini dibuka di bumi Johor, negeri yang terkenal dengan semangat kesukanan dan kecemerlangan atlet muda.

Sebanyak 16 pasukan terbaik dari seluruh negara bakal berhimpun dan berentap bagi merebut gelaran juara dalam saingan yang dijangka sengit serta penuh aksi mendebarkan.

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ & ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง, ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐†๐ฎ๐๐š๐ง๐ 

Ayuh bersama-sama kita menyaksikan bakat-bakat muda tenis negara mempamerkan kehebatan, semangat juang dan kesukanan yang tinggi demi mengharumkan nama kontinjen masing-masing.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita

Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor









Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

03/06/2026

SKMM KUAT KUASA PENGESAHAN UMUR MEDIA SOSIAL MULAI 1 JUN

Berkuat kuasa 1 Jun 2026, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewajibkan semua platform media sosial berlesen di Malaysia melaksanakan pengesahan umur pengguna bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas boleh mendaftar akaun baharu dan mengakses perkhidmatan yang bersesuaian.

Langkah ini dilaksanakan menerusi penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), sebagai usaha mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.

Pengguna sedia ada akan melalui proses pengesahan umur secara berperingkat dalam tempoh sehingga enam bulan, manakala tindakan kawal selia dan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana platform yang gagal mematuhi keperluan yang ditetapkan.





26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang dan kebersamaan.

Tahun Ini, Tahun Kita
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€







25/05/2026

4 hari lagi untuk PBAKL 2026

------------

๐Ÿ“Œ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026
๐Ÿ—“ 29 Mei โ€“ 7 Jun 2026
โฐ 10 pagi โ€“ 10 malam
๐Ÿ“ WTCKL

25/05/2026
25/05/2026
PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI P...
24/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

Address

D/a SK Seri Kota Puteri 4, Jalan Penaga, Bandar Baru Kota Puteri
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073881210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang:

Share